Friday, March 16, 2018

PENDEKATAN MUDAH TOLAK GST TOLAK BN





7 comments:

  1. Barang maslan dan najib yg turun...hahahahaha...penipu malaysia...

    ReplyDelete
  2. Najib perlukan GST untuk bayar faedah utang dan utang yg dah menimbun....najib boros dan membazir....bajet untuk pmo sampai 20 billion...ape yg najib buat 9 tahun memerintah dengan utang menimbun?...

    Kalo melayu masih bodoooh melayu akan tetap jadi mangsa pembaziran najib...

    Berbeza tun madey tanpa GST mampu bayar utang yg jauh lebih kecik dan banyak kemajuan dengan harga barang yg stabil...

    ReplyDelete
  3. Kerana 1 mdb negara kehilangan aset...angkara najib menjadikan 1 mdb mesin ceduk wang dengan jumaah prompak...1 mdb tiada satu sen pon untung....aset habis dijual...TH pon jadi mangsa 1 mdb...

    Elok lah buang najib dan umno..

    ReplyDelete
  4. 70an, percapita Msia 389 dollar Amerika , Korea Selatan 278 dollar Amerika. Pada 2016 , per capita Korea Selatan 27778 dollar Amerika , Msia 9508 dollar Amerika. Selepas 30 tahun, dengan pemerintahan bijak dan pelan membangunkan negara , percapita Korea Selatan menjadi 3X ganda berbanding Msia . Korea ada Samsung, sini ada 1mdb . Kedua dua terkenal diseluruh dunia , samsung terkenal dengan kejayaan , untung berbillion setiap tahun 1MDB , malu nak cakap.

    ReplyDelete
  5. Aku berpendapat tak perlu hapus GSt cuma zero rated sahaje barang 2 yg tak dikenakan cukai dibawah SST...seterusnye 6 % di kurangkan kpd 5 %...

    Income tax orang kaye dinaikkan 1 %...hasil negara dah banyak...pembaziran dikurangkan...bos sprm digantikan dengan orang yg lebih cekap dan politik diasingkan dari sprm...

    ReplyDelete
  6. Mlm ni tv3 suku mainkan berita parlimen swiss tolak usul kembalikan wang dirampas 400 jota...kononnye wang bukan mi)ik 1 mdb...pembangkabg gagal...

    Tv3 suku tak sebut wang 400 juta dirampas oleh kerajaan swiss dari akaun jho lo dlm bank di swisss yg dirompak dari 1 mdb...tv3 suku siarkan wang 1 mdb tidak hilang...polis sprm dan ad dah siasat....entah bila polis diap siasatan dan sprm dah umumkan hanye oolis siasat 1 mdb...kuat putarbelit....

    ReplyDelete
  7. TUMBANGKAN BN SEKALI INI, KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA

    PRU 14 ini yang disebut ibu segala pilihanraya bukan sekadar untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan, menyingkirkan Najib Razak dan menjadikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, tetapi yang jauh lebih penting ialah untuk menjamin masa depan rakyat dan generasi seterusnya.

    Semua kita tahu Najib sedang terkait dengan skandal kewangan terbesar dalam dunia, di mana sekurang-kurangnya 8 negara telah dan sedang menyiasat 1MDB yang ditubuhkannya dan kekalnya beliau di kerusi Perdana Menteri sehingga sekarang hanyalah semata-mata kerana kuasa masih di tangannya.

    Dengan kuasa di tangannya, Peguam Negara dipecat dan digantikan dengan individu pilihannya, proses siasatan polis dan SPRM dilambatkan tanpa kesudahan, laporan audit 1MDB diOSAkan, soalan tidak boleh ditanyakan di Parlimen dan semua menteri akhirnya hanya jadi pengampu dan tukang angguk sahaja.

    Di negara lain, jika pemimpinnya dikaitkan dengan skandal sebegini rupa, sama ada mereka sendiri akan meletakkan jawatan atau rakyat akan menjatuhkannya.

    Keinginan Najib untuk menang pilihanraya akan datang tidak lain ialah untuk memastikan beliau kekal berkuasa dan tiada fail siasatan dibuka terhadapnya buat selama-lamanya. Sebab itu kemenangan BN adalah amat penting baginya.

    Untuk tujuan itu, Najib sedang menggunakan pelbagai cara "cash is king" untuk mencapai matlamatnya. Beliau kini sedang membeli jiwa rakyat dengan tujuan mengaburi mereka terhadap skandal yang melingkari dirinya.

    Peruntukan pembangunan, taburan projek segera, pemberian tunai, agihan barangan keperluan harian, janji bulan bintang, manipulasi media dan sebaran berita palsu melalui media arus perdana dan media berbayar sedang giat dilakukan di seluruh negara.

    Semuanya dilakukan hanya semata-mata untuk kekal berkuasa. Najib tidak peduli kesusahan rakyat, kos sara hidup yang terus meningkat, cukai yang membebankan, pengangguran, lepasan universiti tiada pekerjaan dan segala macam kekangan lainnya.

    Jika BN terus menang, bukan saja tiada jaminan masalah rakyat dapat diselesaikan, bahkan juga tiada jaminan tiada cukai dan kos sara hidup tidak dinaikkan. Malah seperti kata Dr. Dzulkifli Ahmad dari Amanah, dengan gaya kepimpinan Najib yang mengamalkan 4B - bolot, bocor, boros dan bazir - gunung pun boleh rata sebenarnya.

    Yang pasti selesai ialah Najib akan terus bermaharajalela dengan kuasa yang ada padanya dan tidak akan didakwa buat selama-selamanya. Jho Low juga bebas merdeka dengan wang kita sebanyak-sebanyaknya. Fail 1MDB akan tersimpan dalam kabinet besi atau dikunci buat selama-lamanya, kalau pun tidak dihapuskan sama sekali.

    Sebab itu, adalah penting untuk rakyat dan pengundi melakukan perubahan. Memang perubahan akan menjadikan Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru dan Tun Mahathir pula Perdana Menteri buat kali kedua, selain Najib akan kehilangan kuasanya.

    Janji pemansuhan cukai GST, mengembalikan subsidi, menstabilkan harga minyak, perumahan, peluang pekerjaan, mengurang dan seterusnya menghapuskan rasuah adalah antara komitmen yang tidak dinafikan akan memberi kebaikan kepada rakyat.

    Namun, jika Najib, UMNO dan BN menang lagi, bagaimanakah mereka dapat dijatuhkan dalam pilihanraya yang seterusnye

    Lebih dari itu, untuk PRU yang seterusnya juga, kita tiada lagi sosok yang kuat dan berpengaruh seperti Tun Mahathir untuk terus merangsang perubahan.

    BN boleh dipilih semula dalam pilihanraya berikutnya kalau Pakatan Harapan didapati gagal menunaikan janji-janjinya. Tetapi, BN ketika itu sudah tentu BN yang baru yang tiada lagi Najib, Salleh Said Keruak, Nazri Aziz, Puad Zarkashi dan mereka yang setaraf pemikiran dengannye

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...