Tuesday, April 3, 2018

SOALAN 11 PRU 14: PAS BUKANLAH PENASIHAT TETAPI PUNAHSAHAT..

Kalau PAS itu parti Islam akhlak Rasululullah,  sudah tentu nasihatnya pada najib,  mansuhkan GST dan lawan rasuah habis habisan. 

Tetapi apa yang berlaku? 
Hujung²nya mereka sendiri gelap mata.  Untuk kata itu fitnah,  nafikanlah dengan telus dan bersungguh,  dengan telus selari dengan undang².
Kalau benar tak sapu duit,  pagi dituduh,  petang dah boleh saman.. Tak ada alasan untuk berlengah. 
Tetapi kalau betul songlap duit, tupasal kena berhempas pulaslah sampai kiamat serba tak jadi. 

16 comments:

  1. Lobai sendiri makan duit sedekah haram najib...

    ReplyDelete
  2. https://youtu.be/BFbeCWSwbIY

    Tua muda kecik besar beratur nak salam dgn orang tua....nak ambik berkat ker?....hihihi...najib demam kuat kalo tengok...

    ReplyDelete
  3. ENTRI PALING LAWAK DI DUNIA..

    SAMANLA KALAU DAH NAJIB SAPU DUIT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak ko dah senget....ini bukan kes fitnah...sapu duit kes polis ngok...

      Tun fitnah najib...kenape najib takut saman tun.....dacing senget otak cai pon turut senget...hihihi

      Delete
  4. BUAT ENTRI TAK MAU PUBLISH......NAMPAK SANGAT SERAM SEJUK TU HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko merapoo memang kena ban...goblog CRS pon takut siarkan komen balas aku...

      Delete
  5. DULU GARANG SANGAT PEMBANGKANG AKAN MEMERINTAH, SKRANG DAH TAK BERANI NAK PUBLISH......HAHAHAHAAHAHAHA

    ReplyDelete
  6. Sepupu dakwa kenal sangat suara Nik Abduh

    Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Mohd Sabri Salleh menggesa PAS menyiasat audio yang dikatakan mirip suara anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

    Menurutnya, penafian dibuat anak kepada bekas mursyidul am PAS itu tidak cukup untuk memberi keyakinan bahawa suara itu bukan miliknya.

    Sebagai seorang sepupu, katanya, beliau mendakwa sangat mengenali suara anggota jawatankuasa PAS pusat itu.

    Saya yakin itu suara dia, berdasarkan lenggok bahasa, pelat, cara dia ucap satu-satu perkataan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Sebelum ini, isu rakaman audio yang didakwa melibatkan pertemuan antara Nik Abduh dan seorang pemimpin muda PAS tersebar secara bersiri di media sosial sejak Februari lalu.

    Bagaimanapun rakaman keseluruhan audio itu hanya didedahkan di Facebook sebulan kemudian.

    Individu dalam rakaman itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanannya.

    Lebih mengejutkan, individu itu juga mengaku mempunyai hubungan dengan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA).

    "Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana," katanya dalam rakaman tersebut.

    Nik Abduh telah membuat penafian dan menyifatkan tuduhan itu sebagai "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS.

    PAS sebelum ini melalui naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abddullah turut menegaskan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu dan cukup dengan penafian Nik Abduh.

    'Perang dingin Nik Abduh'

    Sementara itu Mohd Sabri mendakwa, sebelum munculnya audio tersebut sudah berlaku perang dingin antara pihak Nik Abduh dan pemimpin itu.

    "Apa yang menguatkan lagi dakwaan mengenai audio itu adalah perang dingin yang sudah pun wujud antara kedua-dua pihak yang terlibat sebelum ini.

    "Ia adalah asas benda (perkara) ini, boleh jadi sokongan audio Nik Abduh," jelasnya yang juga adik kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

    Tambah Mohd Sabri, tindakan PAS enggan menyiasat kesahihan audio itu sudah dijangka kerana kepimpinannya kini bukan lagi seperti dahulu.

    "Sebabnya pimpinan sudah maklum mengenai perkara yang dibangkitkan itu.

    "Kalau dalam kepimpinan PAS dahulu, saya yakin perkara ini akan disiasat. Jadi saya harap PAS sekarang telus," katanya yang mendakwa memilih untuk bersama AMANAH selepas melihat PAS tersimpang daripada perjuangan asal.~ Malaysiakini

    ReplyDelete
  7. Suara dan lenggok bahasanya sejibik Nik Abduh!
    Muhamad Fadzil

    Saya antara orang yang tak percaya suara dalam audio #AnaTahu tu adalah suara Ust Nik Abduh bila pertama kali rakaman audio tu tersebar.

    Tapi bila seorang sahabat lama dari parti sejarah yang masih 'istiqamah' sampai hari ini sendiri yang perdengarkan rakaman tu sepenuhnya (masa tu belum didedahkan lagi rakaman penuh, tak silap baru siri kedua atau ketiga), dan dia sendiri yang beritahu secara detail kat mana kejadian tu berlaku, siapa yang terlibat dalam perjumpaan tu, dan apa isunya, terus saya jadi percaya tanpa ragu-ragu lagi.

    Tambahan bila dengar sekali lagi pendedahan sepenuhnya dalam FB page Ana Tahu tu beberapa hari lepas, rakaman tu sangat konsisten dan sama seperti rakaman yang diperdengarkan oleh sahabat saya tadi tu. Tiada suntingan dan tiada mana-mana part dalam audio tu dipotong. Suara dan lenggok bahasanya sejibik!

    So, memang sahihlah rakaman tu dibuat sendiri secara sembunyi oleh kumpulan yang didakwa tak berpuashati dengan sebahagian pimpinan PAS Pusat termasuklah Ust Nik Abduh sendiri. Isu dana RM2 juta daripada UMNO tu adalah kemuncak pertikaian dan pertengkaran dua kumpulan ni yang membawa kepada 'serangan' kumpulan Ust Din (Zaharuddin Muhammad) terhadap team Ust Nik Abduh dalam pertemuan sulit tu!

    Secara peribadi, rakaman suara #AnaTahu ni bagi saya tidaklah terlalu mengujakan sebab beberapa bulan lepas, saya sendiri dah saksikan perbalahan secara terbuka tentang isu 2 juta ini di kalangan kawan-kawan saya daripada kedua-dua kumpulan (kumpulan Ust Din dan kumpulan penyokong Ust Nik Abduh) dalam FB dan saya sendiri dah printscreen status-status mereka untuk tujuan rujukan masa depan. hehe.

    Cuma bila suara dalam audio tu mendedahkan tentang kewujudan banyak kumpulan dalam PAS dahulu termasuklah grup RTI, usrah Tg Mas, dan tentera-tentera atau jentera-jentera lain serta nama-nama yang saya tak pernah dengar sebelum ni seperti Maulana Shaari, saya terkejut dan amat tidak menyangka. Hebat sungguh gerakan mereka nak menyingkirkan jebon!

    Selain tu, apa yang menambah keyakinan saya tentang keaslian audio tu adalah betapa 'fluent'nya suara orang yang bercakap dalam audio tu sendiri menceritakan satu persatu apa yang berlaku dan tidak mudah untuk sesiapapun bercerita sebegitu walau mengikut skrip.

    Ternyata cereka duit daripada UMNO, kerjasama atau rundingan sulit antara UMNO-PAS, RUU355 untuk tujuan pecahkan Pakatan adalah benar dan tidak dapat disangkal lagi. Pertama, menerusi rakaman audio ni serta qarinah-qarinah yang berlaku sepanjang tempoh yang didakwa usaha UG antara UMNO-PAS sejak 2008 dan kedua, melalui cerita sahabat saya tadi!

    Sahabat saya sendiri yang menceritakan segala-galanya yang telah dan sedang berlaku dalam PAS hari ini. Cuma beliau masih belum berani ke hadapan untuk betulkan keadaan yang sedang dirosakkan oleh sebahagian pimpinan PAS Pusat hari ini. Bahkan beliau juga antara yang disingkirkan dalam pemilihan PAS peringkat negeri tahun lepas.

    ReplyDelete
  8. PAS BERSEKONGKOL DENGAN UMNO LULUSKAN UNDANG-UNDANG ZALIM

    1. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan kesucian demokrasi apabila satu lagi undang-undang zalim Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 diluluskan di Parlimen semalam. Undang-undang terbaru kerajaan kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional ini dilihat bersifat drakonian kerana menyekat kebebasan rakyat terutama pemimpin pembangkang dan media dalam menerbitkan berita-berita benar tentang kepincangan pentadbiran kerajaan tetapi dianggap palsu oleh kerajaan. Kebebasan bersuara yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan semakin hari semakin terhakis.

    2. Undang-undang ini juga dilihat digubal bagi melindungi skandal-skandal korupsi dan salahlaku pemimpin kerajaan di mana seksyen 7 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membuang berita yang disahkan palsu. Kebenaran skandal kemasukan RM2.6 bilion wang 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak boleh dianggap palsu oleh kerajaan kerana skandal tersebut telahpun dibersihkan oleh autoriti yang dikuasai Perdana Menteri seperti pihak Polis dan SPRM. Dengan itu, undang-undang ini jelas sekali akan disalahgunakan kerajaan Barisan Nasional pimpinan kleptokrat Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak untuk memadamkan berita berkaitan skandal tersebut daripada terus diterbitkan untuk pengetahuan umum.

    3. Undang-undang zalim sebegini seharusnya ditentang habis-habisan oleh rakyat. Kenaikan kos sara hidup akibat pelbagai skandal korupsi berbilion ringgit hari ini akan berterusan jika rakyat dinafikan hak bersuara dan hak untuk mengetahui maklumat sebenar kerana amalan rasuah dan penyelewengan pentadbiran kerajaan akan dibisukan tanpa dapat ditentang. Namun, sikap PAS yang menyokong undang-undang ini menunjukkan bahawa mereka juga sudah bersekongkol dengan UMNO, bukan sahaja mempertahankan salahlaku pemimpin UMNO, tetapi juga bagi menutup segala kepincangan pemimpin mereka dan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai hari ini.

    4. Kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Khairuddin Aman Razali yang memberi jaminan PAS akan berlaku adil dalam melaksanakan undang-undang ini menunjukkan sikap sebenar PAS sebagai ‘king maker’ untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional semasa dan selepas PRU Ke-14 ini. Di samping itu, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa undang-undang ini menepati ciri-ciri Islam jauh meleset kerana Islam melarang umatnya untuk cenderung kepada kezaliman sepertimana firman Allah di surah Hud:113. Sebaiknya, nas agama tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik.

    FAIZ FADZIL

    ReplyDelete
  9. Bila dah makan duit haram, hati pon jadi hitam dan dah tak tahu mana halal dan haram, baik dan buruk.

    ReplyDelete
  10. Ada satu dua lagi posting macai yang dangkal, tak ada isu pokok.. Aku siarkanlah jugak.

    ReplyDelete
  11. Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) (RUU355) turut terlihat dalam aturan mesyuarat di Parlimen kali ini sebagai usul ketiga.

    Bagaimanapun sehingga tamat sesi hari, tiada sebarang tanda ia diusulkan. Malah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Parlimen pada hari ini.

    https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/41652/

    ReplyDelete
  12. Pas melepaskan peluang perintah negara..ketika umno dh lapok pas pula jadi beku..pas akan disalahkan bila umno menang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pimpinan Pas bodooo...kuat belit kerana nakkan wang dan kemewahan...dah kena kencing dgn umno...

      Ahli2 pas segera buang pemimpin yg bermuka2 jika mao pulihkan pas...

      Delete
    2. http://pahangdaily.blogspot.my/2018/04/dakwa-punca-sokongan-cina-hilang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)&m=0

      Rafidah suruh nazri terjun tasik...umno nak kojol tuu..

      Delete

KUBH

   Maklumat yang perlu diisi Nama MyKad Alamat Email HP Nama Ahli KUBH yang memperkenalkan https://www.wassap.my/60196655181/kubh Akan dimas...