Adakah Tun kebal undang?
Adakah Tun tidak takut dosa fitnah dan balasannya?
Adakah Tun memang tahu Najib tidak berani samannya?
Kenapa PDRM tidak siasat dan tangkap Tun kerana menuduh sebegitu kepada seorang PM?
Kenapa SPRM tidak siasat dan panggil Tun untuk keterangan?
Lebih pelik Najib pun tak saman?
Tak berani saman sebab sangat budiman?
Tak berani saman sebab sebok nak fokus kepada memajukan rakyat?
Tak berani saman kerana takut?
Tak berani saman kerana salah?
Tak berani saman sebab betul apa yang dikata Tun?
Kenapa tidak akta fake news yang baru lulus digunapakai kepada Tun?
Dah banyak najib dan rosmah saman manusia lain walaupun ringan dan sedikit sangat kesilapan tetapi tuduhan Tun sangat besar kemaluannya boleh didiamkan begitu sahaja, pelik bin ajaib tidak mencukupi.
Inilah ibu segala kegagalan najib menjelaskan secara telus dengan segala butir dan saksi, butiran transaksi dan pelbagai bentuk penjelasan, ia menjadi ibu segala persepsi hingga sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Salam Bro KD. Bertetapan dengan ilmu Saikologi. Orang yang berani selalunya disebabkan dua perkaran yang berkaitan, (1) Berani kerana Sememangnya Benar (2) Seorang Pahlawan terbilang dan merasakan perjuangannya itu mampu membawa kebaikan kepada manusia serta alam sejagat, sebagai contoh "freedom fighter", "mempertahankan kedaulatan serta ideologi", yang mana pahlawan serta nasionalis terlibat sanggup berjuang dan memikul senjata tanpa UPAH, GAJI dan IMBUHAN.
ReplyDeletePencacai kalo najib tak merompak suruh najib saman tun kerana fitnah..suruh najib repot polis supaya polis tangkap tun buat fitnah...
ReplyDeleteSuruh najib sahut cabaran tun ajak najib debat..
Tak payah temberang dan loyar burok nak bela najib kapla prompak berjumaah...
Tak samanpun tak apa. Tuduh la selagi boleh. Bukan takat tuduh berkaitan harta benda, sampai tuduh sembah duitpun dilakukan. Kalau tun rasa nak menuduh tu hak dia, hak najib juga untuk menunggu masa melihat nasib orang yang menuduhnya. Sebenarnya tak ada apa yang pelik bin ajaib kd. LKS tuduh tun sebagai pm paling jahat dulu, kini dah tak tuduh dah. Presiden pan tuduh dgn tuduhan maha buruk kepada tun dulu, sekarang tidak lagi. Tun kata umur 86 tahun (rujuk kpd umur arwah nik aziz) td layak dah jd pemimpin, kini dia yg berumur hampir 93 tahun boleh lg nk jd pm semula. Semuanya tak pelik dan tak ajaib kd. Hatta kambing boleh terbangpun bukan pelik bin ajaib kalau dirujuk kepada tun.
ReplyDeleteAmanat hadi tuduh umno kapir...sekarang boleh baik...hadi pon bedal sedekah najib dari duit haram...
DeleteDulu tun dan lks bermusuhan kerana perbezaan ideologi politik..sekarang mereka bersetuju nak tangkap kapla prompak berjumaah...
DeleteTak saman pon tak pa kata geng penakut...kes Ruu cepat2 najib saman Tony Pua...cakap tak selupe bikin..
Masa arwah nik Aziz 86 tahun arwah nik aziz selalu tak sihat...
Tun beberape kali masuk UJN tapi selepas kluar masih mampu berucap berdiri 1 jam tanpa henti...
Kerana rompakan 1 mdn najib jadi bahan lawak antarabangsa....jadi badut dunia..
ReplyDeleteMenteri luar pon takut buat bantahan kpd BBC dan MSBNC...
Bukan Palawan Bugis saje tak bertulur menteri luar pon hilang tulur biarkan maruah malaysia di carik2..
Cai dah lame tak berkemaluan...
Mana lebih baik tak berkemaluan ato besar kemaluan....hahahaaaa
Jaya nak Saman WSJ Dan lain lain , tunggu sampai janggut panjang pun senyap sahaja, memalukan, Luka imej Masih diam sahaja. Tak tau Malu ke ?? Atau lebih baik diam sahaja, tak kisah APA orng lain cakap asalkan org bodoo bodoo Masih sokong??????????? Soalan??
ReplyDeleteTun tahu penakut yg melakukan kesalahan tidak akan berani berhadapan dengan nye..
ReplyDeleteNajib cuba jatuhkan tun dengan RCI forex...RCI lingkop kerana najib bodoos...macai2 bodoos kaciwa masih bertempik 30 billon hilang kerana tun...tapi 160 billion wang bank negara lesap dlm tempoh 2 tahun macai bodoos bisu..
Menyalak kononnye tun raja penyangak dan perompak...hanye berani temberang...
Sebab Tun takder kes dimahkamah di mana2 mahkamah dunia, najib? Memang ada di mahkamah amerika.
ReplyDeleteTu pasal Tun tidak takut, berani kerana benar, najib? Nak saman hari selasa dah masuk tiga tahun dah....
http://www.amenoworld.org/2018/04/identiti-ketua-umno-bahagian-yang.html?m=1
ReplyDeletePuak umno dgn jerja haram tak boleh dipisahkan
Cathay Pacific jawab kenyataan Nur Jazlan
ReplyDeleteSyarikat penerbangan Cathay Pacific menjelaskan bahawa keputusannya untuk mengecualikan fi tempahan semula untuk tiket penerbangan yang ditempah pada hari mengundi pada pilihan raya umum ke-14, adalah semata-mata untuk memberi perkhidmatan yang lebih kepada pelanggan rakyat Malaysia.
Syarikat penerbangan itu berkata demikian dalam responnya kepada kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed tentang kesan langkah itu kepada "perubahan rejim" di Malaysia.
Nur Jazlan menulis mengenainya di Twitter semalam mempersoalkan motif di sebalik langkah memberi pengecualian tersebut.
Banding epal dengan epal’, kata Dr Mahathir pada Nur Jazlan
ReplyDelete‘Banding epal dengan epal’, kata Dr Mahathir pada Nur Jazlan
Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Nur Jazlan Mohamed ketika beliau menjadi perdana menteri, Umno pernah diharamkan walaupun parti itu merupakan tunggak kerajaan BN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018.
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad menyelar Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed, mengatakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) hanya bertindak terhadap parti pembangkang tetapi tidak kepada Umno.
Dr Mahathir mengingatkan Nur Jazlan, ketika beliau menjadi perdana menteri, Umno pernah diharamkan walaupun parti itu merupakan tunggak kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sekarang RoS hanya mengganggu parti lawan. Dapatkah RoS haramkan Umno? Ada kes bagi Umno diharamkan.
“Jika kerajaan yang didirikan Umno RoS haramkan baharulah sama dengan apa yang terjadi di zaman saya.
“Baru ada bandingan antara dulu dengan sekarang, antara epal dengan epal,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Nur Jazlan baru-baru ini yang menggelarnya sebagai “Bapa Berita Palsu” kerana berterusan menyalahkan kerajaan dan RoS berhubung masalah yang dihadapi oleh partinya, Bersatu.
Jazlan berkata Dr Mahathir harus ingat peristiwa yang menyebabkan Umno diisytiharkan haram pada 1988 ketika beliau menjadi perdana menteri, menteri dalam negeri dan presiden parti itu.
Awal bulan ini, peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla mendakwa Umno melanggar perlembagaan parti yang hanya memperuntukkan tarikh mesyuarat cawangan mereka hingga April tahun ini dan RoS sepatutnya menguatkuasakan dengan saksama peraturan di bawah Akta Pertubuhan.
Dr Mahathir berkata hari ini, beliau tidak pernah lupa tentang peristiwa Umno diharamkan ketika beliau memimpin parti itu dan menjadi perdana menteri pada 1988.
“Nur Jazlan yang tidak faham dan membuat bandingan antara epal dengan limau dan berpendapat epal dengan limau adalah sama. Sekarang (Perdana Menteri) Najib (Razak) pula kata masalah air di Selangor lebih dahsyat daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Masalah 1MDB menghasilkan dakwaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bahawa AS$4 bilion dicuri oleh perdana menteri, yang cuba dibersihkan oleh anak tirinya dan Jho Low (Low Taek Jho)
Sape menteri umno yg cedik?...ramai kaki klentong dan penakut...
DeleteKEHADAPAN PENTAKSUB TONMUGADEEY.. U-TURN LAH SEBELUM JATUH DALAM GAUNG
ReplyDeleteKepada Pencacai-JEELAT Mahaton Mugadeey, harap korang tak menambah lagi tahap takkabur dan angkuh LOYAR BURUK untuk tolak kebenaran, dan selamatkan Aqidah. Sampai bila korang nak menari2 sesat dengan Ton, semata mata menuruti hawa nafsunya yang pelik dan serupa haiwan liar.. hanya dengan mereka-reka, menuduh najib merompak, maka 'dihalalkan'untuk melakukan apa sahaja demi helah tersebut atas kegilaan kuasa, habis Aqidah korang sanggup jadi hancur? Korang terlalu taksub, kini kian sangat parah, kerana politik, sempadan akhirat sudah dicabut dan ditiadakan. APA INI? Kita semua pasti mati. Kita ada hanya ada dua pilihan.. Syurga atau Neraka. Nauzubillah dr nerakaNya yang amat sengsara. Najib rompak? rompak apa? bila? mana dia bukti? Mahkamah mana? Dalam Islam bagaimana nak hadapi kes begini? Ada Qawaid-nya, tatacara dan prinsip undang2nya tetapi kenapa takkabur tak mahu ikut?? Pilih cara syaitan? Allah SWT tak perintah kita jadi Malaikat. Atau menyusahkan hamba-Nya. Sebab itu Hukum berzina amat susah dijatuhkan melainkan ada cukup saksi yang adil. Mesti terbukti dengan jelas, bukan samar walaupun kita tahu mereka berzina, tapi dari segi syarat bukti tiada, gugurlah hukum, betapa susahnya Islam nak jatuhkan hukuman. Kalau tak terbukti merompak, apa digedikkan lagi? serahlah pada Allah, jika dia menipu juga bukan tugas kita, masalahnya dia ikhlas, merompak apa Imdb dah cakap TIADA duit hilang. Disisi Allah sudah cukup tak perlu panjangkan lagi tuduhan. Kenapa korang LANGGAR semua ini??
Nak tegak kebenaran kenapa ikut jalan kebathilan, kenapa bersekongkol dengan puak BATHIL juga seperti DAPig, LGBT, media kafir asing?? Banyak platform lagi tak digunakan, kenapa mesti begitu? Sebab tak yakin dengan Allah Taala? Suka Bathil?
YA SEBAB AGENDA LAIN.. AGENDA SYAITAN.. 100% PEMBOHONGAN OLEH TONMUGADEEY 'KUNUUUN' NAK 'SELAMATKAN' negara/rakyat? Usah bohongi Allah Taala.. berat nanti Musibah-Nya.
Terus Loyar Buruk semata2 untuk spin dan menyakitkan hati.. SIAPA YANG RUGI SEBENARNYA?? Sudah2lah. Ingat Allah dan kematian bila2 masa tak kira siapa. Jika benar sekali pun Najib merompak dan kita bersubahat, dia tak jatuh kufur dan kita pun sama. Paling MUNGKIN jatuh FASIQ. Ini pemikiran Mahaton sudah JELAS kepada KUFUR! Nauzubillah!
Bagi aku DS Najib insan terbaik untuk memimpin negara ketika ini. Dia boleh ditegur, dimaki hamun, dia tak pecat atau sekat ia ulama, dia tak sekat rakyat nak beramal ibadah malah memberikan sangat banyak insentif kepada JAKIM dan Sekolah Pondok Islam (digelar dedak oleh TonMugadeey). Apakah kita sibuk mengimarahkan masjid dan majlis ilmu atau sibuk memfitnah? Semua disediakan masjid terus kosong. Siapa yang tak betul sekarang? Najib ke rakyat yang jahil dengan agenda TonMugadey??
Sedangkan disisi Allah SWT itu bukan dedak, dikira ibadah, apa macam nak kambus dosa? Allah SWT tak perintahkan kita berlebihan dalam hukum Syariat. Ada bukti dakwa lah ikut prinsip. Takde bukti duk diam sudah. serah Allah Maha Kuasa. Lebih dari itu maka jadilah korang golongan SESAT dan akhirnya tiada Rahmat Allah.
Wallahualam.
Itu komen orang bodoh...
DeleteNajib takut
Dapatkan pengesahan ambank wang 2,6 billion dlm akaunye datang dari akaun bank raja arab original bukan dari akaun bank arab sepet dari bank di singapore yg telah ditutup oleh singapore kerana gubah wang haram..
Cabar doj
Saman tun madey buat fitnah
Sahut cabaran dabat dgn tun madey..
Menteri luar pon takut hantar nota bantahan kpd amerika..
Najib jadi badut donia dan bahan lawak antarabangsa kerana merompak berjumaah 1 mdb...
anon 9.12
DeleteUdah2 le dok guna ayat2 islamik tpi hati kotor. Agenda syaitan ye? sebab agenda syaitan laporan DOJ ada, MAS tutup bank di Singapura dan pegawai2 terbabit didakwa dan dihukum. Kerajaan Swiss pulak tutup beberapa bank. kan? Kalau dah agenda syaitan dan rasa betul sgt, kenapa tak tolong bank2 yang diarahkan ditutup? Kenapa tak lwn laporan DOJ untuk bersihkan nama? PM sibuk ye?
Siapa pecat TSMY dan DSMM sbb dia org lantang pasal 1mdb?
Kesian kat saudara ni. syg kat MO1 sampai menggunakan perkataan islamik untuk memaki org lain. DAri surah mana tuan ikut ni? ke lobai 90juta yang ajarkan..kesian..kesian...kesian...
Sepupu dakwa kenal sangat suara Nik Abduh
ReplyDeleteKetua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Mohd Sabri Salleh menggesa PAS menyiasat audio yang dikatakan mirip suara anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurutnya, penafian dibuat anak kepada bekas mursyidul am PAS itu tidak cukup untuk memberi keyakinan bahawa suara itu bukan miliknya.
Sebagai seorang sepupu, katanya, beliau mendakwa sangat mengenali suara anggota jawatankuasa PAS pusat itu.
Saya yakin itu suara dia, berdasarkan lenggok bahasa, pelat, cara dia ucap satu-satu perkataan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Sebelum ini, isu rakaman audio yang didakwa melibatkan pertemuan antara Nik Abduh dan seorang pemimpin muda PAS tersebar secara bersiri di media sosial sejak Februari lalu.
Bagaimanapun rakaman keseluruhan audio itu hanya didedahkan di Facebook sebulan kemudian.
Individu dalam rakaman itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanannya.
Lebih mengejutkan, individu itu juga mengaku mempunyai hubungan dengan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA).
"Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana," katanya dalam rakaman tersebut.
Nik Abduh telah membuat penafian dan menyifatkan tuduhan itu sebagai "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS.
PAS sebelum ini melalui naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abddullah turut menegaskan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu dan cukup dengan penafian Nik Abduh.
'Perang dingin Nik Abduh'
Sementara itu Mohd Sabri mendakwa, sebelum munculnya audio tersebut sudah berlaku perang dingin antara pihak Nik Abduh dan pemimpin itu.
"Apa yang menguatkan lagi dakwaan mengenai audio itu adalah perang dingin yang sudah pun wujud antara kedua-dua pihak yang terlibat sebelum ini.
"Ia adalah asas benda (perkara) ini, boleh jadi sokongan audio Nik Abduh," jelasnya yang juga adik kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.
Tambah Mohd Sabri, tindakan PAS enggan menyiasat kesahihan audio itu sudah dijangka kerana kepimpinannya kini bukan lagi seperti dahulu.
"Sebabnya pimpinan sudah maklum mengenai perkara yang dibangkitkan itu.
AKUAN BERSUMPAH DATUK SERI LAJIM UKIN MENGENAI WANG RM40 JUTA
ReplyDeleteDECEMBER 11, 2012 RAFIZIRAMLI 37 COMMENTS
STATUTORY DECLARATION
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:
1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;
2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;
4. Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya;
5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;
6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;
7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;
8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;
9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:
i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan
iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;
10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;
11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;
ReplyDelete12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;
13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;
14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dengan sebenarnya dan
diakui oleh yang tersebut namanya
di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah
pada 10 haribulan Disember, 2012
………………………………
LAJIM BIN UKIN
Dihadapan saya,
…………………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH