Friday, April 6, 2018

PENYOKONG PAS DAN UMNO, KERAJAAN NEGERI SABAH DAN SARAWAK TOLONG TUNJUK KEMATANGAN DAN HORMAT DEMOKRASI....

No halang², No sekat², No terbalik kerusi meja..
No samseng², No provokasi,  No huruhara...


6 comments:

  1. RoS Diminta Perjelas Status Umno

    Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto: The Malay Mail

    KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diminta untuk mengesahkan status Umno yang didakwa telah melanggar perlembagaannya sendiri.

    Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti dengan menangguhkan pemilihan parti melebihi tempoh 18 bulan seperti yang ditetapkan di dalam perlembagaannya namun tidak diambil sebarang tindakan oleh RoS.

    “Saya bercakap kerana saya pernah menjadi pengerusi jawatankuasa perlembagaan Umno, jadi mereka tak boleh tipu saya.

    “Mereka (RoS) berkata hayat Umno masih ada, diluluskan oleh RoS mengikut Fasal 10.17. Tapi bila kami semak balik dalam perlembagaan Umno, tidak ada fasal itu, yang ada Fasal 10.16 sahaja,” katanya pada ucapan perbahasan usul di Parlimen, sebentar tadi.

    Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa RoS tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Umno.

    “Kenapa RoS tidak ambil tindakan, adakah RoS hanya mengikut telunjuk BN sahaja.

    “Di mana keadilannya. Saya nak minta perkara ini dijelaskan,” tegasnya.

    Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut meminta penjelasan mengenai ancaman  RoS terhadap parti itu. 

    “Beberapa hari lalu, RoS menyerahkan notis di bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966, mengarahkan Bersatu supaya menyerahkan beberapa maklumat kepada mereka. Jika gagal mematuhi arahan dalam notis ini, kononnya Bersatu boleh dibubarkan.

    “Saya ingin bertanya kepada RoS, apa salah kami? Di mana silapnya? Beritahulah kami. Sebagai sebuah parti politik yang berdaftar, kami sentiasa patuh kepada undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

    - Sinar Harian

    ReplyDelete
  2. Pesanan ko tak sampai kpd semua la kd. Puak² pakatan ko tak pesan sekali ke? Selalunya puak² ini yg biasa bikin onar.

    ReplyDelete
  3. Annuar Musa akan tewas di Ketereh?

    Free Malaysia Today @ Oleh Rosli Khan

    Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, diramalkan bukan saja akan tewas di kerusi Parlimen Ketereh, Kelantan, tetapi kemungkinan kalah teruk dan mendapat undi sangat rendah berbanding pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

    Pada PRU13, Annuar yang pernah mendapat nama jolokan “Anwar by day and Musa by night” kerana perlakuannya persis Datuk Seri Anwar Ibrahim di waktu siang dan Tun Musa Hitam di waktu malam, cuma menang dengan kelebihan 974 undi, satu perlawanan yang agak sengit antara beliau dan calon PKR, Abdul Aziz Abdul Kadir.

    Pada PRU14 kali ini, Annuar yang sekarang dilihat sebagai penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak, tidak lagi dianggap seorang ketua yang berpengaruh dan boleh dipercayai oleh ramai penggundi di Kelantan.

    Soalnya, kalau beliau tidak mempertahankan kerusi Ketereh, ke mana beliau akan berpindah? Tidak ada kerusi yang selamat untuk Umno di Kelantan, kecuali mungkin Gua Musang atau Jeli sahaja.

    Senario politik yang dihadapi Annuar sekarang amat berbeza dengan PRU13 dahulu. Ini mesti diakui. PRU13 dahulu, tidak ada isu-isu 1MDB, tidak ada masalah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkait rapat dengan kos sara hidup, tidak ada pengalaman banjir besar seburuk penghujung 2014 dan tidak ada penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam (Majlis Amanah Rakyat) Mara.

    Tun Dr Mahathir Mohamad pun masih bersama Umno di waktu itu. Jadi, Umno Kelantan agak selesa pada PRU13.

    Kebelakangan ini pula, politik Annuar banyak berkisar tentang cubaan untuk menegakkan benang basah atau menutup bangkai gajah dengan beberapa helai daun pisang. Walaupun dilindungi, bau bangkai itu tetap ada; satu kerja yang amat sukar.

    Mempertahankan Najib sebagai perdana menteri menjadi agenda nombor satu buat Annuar dan semestinya harus didahului ketua penerangan Umno.

    Ini diikuti pula cubaan untuk menutup segala jenis penyelewengan dan salah guna kuasa, sama ada berkaitan skandal 1MDB, Felda, Mara dan sebagainya.

    Banyak tumpuan juga diberikan dalam cubaan dan agenda untuk memperlekehkan dan memperkecilkan hujah parti pembangkang. Ini termasuklah mengkritik Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika penubuhan PPBM dan kritikan terhadap bekas menteri-menteri dari Kabinet Dr Mahathir terdahulu, seperti Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.

    Politik sedemikian tidak membuka banyak ruang untuk Annuar mendekati ramai pengundi dan memberi peluang untuk mempengaruhi mereka.

    Sebaliknya, gejala politik sebegini banyak membuka peluang kepada pengundi untuk membenci wakil mereka yang dilihat sebagai pengampu politik presiden Umno atau PM. Inilah malapetaka yang menimpa Annuar sebagai wakil Ketereh, dan juga bertindak sebagai ketua penerangan Umno.

    Annuar tidak banyak memberi penerangan bagaimana menyelamatkan Umno daripada gejala yang direka khas oleh Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, apatah lagi untuk mempertahankan Umno daripada terus diperkudakan oleh musibat seperti Jho Low ini.

    Yang banyak diwartakan hanyalah beberapa penafian agak cetek, kebanyakannya tidak lagi boleh diguna pakai dan dipercayai pihak tempatan, apatah lagi media luar negara. Hakikatnya, agak aneh apabila Jho Low dipertahankan dan ahli Umno serta parti mereka yang menjadi korban.

    ReplyDelete
  4. Umno tumbang bukan najib saje ketakutan..

    Cina jho lo yg dipertahankan oleh umno akan turut di beri keadilan atas tuduhan merompak..

    Ade kah Bekas KPN khalid Zulkili sprm dan AG Apandir turut tidak selamat dari pemburuan tun madey?..

    ReplyDelete
  5. Cai2 bengong tak berani komen tengok muka menter2 kabinet kayu najib yg dah repot moyok pagi ni...wajah suram kebimbangan..

    ReplyDelete
  6. Adekah selepas pru 14 cai2 akan hilangkan diri dari blog ini kerana dedak dah pupus?...umno berisoko tinggi diharamkan oleh suryati ROS bila umno tumbang...apekah nasib suryati ROS bila umno tumbang?...

    ReplyDelete

6ANGKA