PROJEK ECRL SUDAH DIBATALKAN
(Penerangan cukup jelas mengapa UMNO meroyan)
Yang batal itu ialah kontrak pembiayaan dengan Bank Exim dari China sebab syarat berat sebelah dan merugikan Malaysia dalam jangka panjang. Bila batal dengan pihak China, Malaysia kena bayar pampasan. Pampasan yang tinggi. Siapa punya kerja buat syarat bodoh macam ni?
Ingat ya... bila kontrak projek ECRL dibatalkan dan Malaysia dikehendaki membayar pampasan akibat Malaysia membatalkan projek tersebut, Malaysia dan China sudah tidak ada kena mengena lagi dalam perancangan ECRL. Pampasan yang kita kena bayar, Dr Mahathir dah fikir jauh nak korek dari mana untuk bayar. Kontra dari mana mana perolehan perdagangan dengan China sama macam kita beli jet pejuang MIG29 dari Russia dulu. Kontra pakai dagangan minyak sawit. Malah program Malaysia ke angkasa lepas pun tidak mengeluarkan sesen dana negara dan semuanya dalam kontra perolehan dagangan dengan Russia pada masa tersebut.
Apa-apa keputusan yang dia buat selalu fikir BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DANA PERBENDAHARAAN MALAYSIA.
Mahathir tidak mahu keluarkan wang tunai atas nama rakyat Malaysia untuk beli mana-mana aset dari mana-mana negara melainkan kontra pakai barangan dagangan (sistem barter) jika perlu berbuat demikian.
Bab ECRL. Bila kita dah cakap kita persetujui nak bayar pampasan akibat kita batalkan projek ECRL dari China, secara automatik China dah tiada hubungkait dalam urusan ECRL. China boleh bawak balik semua barang-barang dan jentera mereka dari tapak kerja berkenaan. Tapak itu tetap milik Malaysia dan di bawah pengurusan ECRL cuma tiada pembiaya untuk teruskan kerja-kerja berkenaan kerana Malaysia telah batalkan projek serta dana dari China dan telah bersetuju membayar balik pampasan.
Apa sebab sebelum Dr Mahathir ke China, dia ada buat lawatan ke pusat operasi Shikansen (kereta api laju Jepun - siap ada video dia dalam koc pemandu keretapi laju tersebut)?
Ada satu mesej yang dia nak sampaikan kepada China: Bend to us (re-nego bab ECRL ini), kalau tidak.....
Ingat Mahathir ini otak budak-budak? Sebab tu dia tidak takut nak guna perkataan 'colonialisme' (penjajahan) dalam sidang media bersama dengan PM China Li Keiqang dan di hadapan media antarabangsa.
Dia pun tak takut nak batalkan atau nak bayar pampasan sebab dia dah ada back-up plan untuk mengatasi masalah ECRL jika China berkeras, sebab awal lagi Mahathir dah pun pergi Jepun sebelum ke China. Jepun selalunya berpihak kepada Malaysia dan selalu memberi pertolongan tanpa mengambil kesempatan sepertimana yang China buat dengan menjajah negara-negara Afrika melalui kuasa ekonomi yang akhirnya terkena kepada negara disebabkan kelemahan dan kebodohan Najib Razak.
ECRL milik Malaysia. Tapak dan jajaran landasan itu milik Malaysia. Jajaran yang dah ada milik Malaysia. Kita cuma perlu perhalusi balik apa yang perlu dan apa yang tidak. Kebanyakan kertas kerja ECRL semua Najib sengaja naikkan kos dan masukkan dalam bajet ECRL untuk kepentingan politiknya (ketua-ketua bahagian UMNO ada saham dalam bentuk projek).
Ketua-ketua bahagian ini akan dapat pembayaran bila Bank Of China (BoC) keluarkan bayaran kemajuan projek mengikut masa, bukan peratus kemajuan binaan dan daripada jumlah tersebut (RM81 bilion), sebanyak 30% akan disuap balik kepada syarikat kontraktor-kontraktor UMNO ni.
Contoh mudah.
Kos tulen: RM50bil
Keuntungan kroni UMNO: RM30bil
Berapa duit perlu dikeluarkan dari poker rakyat? RM50bil + RM30bil = RM80bil
Bagaimana kroni UMNO menerima RM30 bilion ini? Dengan cara kerajaan meminjam sejumlah wang yang banyak dari Exim Bank China bagi membiayai projek ECRL. Kemudian kroni-kroni UMNO akan dianugerahkan kerja-kerja ECRL. Kononnya nak bagi 'syarikat tempatan', tapi umum mengetahui syarikat-syarikat inilah syarikat-syarikat yang dimiliki kroni-kroni UMNO. Ingat syarikat anak tempatan biasa boleh dapat?
Namun, perlu diingati. Wang yang dipinjam akan dituntut. Siapa nak bayar? Rakyat kat bawah lah. Maksudnya rakyat keluarkan duit, Najib buat projek mega, syarikat kroni UMNO dapat kontrak berpuluh juta, kroni kaut untung besar. Wang rakyat pusing-pusing akhirnya masuk kocek UMNO.
Bayangkan kalau keuntungan kroni UMNO disekat, kerja-kerja ECRL dianugerahkan melalui open tender, mana-mana syarikat tempatan berpeluang walaupun tidak mempunyai kabel politik. Banyak duit kita boleh jimatkan tahu? Beban hutang tidaklah begitu berat.
Sebab itulah Mahathir batalkan terus perjanjian dengan syarikat dari China ni. Sekat lubuk emas UMNO, cari pembiaya yang tidak menyebelahi kroni-kroni UMNO. Terlalu mahal dan tidak menguntungkan negara tapi dalam masa sama yang kaya cuma sekelompok manusia yang ada kepentingan politik dalam UMNO.
Selepas diperhalusi dan disaring ketat, mungkin Malaysia akan dapatkan pembiaya baharu sama ada dari Jepun atau Eropah (syarikat yang dah buat projek serupa dengan kos yang rendah). Pastinya semua ini nanti akan mengambil kira segala pampasan yang perlu dibayar pada China. Yang penting kos pembinaan lebih murah, syarat pembiayaan projek tidak menekan Malaysia dan kos operasi jangka panjang tidak membebankan rakyat serta menguntungkan negara.
Apa-apa perancangan pembangunan pun mestilah demi Malaysia dan bukan seorang individu sepertimana yang telah berlaku pada zaman Najib menzalimi rakyat dan negara.
Faham? Yang sibuk pertahankan ECRL, pernah tak terfikir dari mana negara perlu cari duit? Pernah tak terfikir siapa bakal untung besar? Bukan kita berdendam. Hakikatnya kos ECRL melambung tinggi sebab ini mangkuk nasi kroni-kroni UMNO. Apa salahnya kita turunkan kos?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Maruah?
ReplyDeleteSorry cash is king.
Cai najis bukan paham pun tujuan ecrl dibuat mahupun modus operandi exim bank ni.
Dh bnyk negara exim bank masuk menawarkan modal bersama idea.
Malangnya dikebanyakan negara bukan dtg idea dahulu baru mencari modal.
Tetapi exim bank akan dtg membawa ideanya sendiri.
Kalau fungsi exim bank hanya sekadar peminjam wang, kenapa perlu patuh syarat mereka utk memilih kontraktor dari china shj?
Sudah bnyk kali sy terlibat dgn projek yg bermodalkan duit dari china terutamanya exim bank.
Syarat utama mereka adalah memilih kontraktor atau vendor dari china.
Ini bukanlah fungsi sebuah bank melainkan sebuah alat yg digunakan oleh kerajaan china
ALQURAN MENDAHULUI SAINS DAN TEKNOLOGI : TIDAK SEPERTI INJIL/GEREJA YANG TIDAK RELEVAN MENYEBABKAN BARAT MEMBERONTAK DAN LAHIRNYA LIBERALISME/PLURALISME/SEKULARISME
ReplyDelete1. PLURALISME/LIBERALISME/SEKULARISME LAHIR AKIBAT PEMBERONTAKAN BARAT TERHADAP BIBLE/GEREJA YANG MENOLAK SAINS DAN TEKNOLOGI YANG BERKEMBANG BEGITU PESAT DARI DUNIA ISLAM KETIKA ITU..BERIKUT ADALAH KEMAJUAN-KEMAJUAN SAINS/TEKNOLOGI DICAPAI OLEH SAINTIS ISLAM YANG TELAH MENGUBAH DUNIA SEPERTI YANG KITA NIKMATI HARI INI…
2. NABI MUHAMMAD SAW MERUPAKAN INSAN PERTAMA MENGGUNAKAN KAYU SUGI DARIPADA POKOK MISWAK SEBAGAI BERUS GIGI UNTUK MENYEGARKAN NAFAS…IA MENJADI ASAS KEPADA PENCIPTAAN BERUS GIGI…EKSTRAK DARIPADA MISWAK DIBUKTIKAN 20 KALI GANDA LEBIH BERKESAN DARIPADA PUDINA BIASA...KITA DIAJAR PENJAJAH MENGGOSOK GIGI 2 KALI SEHARI SEDANGKAN BAGINDA MENGGOSOK BEGITU KERAP…OLEH ITU MUSLIM SEPATUTNYA MENGGOSOK GIGI SEKURANG-KURANGNYA 5 KALI SEHARI SETIAP KALI SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT…
3. AL KHINDI DALAM RISALAHNYA YANG BERTAJUK “ SEBUAH MANUSKRIP DALAM MENTAFSIR MESEJ KRIPTOGRAFHI”MENERANGKAN BAGAIMANA PEMBACAAN TULISAN RAHSIA DILAKUKAN…BELIAU MERUPAKAN ORANG PERTAMA MEMBERIKAN PENERANGAN BERKENAAN KRIPTOGRAFI..DALAM RISALAH ITU BELIAU JUGA MENGHURAIKAN KAEDAH ANALISA KEKERAPAN YANG PERTAMA DI DUNIA…
4. AL KHAWRIZMI MERUPAKAN AHLI MATEMATIK ISLAM PERTAMA SEKALI MENCIPTA ALGEBRA…BELIAU JUGA TERKENAL DI SELURUH DUNIA MEMBERI IDEA PENGGUNAAN NOMBOR..SELAIN ITU AL KHAYYAM DAN SHARAF AT DIN AT TUSI JUGA MENYUMBANGKAN DALAM BIDANG MATEMATIK DENGAN MEMPERKENALKAN GEOMETRI ALGEBRA DAN MENYELESAIKAN PERSAMAAN KUBIK…SUMBANGAN MEREKA TIDAK TERHENTI SETAKAT ITU SAHAJA DENGAN MEMPERKENALKAN SISTEM PERNOMBORAN BERANGKA OLEH AL KHAWRIZMI DAN AL KHINDI..
5. PAKAR PERUBATAN DARI GREEK ADALAH ORANG PERTAMA YANG MENGKAJI PEREDARAN DARAH DARI KANAN KE VENTIKEL KIRA JANTUNG MELALUI LALUAN SEPTUM….NAMUN TEORI INI TELAH DIBUKTIKAN OLEH AHLI PERUBATAN SYRIA,,IBNU AN NAFIS DENGAN RAMALANNYA YANG TEPAT MENGATAKAN BAHAWA DARAH BERGERAK DARI KANAN KE VENTRIKEL KIRI MELALUI PARU-PARU…TAMBAH BELIAU LAGI,,,DARAH YANG MELALUI PARU-PARU ITU DICUCI UNTUK DIGUNAKAN KEMBALI OLEH BADAN….TEORI OLEH IBNU AN NAFIS TIDAK DIBERI PERHATIAN SEHINGGALAH ABAD KE 20..
6. SAINTIS PERTAMA YANG MEMPERKENALKAN PROSES PENAPISAN YANG MEMISAHKAN BEBERAPA JENIS CECAIR MERUPAKAN AHLI KIMIA ISLAM TERKEMUKA DAN DIBERI GELARAN “BAPA KIMIA” IAITU JABBIR BIN HAYYAN…PROSES PENAPISAN ALKEMI YANG SANGAT BERGUNA DAN DIGUNAKAN SECARA MELUAS SEHINGGA KE HARI INI SEPERTI PENYEJATAN,,,PENAPISAN,,,PENULENAN,,,PENGOKSIDAAN,,,DAN PENGHABLURAN OLEH BELIAU…
7. KETIKA DALAM PEMERINTAHAN EMPAYAR OTTOMAN,,IBRAHIM EFENDI SEORANG ARKITEK ISLAM TELAH MENCIPTA KAPAL SELAM PERTAMA DI DUNIA YANG DIBERI NAMA “TAHTELBAHIR” PADA TAHUN 1720M…SEORANG BERNAMA HUMAYUN IAITU PENULIS OTTOMAN MEMBANDINGKAN KAPAL SELAM INI DENGAN SEEKOR BUAYA DALAM BENTUK MESIN YANG BOLEH TENGGELAM DALAM AIR DAN MEREKA YANG BERADA DI DALAMNYA BERNAFAS MELALUI PAIP…
8. AL ZAHRAWI MERUPAKAN SEORANG PAKAR BEDAH ISLAM YANG TELAH MEMPERKENALKAN PEMBEDAHAN KEPADA DUNIA…DI GELAR SEBAGAI BAPA PEMBEDAHAN,,,DOKTOR HEBAT INI TELAH MENCIPTA BERATUS-RATUS PERALATAN BEDAH YANG ANTARANYA MASIH KEKAL DIGUNAKAN SEHINGGA KINI DALAM PEMBEDAHAN MODEN SEPERTI GUNTING TEPAT,,,JARUM,,,GERGAJI TULANG DAN BANYAK LAGI…BUKU PERUBATAN YANG SANGAT TERKENAL DAN BERPENGARUH DALAM BIDANG PERUBATAN IAITU KITAB AL TASRIF YANG MERANGKUMI RAWATAN BERATUS-RATUS PENYAKIT DAN PELBAGAI KAEDAH PEMBEDAHAN DITULIS OLEH SAINTIS ISLAM INI….
SAMBUNGAN : ALQURAN MENDAHULUI SAINS DAN TEKNOLOGI : TIDAK SEPERTI INJIL/GEREJA YANG TIDAK RELEVAN MENYEBABKAN BARAT MEMBERONTAK DAN LAHIRNYA LIBERALISME/PLURALISME/SEKULARISME
Delete9. TEKNIK INOKULASI ATAU VAKSINASI YANG DIKATAKAN TELAH DICIPTA OLEH EDWARD JENNNER DAN LOUIS PASTEUR ADALAH TIDAK BENAR….IA SEBENARNYA TELAH DICIPTA OLEH SAINTIS ISLAM UNTUK MERAWAT PENYAKIT CACAR DI TURKI YANG DIPERKENALKAN KE EROPAH OLEH ORANG TURKI…CACAR LEMBU DIGUNAKAN UNTUK MEMVAKSIN KANAK-KANAK DI TURKI BAGI MERAWAT PENYAKIT CACAR 50 TAHUN SEBELUM BARAT MENEMUKAN TEKNIK ITU….SAINTIS ISLAM JUGA MEMPERKENALKAN PROSES AWAL MENGGUNAKAN TUMBUHAN SEBAGAI UBATAN UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT…IBNU SINA SEORANG SAINTIS TERKEMUKA ISLAM TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG SANGAT BESAR DALAM BIDANG PERUBATAN DENGAN BUKUNYA “AL QANUN FII TIB” YANG MENERANGKAN BEBERAPA KAEDAH FARMAKOLOGI SERTA BERATUS-RATUS JENIS UBAT…SAINTIS ISLAM JUGA MENCIPTA MERKURIK KLORIDA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYEMBUH LUKA….
10. ANTARA SUMBANGAN LAIN SAINTIS ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK MERUPAKAN PERSAMAAN KUADRATIK YANG DICIPTA OLEH AHLI METAMATIK PARSI IAITU ABDUL WAFA BUZJANI…BELIAU JUGA BANYAK MEMBANGUNKAN PERSAMAAN QUADRATIK LAIN DAN BANYAK DARIPADANYA MASIH DIGUNAKAN SEHINGGA KINI…ILMU MATEMATIKNYA SANGAT HEBAT BELIAU DAPAT MENYELESAIKAN 13 BENTUK PERSAMAAN KUBIK…..
11. AHLI FIZIK ISLAM IBNU SAHAL MERUPAKAN ORANG YANG BERTANGGUNG JAWAB MENCIPTA HUKUM SNELL YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCARI HUBUNGAN ANTARA SUDUT TUJU DAN PEMBIASAN…BELIAU MEMBENTANGKAN PELBAGAI JENIS BENTUK KANTA YANG MENUMPUKAN CAHAYA TANPA PENYIMPANGAN GEOMETRI DALAM NASKAHNYA “ON BURNING MIRRORS AND LENSES”…BELIAU JUGA ADALAH PENCIPTA KANTA ASFERA….
12. JIKA ANDA MENGAMBIL GAMBAR ATAU BERSELFIE,,,ANDA PATUT BERTERIMA KASIH KEPADA AHLI SAINS ARAB YANG BERNAMA IBNU AL HAYTAM…BELIAU BUKAN SAHAJA MENYUMBANG DALAM BIDANG MATEMATIK,,,,ASTRONOMI DAN FIZIK,,,BELIAU MALAH TELAH MEMBERIKAN PERUBAHAN KEPADA BIDANG OPTIK….KAMERA PINHOLE ( KAMERA DENGAN APERTURE PINHOLE TANPA KANTA ) DICIPTA OLEH BELIAU MENGGUNAKAN TEKNIK YANG BELIAU TEMUI KETIKA MEMBUAT KAJIAN MENGGUNAKAN CAHAYA YANG DIPANCARKAN MELALUI LUBANG PADA TINGKAPNYA DAN MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA SINAR CAHAYA AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM JIKA LUBANG ITU SEMAKIN KECIL….BELIAU JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA SINAR CAHAYA BUKAN MENINGGALKAN MATA SEBALIKNYA MASUK KE DALAM MATA…
13. ORANG PERTAMA YANG MENCIPTA BEKAS KACA DAN KANTA PEMBESAR ADALAH SAINTIS ISLAM BERNAMA ABBAS IBNU FIRNIS DAN DENGAN KANTA TERSEBUT BELIAU MENCIPTA CERMIN MATA…CERMIN JUGA DICIPTA OLEH ORANG ISLAM YANG KEMUDIANNYA DIPERLAJARI OLEH ORANG ITALI AKAN TEKNIK PEMBUATANNYA PADA ABAD KE 9 DAN KE 10.
14. DUA ORANG AHLI KIMIA ARAB IAITU JABIR IBNU HAYYAN DAN ALKINDI ADALAH ORANG PERTAMA YANG MEMBANGUNKAN INDUSTRI MINYAK WANGI MANAKALA ALKINDI PULA MENGGABUNGKAN BEBERAPA JENIS TUMBUHAN DAN HERBA UNTUK MENGHASILKAN PELBAGAI JENIS BAU DAN WANGIAN…
15. KESIMPULANNYA IALAH NEGARA BARAT MENJADI MAJU KERANA MENINGGALKAN BIBLE/GEREJA MANAKALA SEBALIKNYA EMPAYAR ISLAM MENJADI MAJU KERANA MENJUNJUNG TINGGI ALQURAN DAN AL HADIS….
andai, tulis senang. mimpi boleh la. kalu sikap amalan org islam berpaksi label islam dan fantasi kuno, jgn harap boleh maju. dah terbukti kan...
ReplyDeleterealiti mentaeklow kan dan melokmankan mimpi.
Kalu asyek ghairah serakah 4 bini dan 77 bidadari bawah umur sj, jgn ckp pandailah. Meluat bhai.