Friday, April 6, 2018

BACK TO ZERO



Wahai orang2 kampung!

Mulai jam 12.01 tgh malam ini, kawasan anda sudah tiada lagi insan bergelar YB. Tiada lagi Ahli Parlimen mahupun ADUN. 

Juga tiada lagi Ahli Majlis Perbandaran atau Ahli Majlis Daerah. Pendek kata, semua lantikan orang2 politik terputus sama sekali. 
Tiada juga Pegawai Khas YB, Peg Khas MB, Peg Khas Menteri, Pembantu YB, Menteri, MB atau Exco. 

Menteri dan Exco juga tidak boleh masuk kampung gunakan kereta kerajaan atau kereta peribadi dengan logo Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Majlis. Mereka tak boleh meluluskan apa2. 

Tak perlu melayan mereka persis raja dengan makan di meja VIP. Sebenarnya mereka bukan VIP atau boss tapi kamu, orang2 kampung juga rakyat Malaysia. Kamu boss mereka walau mereka bergelar MP atau ADUN. Kamu yang melantik mereka, kamu boss, kenapa boss layan pekerja? Sekarang mereka hendak cari kerja dgn kamu. Kamu berhak interview mereka satu persatu. 

Kamu berhak suruh mereka jalan itik atau lompat katak atau ketuk ketampi jika mereka mahu kamu pilih mereka. 

Tapi malangnya kamu dah diajar sejak zaman berzaman bahawa calon pilihanraya adalah boss dan bila jadi YB, mereka jadi raja kecil. Maka kamu diperhambakan pula sedangkan kerana kamu lah mereka dapat kerja, jawatan, kuasa dan harta.

Wahai orang kampung!

Sedarlah bahawa mereka lebih perlukan kamu dari kamu perlukan mereka. Maka, gunakan peluang ini sebaik2 nya. 

Tapis tiap patah percakapan mereka. Perhati kelaku mereka. Baca gerak hati mereka dan gelakkan janji2 mereka. Ini kerana ramai dari mereka hanya perlukan kamu dalam tempuh 60 hari dari hari ini. 

Selepas 60 hari ini (tempuh SPR wajib bentuk kerajaan melalui pilihanraya), percayalah, kamu akan dilupakan mereka. 

Mereka hendak kamu layan mcm raja. Jamuan perlu dihidang dimeja, jauh sekali beratur di buffet. Nak jumpa mereka macam nak jumpa Presiden Russia. 

Panggilan kamu tak akan dijawab. Salaman kamu hanya bagai air yg lalu. Kedai kopi kamu busuk buat mereka.

Gunalah kuasa kamu sbg boss sebaiknya. Wahai warga bandar dan terpelajar, tolong sampaikan kepada orang2 kampung anda atau kampung sebelah. Negara kita hak kita.





# tulisan di atas merupakan luahan rakyat yang sekian lama menunggu untuk diluahkan hasil dari pemerhatian mereka... Lahar gunung berapi. 

12 comments:

  1. Moga BN kekal memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tak reti tengok muka najib dan menteri2 mencuka...zaman tun bila umum bubar parlimen semua muka berseri dah tau mesti menang...laporan perisik dah confirm menang...kawasan mana yg kalah pon tun dah tahu...

      Najib pon dah tahu akan tumbang ini kali...pekan saje yg gerenti menang...

      Delete
    2. InsyaAllah Najib, UMNO dan BN menang PRU ini dengan majoriti 2/3.

      Delete
  2. KD..orang Melayu ni masih kuat semangat feudalismnya..aku cakap benda ni lama dah...pengundi Malaysia ni memang tak cerdik. Setiap kali PRU sebenarnya kita memilih WAKIL kita..sebab tu disebut WAKIL rakyat. Tetapi..malangnya setelah kita memilih mereka..kita angkat mereka seperti mereka tu TUAN kita pulak..dan kita ni jadi hamba mereka. Perkara ni tak sepatut berlaku kalau kita tahu hak kita. Kalau ada majlis..biar mereka tunggu kita..dan bukan kita tercongok2 tunggu mereka yang selalu datang lambat.
    Sekarang n musim PRU..kita tengok bagaimana mereka datang merayu2 undi kita. Patut pada masa ni kita tuntut akujanji mereka bahawa mereka akan berkhidmat untuk kita dengan sebaiknya. Bahawa kita berhak menggantikan mereka jika mereka tidak dapat menjalankan amanah mereka. KJ dah bersuara tu KD..kununnya dia hamba rakyat..kenapa nak PRU baru cakap mcm tu..seblm ni kemain berlagak dia. Ni pun salah sorang wakil yang tak perlu dipilih sebab dia dah tak amanah dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat...sebab dia boleh membiarkan duit rakyat 100 juta disonglap oleh orang bawah Kmenterian dia.
    kepada pengundi..ingatlah...kita memilih WAKIL kita..bukan memilih TUAN kita untuk PRU ni..jalankanlah hak kita dengan sebaik2nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu totok yg bergantung kpd bantuan kerajaan makin kurang kerana dah ramai pergi meninggalkan dunia setiap tahun...

      Delete
  3. BN warned of Malay backlash over PPBM's dissolution
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/04/07/bn-warned-of-malay-backlash-over-ppbms-dissolution/

    Sunami melayu?

    ReplyDelete
  4. Ketua umno bandar tun razak buat sidang media kena game tapi takut repot polis...

    Stail penakut umno...kena fitnah...kena fitnah...

    ReplyDelete
  5. mereka lah yng ingin menutup mulut awak semua dengan Anti berita palsu. Masih hendak sokong mereka untup menutup segala niat , perlakuan yng jahat??? Benar atau palsu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang betul. Pembangkang tak pernah dan tak suka buat berita palsu dan fitnah. Jadi oleh kerana UMNO yg selalu buat berita palsu, alangkah baiknya akta anti berita palsu ni. Sudah tentu yg banyak kena penjara nanti adalah org2 UMNO akibat membuat berita palsu ni ye tak? Mari kita sokong akta berita palsu ni. Biar ramai org2 UMNO yg masuk penjara, ye tak??

      Delete
  6. Barulah mp dan adun yg pegang kuasa nampak alam realiti...yg nak calon lagi terhegeh2 lah ke pasar dan mana2 tempat awam nak bersalam...tak naik kete besar daah...sorok dulu...

    Menteri pon tak kisah lalu tepi longkang....rumah buruk pon sanggup singgah...1 undi amat berhatga kali ni...pru paling hot...kalo janji nak pangkah dgn syarat j
    Keruk ketampi dulu pon sanggup..

    ReplyDelete
  7. malaysiabaru7 April 2018 at 10:46

    Kawasan menteri besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin kelihatan seperti dilanda "tsunami Melayu" Pakatan Harapan dan menjadi tempat pelancaran penggunaan simbol "mata" PKR sebagai logo bersama gabungan itu.

    Kira-kira 4,000 orang menghadiri ceramah itu, dengan majoritinya terdiri daripada orang Melayu

    Reply

    Bangsa johor takut forest city jatuh ketangan cina komonis?

    ReplyDelete

AGI IDUP AGI NGELABAN