Wednesday, April 4, 2018

SEBELUM PILIHANRAYA: PANCING UNDI



Selepas pilihanraya kencing pengundi.
FORMAT MANIFESTO INI AKAN DIUMUMKAN DALAM MASA TERDEKAT.

43 comments:

  1. Tu biasa pihak pembangkang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang dah umum manifesto.. Yang belum, bakal pembangkang.

      Delete
    2. Bn study dulu msnifesto pembangkang....tambahbaik...

      Delete
  2. Betul le tu! Takkan nak pancing ikan kot. Tuan punya blog tolong bg isu2 yg mencabar sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko cedik ko lah bagi isu yg mencabar....

      Delete
    2. Istilah politik pun dia tak faham, confirm dia ni tak cerdik KBB

      Delete
    3. Topik yg mencabar ko masuk h
      Goblog CTS putaralam...cai2 pon bagi bingai...

      Delete
    4. Hang tuan punye blog ni ka! Org lain yg masak.. awat hang plak yg panas! Biar nama bapuk .... jgn otak pun bapuk sama!

      Delete
    5. bn-umno - Memancing
      P, Harapan - Menjala

      Siapa lebih dapat manfaat.....??

      Delete
    6. 9.20... Ko yg panas hati....bukak lah goblog ko sendiri...ko boleh merapuu 24 jam...tak dak sapee pon peduli....hihihihi...

      Delete
    7. sebab tak cerdik le dia tak tahu isu ini mencabar..nanti tanya isu besar2 jawab dengan maki hamun pulak

      Delete
  3. Sebut pancing teringat kapal Eqodahmati rm1B tu.
    Permintaan halang kapal dibawa ke USA oleh trust SheikhhuUmggul Jho Taek diTOLAK mahkamah LA.
    Makin pulas urut,
    makin lagi mengarut.
    Buang yg keroh, ambil yg bersih.
    Tendang yg gelojoh,rakyat sudah pedih
    Bisul sudah ranum,
    yg salah wajib merudum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mengaku pemilik bukan jho lo...tapi FBI bukanye bodoo tak siasat dulu siape pemilik...main terjah nak tahan...setiap yg ditahan dan disita terlebih dulu mendapat kebenaran mahkamah setelah DOJ mengemukakan bukti pemilikan dari siasatan FBI...

      Delete
  4. Perlu ke nak dengki2, apa masaalah nya dg admin ni. Apa yg diaorang nak bagi diaorang punya hal la . Diaorang tak de sebok2 dg kauorang pun.
    Manusia macam ni pun ada ye .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dengki. Yg dia bg tu pakai duit rakyat, bukan duit parti. Manusia bebal mcm ni pun ada lg.

      Delete
    2. Bagi guna duit bapak dia orang...

      Delete
  5. Nampaknya akhir2 ini corak pemikiran pengundi terutama gulungan muda Melayu sudah mula sedar akan bahaya nya mengundi DAP. Lagi banyak Pakatan Harapan menonjolkan DAP lagi ramai pengundi muda Melayu menjauhkan diri dari mereka.
    Saperti biasa pada perhimpunan dan ceramah Pakatan Harapan, Tun Mahathir sekadar sebagai "crowd puller" tetapi tidak boleh di tafsirkan mereka akan mengundi PH. "Excitement" mereka ( orang Melayu) yang menghadiri ceramah2 anjuran PH mula hilang bila pentas di ambil alih oleh pemimpin DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah apa kau nak ckp. Yg aku tahu pengundi muda lg benci BN... Sbb tu bila kira undi BN byk menang kat saluran org tua. Sedihnya.

      Delete
    2. Teori buat senndiri untuk syok sendiri...makin ramai anak muda melayu masuk DAP...

      Delete
    3. Crowd yg ramai hadir juga tak boleh ditafsir akan undi umno...

      Delete
  6. Why is Indonesia, a poor country in Southeast Asia, dubbed as a regional power?

    Poor country? Looks like you are misinformed. Yes, percapita wise, singapore and a few other SEA countries perform better, but:

    Indonesia is 4th in term of population on the world. Yes, the world, not SEAThird largest democratic country in the worldLargest country with muslim population. Yes, you read no. 2 correctly, we have democracy too..Member of G20. Some economist predicted it to be one of the emerging developed country in a few decades (I myself a skeptic though)Used to be an OPEC member (and export oil)14th military power in the world, 2017 Indonesia Military, 1st in SEAOne of the least affected country in 2008 global economic crisis

    Yes we also suffer high gini ratio, high regional gap in education, healthcare, economy, etc etc. But overall,, we could be a bully in SEA IF we want to (of course we also need to take global politics and power into account, therefore we don't bully anyone). What we lack in quality we make it with quantity. And never mess with a large mass, how docile and friendly they seem to be.

    Australia tried to stop exporting their cattle to Indonesia because of animal right issues, but their own farmers suffered due to the sheer size of trade interrupted by this decision. Singapore and Malaysia frequently suffered because of haze just because we cannot completely control illegal forest burning in our own territory.

    Oh we have largest gold mine in Papua too, mined by Freeport, which makes United States support us to stabilize the country (otherwise they can't mine and get profit).

    You get the idea, we are not a great country, but small (mis)step from a man could give a big impact to smaller creatures

    ReplyDelete
  7. agak2 ko la kd dan beberapa talibarut ph, apa yg najib umum untuk penjawat awam semalam akan dilaksanakan atau tidak selepas pru dan bn betul2 menang? gaji tak jadi naik, kuota haji orang pencen ditarik balik dan sebagainya? manifesto kan janji2, ph ke bn tetap ada manifestonya. kalau apa yang najib janjikan itu dikira sebagai rasuah, apa pulak istilah kepada janji2 ph? nak kata bulan bintang kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada org kata nak turunkan harga kereta, minyak tak dinaikkan... Tapi hampeh. Skrg dtg lg berjanji... Tak ada aku percaya

      Delete
  8. 7 JANJI NAJIB WAKTU PRU-13, APA HASILNYA SEKARANG?

    Isu PRU-14 kini tengah hangat diperkatakan dalam arena politik Malaysia macam pisang goreng panas uols! Ada beberapa ahli politik dan penganalisis meramalkan bahawa PRU-14 akan diadakan pada tahun 2017. Tapi dalam bulan berapa ye agak-agaknya? Hmm mungkin pada bulan Jun, sebab Najib Razak ada bagi clue: “Saya hanya boleh berkata pilihan raya umum akan diadakan selepas Aidilfitri. Tetapi Hari Raya tahun bila, saya tidak tahu.” Kalau hari raya tahun depan, maknanya 15 dan 16 Jun la ye tak?

    Tak lama dulu, isu kecuaian menjalankan tugas dan penipuan dalam penggunaan dakwat kekal pernah menggegarkan Malaysia, dan kini telah tiba masanya untuk jari kita dicat sekali lagi! Memandangkan pilihan raya akan tiba tak lama lagi, jom kita tengok beberapa janji-janji semasa PRU-13 oleh Najib Razak dan adakah janji-janji tersebut telah ditunaikan buat setakat ni.

    Berikut adalah teks penuh bagi Manifesto PRU-13 Barisan Nasional (manifesto adalah satu janji atau deklarasi yang digunakan oleh parti/calon politik sebelum pilihan raya bagi mendapatkan sokongan)

    1. Mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20-30%
    Imej dari leemotors.com.myImej dari leemotors.com.my
    Salah satu janji Najib adalah untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20-30% serta meningkatkan daya saing kereta nasional. NAP di mula diperkenalkan pada Mac 2006 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk menjadikan industri automotif Malaysia bertaraf dunia (ini sekadar penjelasan pendek, untuk maklumat lanjut, klik sini)

    So adakah BN telah menunaikannya? Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari, harga purata keseluruhan kereta berkurang sebanyak 4.97% pada tahun 2013 dan 4.4% pada bulan Ogos 2014.

    “Kami harap ia dapat mencapai pengurangan 5% pada akhir tahun ini. Tapi secara berperingkat kerana ia akan memberi banyak kesan negatif jika dikurangkan secara drastik.” – Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia. Dipetik dari Borneo Post.

    Kalau macam tu, apa yang mereka lakukan untuk mengurangkan kadar tersebut? CILISOS baru-baru ni ada tulis artikel kenapa ramai perniaga kereta terpakai kat Lembah Klang dah gulung tikar. Dan jawapan ringkasnya adalah kerana mereka menghadapi persaingan yang kuat daripada perniaga kereta-kereta baru yang telah menurunkan harga pasarannya. Dan orang ramai lebih memilih untuk membeli kerata baru daripada kereta terpakai. Antaranya ialah Honda Jazz (dikurangkan sebanyak 17%) , Nissan Sentra (13%) , Proton Saga (12%) dan Perodua Alza (12%).

    KEPUTUSAN:

    Ok lah memang dah banyak turun, tapi takde la sampai 20-30%, dan bukan untuk semua model kereta. Takpe, ada masa lagi.

    ReplyDelete
  9. 2. Melaksanakan dasar yang adil untuk semua kaum di Malaysia
    Malaysia mempunyai kuota Bumiputra 30% ke atas perniagaan. Imej dari dinmerican.wordpress.comMalaysia mempunyai kuota 30% perniagaan kepada Bumiputera. Imej dari dinmerican.wordpress.com.
    Dalam menuju kearah Wawasan 2020, Najib berjanji membangunkan ekonomi dan meningkatkan daya saing global dengan melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum kat Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal. So maknanya dah tade kronisme lepas ni?

    Malaysia ada kuota Bumiputera yang dilaksanakan sejak tahun 1971, di mana 30% daripada pemilikan perniagaan mestilah dimiliki oleh Bumiputera. So sekarang ni benda dah berubah ke belum?

    Tapi tahun ni, Mara Digital (atau Low Yat 2) telah ditubuhkan untuk menempatkan sepenuhnya perniaga Bumiputera. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengimbangi penglibatan pelbagai kaum dalam industri tersebut (pusat ICT). Bukan setakat itu je, malahan mereka juga dikecualikan daripada membayar sewa selama 6 bulan pertama perniagaan!!

    TAPI…. Malaysia telah menandatangani TPPA dengan Presiden Obama pada bulan Februari. (Untuk baca lebih lanjut mengenai TPPA, klik sini). Ini bermakna ia akan menjanjikan kebebasan untuk semua orang, hak istimewa untuk sesetengah orang akan ditarik balik. Kita tunggu je lah apa hasilnya nanti…

    Update: Perjanjian TPPA telah dibatalkan bila presiden USA, Donald Trump menarik diri.

    KEPUTUSAN:

    Imej dari Apanama.my

    Sampai ke hari ini, BN takde kata pun yang mereka nak mansuhkan kuota perniagaan untuk Bumiputera. Mungkin TPPA akan mengubah status istimewa tu, kita tunggu dan lihat.

    3. Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia
    Rotan Mana rotan? ( Ini adalah gambar lama, Muhyiddin tak lagi memegang jawatan Menteri Pendidikan.)Rotan mana rotan? (Ini gambar lama, kini Muhyiddin tak lagi memegang jawatan Menteri Pendidikan.)
    Siapa yang tak nak sistem pendidikan bertaraf dunia untuk negara kan? Sejak tahun 2013 adakah sistem pendidikan kita bertambah baik atau sebaliknya?

    Malaysia Digest ada melaporkan tentang ranking yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di mana Malaysia dapat nombor corot di tangga ke 52 daripada 72 buah negara (negara jiran kita Singapura dapat nombor satu). Analisis tersebut dikeluarkan berdasarkan markah ujian pelajar berusia 15 tahun untuk subjek matematik dan sains.

    “Remaja berumur 15 tahun hari ini akan menghadapi masalah pada masa akan datang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik Semuanya disebabkan dasar pendidikan yang lemah akan meningkatkan kemelesetan ekonomi.” – Andreas Schleicher, Pengarah Pelajaran OECD. Dipetik dari Malaysian Digest.

    Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menggesa orang ramai mencontohi Singapura melalui sistem pendidikan dimana mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penggantar. So Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Dwibahasa dibawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris. Kalau korang masih ingat, dulu kerajaan ada merancang untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib lulus SPM tapi rancangan tersebut telah ditangguhkan atas alasan guru dan pelajar belum bersedia.

    KEPUTUSAN:

    Imej dari Apanama.my

    Mungkin sebab ni lah kenapa ada golongan Melayu sendiri cuba elakkan sekolah kebangsaan. Padahal kalau korang nak tau, Kementerian Pendidikan dapat paling banyak peruntukan daripada Belanjawan.

    Namun ada beberapa paolisi (seperti program dwibahasa) yang nampaknya bagus kalaulah ia betul-betul dilaksanakan.

    ReplyDelete

  10. 4. Menambah baik tentera dan polis untuk menangani pencerobohan dan ancaman luar
    Anggota polis membuat rondaan kat pusat beli belah Johor. Imej dari hype.myAnggota polis membuat rondaan kat pusat beli belah Johor. Imej dari hype.my
    Usaha yang dapat kita lihat dalam menambah baik pasukan bersenjata ni ialah ada Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu. Dengan adanya akta ini, ia memberikan kuasa khas kepada pasukan keselamatan negara jika ada ancaman keselamatan terhadap rakyat, wilayah, insfrastruktur utama dan ekonomi negara. Selain itu, ia jugak membolehkan Perdana Menteri untuk merampas kawalan angkatan tentera dari Agong!

    Jika korang perasan, kehadiran tentera telah meningkat baru-baru ni, terutama kat pusat bandar dan kawasan awam, ditambah pula dengan ancaman IS dan sebagainya. Itu pun kita masih tak mampu melumpuhkan ancaman Abu Sayyaf kat Sabah (Bernard Then dipenggal), dan kes penculikan masih terjadi. Apa yang lebih teruk, ada kemungkinan penculikan di Sabah dapat ‘bantuan orang dalam‘ (rasuah dan ketirisan).

    Tapi mungkin musuh terbesar angkatan tentera adalah rasuah dalaman, bila badan antarabangsa mengatakan badan pertahanan Malaysia adalah sangat korup.

    KEPUTUSAN:

    Imej dari hornbillunleashed.wordpress.com

    Pihak polis telah berjaya menangkap 9 militian yang disyaki sebagai pengganas ISIS. Kalau aktiviti Abu Sayyaf dibasmi sekali kan bagus. Dan tentera kita kena lebih berhati-hati untuk mengelakkan rahsia militari kita dicuri pihak musuh!

    5. Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni
    Imej dari Malaysiakini dan Malaysian Insider.Imej dari Malaysiakini dan Malaysian Insider.
    Jika korang membesar di Malaysia, korang sentiasa bebas untuk mengamalkan agama korang tanpa penganiayaan. Ini kerana dalam Perlembagaan Malaysia pun ada memberitahu tentang kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Walaupun BN ada membuat janji pada tahun 2013, tapi banyak perkara telah berlaku…

    Protes Salib yang berlaku pada April 2015 telah mengakibatkan pihak di sebuah gereja kat Petaling Jaya membawa turun Salib tersebut, perobohan kuil, menyita kitab Bible berbahasa Melayu dan pelajar yang nak memakai simbol-simbol agama perlu mendapat persetujuan dari pihak sekolah.

    Seorang bekas hakim ada mengatakan bahawa patung Hindu dan Buddha yang bersaiz besar tak perlu dipamerkan secara umum kerana ia bertentangan dengan Islam, malah ia perlu diletakkan kat dalam sebuah bangunan secara tertutup.

    KEPUTUSAN :

    Imej dari Says.com

    Rakyat Malaysia mengamalkan agama masing-masing, tetapi keamanan untuk mengamalkan agama masing-masing tu seolah-olah rapuh apabila mereka sering berdebat antara satu sama lain. Kes-kes serangan antara orang Islam dan bukan Islam adalah tanda kerajaan tak dapat mencapai sepenuhnya janji ini.

    6. Penambahan BR1M sehingga RM1,200
    Imej dari Bajet.comImej dari Bajet.com
    BN ada berjanji akan: “Secara beransur-ansur akan meningkatkan BR1M sehingga RM1,200 untuk setiap isi rumah dan RM600 untuk bujang (bantuan tahunan secara kekal)”.

    Sampai sekarang ianya masih diberi pada setiap tahun tapi… setakat ni jumlah yang diberi tu belum capai lagi dengan apa yang dijanjikan:

    2014 : Isi Rumah RM700 | Bujang RM300
    2015 : Isi Rumah RM750 | Bujang RM350
    2016 : Isi Rumah RM1,050 | Bujang RM400 (untuk lihat pecahan yang lebih terperinci mengenai BR1M 2016, korang boleh rujuk kat jadual bawah ni)
    Imej dari BR1M FAQ Imej dari BR1M FAQ
    Kalau korang perasan, mereka menaikkan jumlah yang agak besar jugak dalam setahun untuk bantuan BR1M isi rumah, daripada RM750 (tahun 2015) terus ke RM1,050 pada tahun ni -peningkatan sebanyak RM300 tu. Jadi adakah pada tahun 2017, mereka akan membuat satu lagi penambahan/peningkatan bantuan BR1M yang besar dari RM1,050 kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM400 kepada RM600 untuk bujang?

    KEPUTUSAN:

    Imej dari Apanama.my

    Sama-sama kita lihat dan nantikan untuk BR1M 2017 ni…

    ReplyDelete
  11. 7. Memansuhkan Akta Hasutan
    Imej dari bbc.comImej dari bbc.com
    (Klik sini untuk baca tentang Akta Hasutan.)

    Pada tahun 2012 Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan, dan ketika Manifesto BN pun dia bukan main bangga sebab kononnya berjaya mansuhkan akta ni…

    “…kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan..”- Najib Razak. Dipetik dari Sinar Harian.

    Tapi baru je orang ramai belum nak celebrate, tetiba Najib telah menarik balik kenyataan dia. Dan pada September 2014, Najib Razak ada berjanji lagi kata nak hapuskannya tapi sehingga kini ia masih lagi wujud (kartunis Zunar didakwa dibawah Akta Hasutan)

    Malah kerajaan siap tambah lagi akta-akta yang macam adik-beradik dengan Akta Hasutan, termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (disebut dalam point 4).

    KEPUTUSAN :

    Sorry ugaiz, nampaknya BN gagal menunaikan janji untuk yang ini!

    So adakah korang memilih calon berdasarkan apa yang dah dijanjikan?
    Yang mana menjadi pilihan hati?

    Mungkin ada antara korang yang mengundi ikut sedara-mara, atau ikut kawan-kawan. Tapi sebaiknya kita kena nilaikan sendiri apa prinsip dan janji yang dibawa oleh calon, terutamanya calon kawasan kita. Tapi lepas undi pastikan calon tersebut pegang kata-kata dia! Sebab itu telah menjadi tanggungjawab yang dia perlu laksanakan sebagai pemimpin.

    Iini adalah kata-kata dari seorang pengundi waktu Pilihan Raya Sarawak baru-baru ni yang membuatkan kita berasa bangga dengan kematangan politiknya:

    “Kita tak mahu calon yang hanya datang untuk memberi wang atau ‘goodies’ semasa kempen tetapi lupa janji-janji mereka. Kita bukan seperti generasi terdahulu yang mudah ditipu dengan cara itu.” – Mohd Zuhair Zaini. Dipetik dari The Malaysian Times.

    Pesanan kami dari SOSCILI, buatlah pilihan yang tepat semasa Pilihan Raya nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii.. tak yah le nak panjang lebar berhujah kat dlm ni... sapo nak baco... makin kau merepek makin kuat BN. BN menang bergaya Pru 14. Abis pru ni senyap le blog ni.... hehehe

      Delete
    2. Sape yg suruh orng bodoo baca...tak sedar diri plak....tahik jho lo jatuh atas kepala ko...hihihihi..

      Delete
    3. Siapa kata tak baca. Aku baca. Lepas pilihanraya BN tumbang habis sekali... Masa tu macai mulalah nak menjilat kat tpt lain.

      Delete
  12. Tun Mahathir ni rasanya seorang yang bermasaalah, semua Timbalan nya semasa dia jadi PM semuanya dia kata tak betul. Tun Musa tak betul, Tun Ghafar tak betul, Anwar lagi tak betul. Pak Lah tak betul. Najib tak betul. Mungkin dalam hati dia... .Mahyuddin pun tak betul cuma dia tak cakap je .
    Agaknya Tun Mahathir ni ego dg sikap Mr Perfect nya kut.
    Ingat2 lah sikit kat dunia ni mana ada orang yg perfect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pun tun madey kata betul jerana membela prompak....hihihi

      Delete
    2. Najib bukan timbalan aje dia buang, siapa yg nak berckp benar semua dia buang. Yg tinggal cuma hampas dan macai yg mengharap dedak.. Kur.. Kur.. Kur...

      Delete
  13. https://m.malaysiakini.com/news/381358

    Imbasan manifesto BN pru13..

    ReplyDelete
  14. Kalau PH berani janji nak bagi KGT 2 kenaikan, time base drp 10 tahun kpd 5 tahun, bonus akhir tahun dan hari raya 3 bulan gaji, aku pilih PH kali ni.
    Pakar ekonomi dlm PH kan ramai? Rafizi...knp diam je, bagilah janji yg best-best sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payahlah dapat sokongan orng bodoo yg tak berapa kerat....ramai lagi yg cedik...

      Pakar ekonomi najib suruh berhutang dgn cina kominis banyak2 supaya senang serah aset kpd cina kominis...

      Najib suka bagi projek mega kpd cina kominis...

      adekah bagi projek mega kpd cina komninis susah duit nak masuk poket diluar negara?...tolong bagi pencerahan pertanyaan ni...hihihi..

      Delete
    2. Janji PH realistik. Yg boleh ditunaikan. Janji BN, ckp lain, buatnya lain. Kata kat BN ramai yg pandai tp sebenarnya semua dedak. Dah dipanggil K9, anjing suruhan pun masih tak sedar.

      Delete
  15. Kadar tol naik antara 17 hingga 80 peratus di beberapa lebuhraya
    Kohilah Sekaran, Astro Awani | Published Oktober 12, 2015 18:40 MYT
    Kadar tol di beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan dinaikan antara 20 sen hingga RM 1 bemula 15 Oktober ini.
    Kadar tol di beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan dinaikan antara 20 sen hingga RM 1 bemula 15 Oktober ini.

    KUALA LUMPUR : : Beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan menaikkan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober ini.

    Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80% di antara 20 sen hingga RM1.

    Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman kenaikan tol dilakukan oleh konsesi tertentu menerusi kenyataan bersaingan, dan bukannya kerajaan.

    Berikut adalah senarai lebuhraya yang terlibat serta kadar terbaru;

    Lebuhraya SMART - Tol terowong SMART meningkat 50% kepada RM1, dengan kadar baru RM3 bermula Khamis.

    Lebuhraya MAJU Expressway (MEX) - Kadar tol naik 20-33% antara 20 sen hingga RM3

    Lebuhraya Kajang SILK- Kadar tol Lebuhraya Kajang SILK naik 80% antara 40 sen dan RM2.40 mulai 15 Oktober

    Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - Kadar tol naik 25% antara 50 sen hingga RM 1

    Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak Highway) - Kadar tol naik 17-20% antara 30 sen dan RM3.

    Lebuhraya Baru Pantai (NPE) - Kadar tol naik 44%.


    Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) - Kadar tol naik 54%

    Janji Najib tol takkan dinaikkan...

    Tambang bas tambang lrt komuter semua dah dinaikkan...

    Seblm pru semua manis...lpas pru sepah dibuang...

    RAKYAT DIHULUKAN...PENYOKONG UMNO PON DISEMBELIH...

    ReplyDelete
  16. Adekah Manifesto pru 14 akan janji lagi takkan ade lagi kenaikan?.....tunggu dan lihat untuk menghebatkan malaysia...

    Cai heboh pendidikan sekolah percuma...cikgu suruh budak bayar mcm2...

    ReplyDelete
  17. Baju sekolah kasut sekolah alatan tulis kena gst tak?...ade saper2 boleh bagi pencerahan?...

    ReplyDelete
  18. PPBM di bubarkan sementara mulai hari ini. Itu kenyataan dari ROS.
    Selepas ini akan adalah press statement dari Tun Mahathir yang menyalahkan RoS dan kerajaan.
    Jawapan yang paling tepat untuk PPBM. ....sendiri buat sendiri tanggung.

    ReplyDelete

PERSEDIAAN TAMADHAN DAN RAYA

Ada sesetengah pihak cadangkan mula menyimpan dari sekarang menjelang buka sekolah, Ramadhan dan raya... Lagi 3 bulan..berapa banyak boleh s...