Thursday, April 5, 2018

BERSATU MASIH SAH DI SISI UNDANG² ????



UMNO PADAH JIKA ROS KANTOI. ??? 







17 comments:

  1. Niat RoS bubar PPBM baik, tetapi silap?
    REAKSI

    Dengan mudah kita boleh mengatakan tindakan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah atas restu pemipin parti memerintah (UBN). Walaupun pegawai di RoS memahami bidang kuasanya dan boleh melaksanakan undang-undnag itu dalam kes PPBM ini dia boleh menangguhnya atas semengata budibicara.

    Tetapi kerana RoS juga bertindak seperti SPR yang melaksanakan persempadanan baharu kawasan pilihan raya dengan menggunakan kriteria yang tidak masuk akal, maka RoS juga menjalankan perkara yang sama. Kedua-dua agensi itu dilihat mahu membantu parti memerintah menang dalam pilihan raya.


    Atas tindakan itu umum melihat ia cuba menganggu PPBM untuk menyertai pilihan raya dengan harapan ia mengekang Dr Mahathir Mohamad serta mengucar kacirkan parti PPBM. Tindakan RoS itu menyusahkan PPBM dalam hubungannya dengan Pakatan Harapan. PH tidak sempurna lagi dengan perintah itu. Itulah yang mahu dilihat walaupun tindakan ke atas PPBM itu tidak pun memberi kesan kepada PH.

    Selanjutnya tujuan itu bermotif politik bukan sangat kerana melaksanakan mengikut kehendak dan peraturan RoS.

    Persoalannya kini apakah hasrat itu berjaya. Apakah Dr Mahathir khasnya terganggu dengan pengharaman itu? Kalau orang yang memperkudakan RoS berfikir secara tenang tindakan itu tidak pun memberi apa-apa kesan kerana PPBM dan tiga parti yang lain sudah sepakat untuk bertanding atas satu lambang menggunakan lambang salah satu daripada parti mereka.

    Persepakatan mereka itu tidak menjejas apa-apa kerana maufakat itu tidak terikat dengan RoS. Mereka bebas bertanding atas lambang parti mana. Misalnya mereka telah bersetuju akan menggunakan lambang Keadilan. Maka semua calon PH akan menjadi calon PKR.

    RoS melakukan kesilapan dalam menyusah atau pun menganggui Dr Mahathir dan partinya ini. Sepatutnya RoS meluluskan dahulu PH dengan simbol yang dipohon yang didalamnya ada PBBM. Selepas pernamaan calon berlangsung dan semua calon PH bertanding atas satu lambang diluluskan itu baharulah RoS patut mengistyharakan PBBM parti haram. Dengan itu juga sombol PH yang sedang diguna pakai itu haram dan semua calon PH perlu dibatalkan kerana lambang mereka haram.

    Dengan cara begitulah baru RoS dapat membantu BN dan Najib Razak kerana apabila calon-calon PH dibatalkan menyebabkan yang bertarung dalam pilihan raya nanti hanya BN sahaja yang ketika itu boleh bermaufakat tanpa gangguan dengan Pas.

    Mungkin teori ini tidak terfikir oleh RoS dan juga orang yang memperkudakan RoS. Benarlah kata sebaris ayat Tuhan; bahawa manusia merancang, Tuhan juga merancang dan perancangan Tuhan tentulah yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. ROS tidak istiharkan pendaftaran Bersatu dibatalkan...hanye penegahan aktif dlm kegiatan politik...maknanye Bersatu blm mati...

    Taktik untuk asingkan bersatu dari pru...tak beri kesan besar kpd PH kerana semua parti telah muafakat guna satu lambang sahaja...

    Bujti jelas umno dan najib amat takut dgn tun madey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di bawah peraturan pembubaran sementara, parti masih boleh aktif kerana bukan pembubaran (pembatalan) penuh.

      Arahan ROS berlawanan dengan peratoran?

      Delete
    2. Surah ROS sebut printah sementara pendaftaran parti bersatu bubar....tak jelas ape maksud surat ini...

      Delete
    3. Ade ke dlm akta pertubuhan ROS berkuasa keluar perintah sementara pendaftaran pertubuhan di bubarkan...

      Yg di boleh difahami pendaftaran pertubuhan bubar secara sementara...pertubuhan tidak boleh aktif bila dibubarkan sehingga di lepaskan oleh ROS......

      Delete
    4. Dah bubar tu bubar ajelah. Macam² pulak akalnya. Knp tak penuhi semua 9 kriteria yg RoS hendak yg memang ada dlm perlembagaan ppbm? Bila tak mampu selesaikan, tohmahan dtg kpd pihak lain. Istilah 'kau yg berak kaulah yg mesti cuci' adalah paling sesuai supaya ppbm sedar diri. Sendiri buat perlembagaan sendiri langgar. Yg pelik pihak lain pulak yg salah!!!! Memalukan sungguh.

      Delete
    5. Ko takut ker Bersatu menang? Mcm betul2 takut ni... Hahaha kesian...

      Delete
    6. Dah hantar satu troli. Ambik jer orang lulusan daching jadi bos, semua hanching kencing kuching. Suruh bubar belum berkubur lagi, ntah ntah kamu yang kena bubar.

      Delete
  3. Najib telah tunjukkan beliau pondan....ketakutan kpd tun madey yg amat sangat...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik blog ni link dgn blog pro bn bolehlh buat berhibur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangat tu, biar ada yang ketar lutut

      Delete
    2. Uwek.... Penakut... Hahaha... Ko dah tak boleh berhibur dah... Ko tersangat takut sbb PH semakin kuat dan akan menang. Ko juga dah tak lena tidur.... Hahaha... Kesian

      Delete
  5. Asas perundangan, sila baca keseluruhan seksyen 13 & 14 akta pertubuhan 1966 berhubung arahan pembubaran sementara.

    ReplyDelete
  6. Bro Kluangman.....

    What I can say now is.....ROS has exceeded her authority not as facilitator but as Judge, succumbed to Najib's coward ploy in the temporary disband of PPBM.

    Pelik tapi benar, Najib pahlawan pondan dgn keris kontot tumpul sah2 takut dgn seorang lanjut usia yg hanya berbekalkan sekuntum Mawar Merah.

    ReplyDelete
  7. Banyak kesalahan undang-undang dalam notis RoS kepada PPBM - Tun M
    Astro Awani | Diterbitkan pada April 06, 2018 06:48 MYT
    Banyak kesalahan undang-undang dalam notis RoS kepada PPBM - Tun M
    Dr Mahathir berkata PPBM akan mengemukakan rayuan kepada menteri dalam negeri dalam masa terdekat. - Gambar fail
    KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat banyak kesalahan undang-undang dalam notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

    Antara yang didakwa kesalahan undang-undang yang dilakukan RoS dalam notis pembubaran sementara PPBM pada Khamis ialah ia tidak dihantar kepada individu yang patut menerimanya.

    "Sebaliknya notis ini dihantar kepada individu yang namanya tidak terdapat dalam notis dan alamat yang dihantar berlainan dengan pejabat PPBM.

    "Pada masa yang sama salinan tidak dihantar kepada pegawai yang sepatutnya malah saya tidak menerima notis ini, saya hanya menerima salinan faks yang dihantar oleh kakitangan kami," katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya pada Khamis malam.

    Dr Mahathir juga mendakwa PPBM telah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh RoS termasuk menjelaskan kenapa tidak menyerahkan minit mesyuarat.

    Katanya sebagai sebuah parti baharu, PPBM belum mempunyai cawangan dan disebabkan itu mesyuarat cawangan tidak dapat diadakan.

    "Ros mendakwa kami tidak menjawab apa yang mereka kemukakan sebenarnya telah kami jawab sepenuhnya, contohnya Ros telah diberitahu bahawa kami tidak mempunyai cawangan.

    "Oleh itu cawangan tidak boleh menghantar minit mesyuarat kerana tidak ada cawangan jadi tidak ada mesyuarat tapi RoS tetap bertanya tentang minit mesyuarat," katanya lagi.

    Dr Mahathir menjelaskan PPBM akan mengemukakan rayuan kepada menteri dalam negeri dalam masa terdekat berhubung notis tersebut.

    Beliau juga menegaskan biarpun RoS telah membubarkan sementara PPBM, namun mereka akan tetap bertanding pada PRU14 nanti.

    Pengumuman tentang logo yang bakal digunakan akan diumumkan dalam satu ceramah yang akan diadakan di Gelang Patah pada Jumaat.

    ReplyDelete
  8. Tak ROS... habis semua tindakan menyalahi undang2.... tu yang hangpa semua langgar perlembagaan hangpa tu betui ka????.... semua benda nak buat magic.... padanlah pun suruh lah lagi si boboy lembam tu jaga ppbm.... semua menda tak buat.... layan kucing jer....

    ReplyDelete
  9. apalah kau ni KD...

    kata najib penakut..

    Yg kau sendiri penakut nak terbitkan komen yg benar lagi betul , kenapa??

    ReplyDelete

6ANGKA