Monday, April 23, 2018

SATU DEMI SATU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK, MUSUH TUN GUGUR DAN KECUNDANG WALAUPUN BELUM SAMPAI MASA.....


.......

Seperti yang dijangka penamaan calon BN akan mendatangkan ribut kecil..

Di kalangan rakan² cina sepanjang minggu ini yang ditemui 200% sokong Tun dan YAKIN kerajaan baru ditubuhkan..

Secara gurau atau tidak, kata mereka jika kali ini masih tidak boleh tubuh kerajaan baru kerana melayu masih sokong umno, seluruh kaum cina akan tarik diri dari berpolitik, biarlah akan datang hanya orang Melayu berpolitik.

Apa tanda atau isyarat itu?
Jika melayu masih sokong korup dan pencuri, apalagi yang boleh dibuat kerana orang cina tidak mencukupi majoriti membentuk sebuah kerajaan pusat.




Suara suara sumbang sudah mula kedengaran dihala kepada Puad, S.O.P




# Agaknya Tun ini ada daulatnya, SECARA personal yang serangnya akan kantoi sendiri...
Puad bukan yg pertama dari Johor

31 comments:

  1. Tanding tiket BN pun kalah, nak tanding atas tiket bebas pulak. Siaplah utk hilang deposit. Kalau nasib tak baik, puak umno akan panggil dia ni sbg pengkhianat. Kahkahkahkacewa.

    ReplyDelete
  2. Isa Samad, 'kambing bandot hitam felda' pun dah kena KO digugurkan dalam senarai Benawe Najib (BN).

    ReplyDelete
  3. Ketua pengarah JASA akan lumpuhkan jentera Umno'

    ULASAN I Jika benar ia merupakan surat dari Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi maka bererti beliau memberi kata dua kepada pemimpin Umno untuk menentukan kedudukannnya bertanding atau tidak hingga 26 April ini iaitu sehari sebelum penamaan calon.
    Sekiranya tidak maka beliau akan meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA.
    Punca kemarahannya adalah kerana ketua wanita bahagiannya, seorang peguam telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri tersingkir.
    Dalam suratnya yang menjadi tular beliau lebih dahulu mengisytiharkan untuk bertanding bebas di kerusi P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.
    Katanya "Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14".
    Meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi akan melumpuhkan jentera propaganda kerajaan dan Umno yang diperlukan untuk bergerak lebih aktif , terancang dan berkesan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.
    Ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja Umno sendiri.
    Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun mempunyai pengaruh hingga ke akar umbi yang hanya perlu diaktifkan pada bila-bila masa.
    Bagaimana jika generalnya tidak ada.
    Jika Puad melakukan apa yang telah dihebahkan menerusi suratnya yang telah pun ditularkan maka tidaklah keterlaluan beliau boleh dianggap melakukan sabotaj terhadap jentera pilihan raya Umno dan imej kepimpinan Umno. Tetapi bolehkah beliau disalahkan?
    Korbankan intelektualisme
    Bagi saya sendiri walau apa pun dikatakan tentang kelemahan Puad tetapi ia lebih bersifat peribadi. Beliau telah menjalankan tugas dengan aktif, berani dan mengorbankan intelektualismenya terutama dalam merendahkan taraf kepimpinan dan sumbangan bekas PM, Tun Dr Mahathir kepada negara.
    Tetapi itulah kerja seorang propagandis zaman yang mahu menjamin kemenangan parti dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana Mahathir telah menjadi musuh utama Umno dan perdana menteri.
    Jika beliau berasa begitu kecewa, marah dan tidak adil terhadap dirinya kerana ditolak untuk menjadi calon parlimen bagi Batu Pahat sebaliknya seorang wanita Umno yang pernah menjadi kontroversi dipilih maka beliau berhak untuk merasakan demikian.
    Siapa pun akan melakukan apa sahaja jika pengorbanannnya tidak dinilai malah dimalukan.
    Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrar akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur bagi kali terakhir.
    Barangkali masih ada masa bagi pucuk pimpinan Umno untuk memujuknya.
    TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
    Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi CG

    celahgelegar at 8:13 PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki...sian pembgkang bertepuk sorak psl hal ni tp gagal dlm membaca abcdefg..hahahaha

      Delete
    2. Kejora Kikiki.....

      Berita ini kini sedang tersebar meluas serata dunia.

      UMNO & Najib kini kena 'kualat' sebab berhasad dengki terhadap Tun Mahathir, PPBM & Pakatan Harapan.

      Ditohmahnya, dimanipulasinya & dianiaya Tun M, PPBM & Pakatan Harapan dgn menggunakan ROS & SPR. Allah SWT melaknati perbuatan mereka malah meresttui PPBM & Pakatan Harpan pimpinan Tun Mahathir. Parti pimpinan Tun M tak boleh bertanding di PRU 14 dan poster Tun M juga tak boleh dipamerkan sepanjang kempen pru 14,KECUALI di kawasan beliau bertanding guna logo Keadilan.
      Jahat betul Najib.....!!

      Kini dgn kehendak Sang Maha Kuasa, tersingkap sudah UMNO sendiri melanggar perlembagaannya sendiri, sekali gus parti itu, ROS & SPR berniat jahat menjakaui & menyalahi peraturan & undang2 menganiaya Tun M, PPBM & PH. Sebaliknya UMNO yg pulak melanggar perlembagaan partinya bila gagal mengadakan pemilihan dalam jangka tempoh 3 tahun + lanjtan/penangguhan 18 bulan yg dibenarkan.

      Bukan PPBM & Pakatan yg bersalah....UMNO yg sebenarnya bersalah & semua penyandang jawatan di peringkat cawangan, bahagian & Majlis Tertinggi (termasuk presiden & timbalannya) dah tak sah.

      Justru, sebagai pemimpin Barisan Nasional, parti gabungan ini juga dikira tak sah & tak patut/dibenarkan bertanding dalam PRU 14.

      Nampaknya, puak2 pendengki dan kamu terpaksa menumpang simpati mengguna logo PAS ker, MCAker atau MIC ker untuk bertahan hidup.

      Padan muka........!!

      Delete
    3. Laknat Allah terhadap regime kleptokrasi mula dipaparkan buat pedoman Kita semua,,buat lah kebaikkan berpada-pada dan jangan se sekali buat kejahatan.......!!

      Delete
    4. Wow! Terdesak betul OA6:56. Adakah itu petanda2 para pencacai sudah sedar tanpa PAS maka tiadalah tsunamai Melayu? Kekurangan yang menyumbang lebih separuh daripada undi Melayu yang diterima oleh pakatan yang sukar ditampung kembali oleh Amanah dan Bersatu.

      Apa2 pun pada aku kalau pencacai nak cabar keputusan Pendaftar Pertubuhan tersebut, elok diteruskan. Cabar jangan tak cabar!

      Kami yakin tindakan MT memohon lanjutan penangguhan tersebut mengikut perlembagaan, Akta Pertubuhan dan sudah mendapat nasihat daripada peguam yang berwibawa. Lagipun, pada hemat aku, permohonan lanjutan penangguhan dibuat secara bertulis kepada Pendaftar Pertubuhan bukannya selepas 28 Februari 2018 tetapi dibuat sebelum 31 Oktober 2017. Dan kebenaran tersebut diberikan secara bertulis pada 31 Oktober 2017 iaitu membenarkan penangguhan sehingga 19 April 2019.

      Cawangan sah, bahagian sah, MT sah dan UMNO sah. Apa yang perlu kami gusarkan? Kami berpegang teguh kepada kenyataan Setiausaha Agung dan MT UMNO berkenaan isu ini.

      Adakah kamu yang gusar? Kami amat faham!

      (13A. Kuasa Pendaftar membuat perintah tertentu berkenaan dengan pertubuhan berdaftar.)

      Delete
    5. Bayangkan kali terakhir UMNO adakan pemilihan pd tahun 2013. Lepas tuu najib minta tangguh. minta tangguh..minta tangguh sampai dah masuk rahun 2018. Perlembagaan UMNO, seingat saya, menyatakan pemilihan hendaklah diadakan taip 3 tahun sekali. Ini dah masuk lima tahun, aper kejadahnya....??

      Delete
    6. Tidak kiralah samada hendak ditangguhkan 10 tahun akan datang pun, apa salahnya jika majoriti ahli2 bersetuju. Yang penting UMNO terus kukuh dan bersatu padu.

      Perlembagaan boleh diubah. Kebenaran boleh dipohon.

      Kamu gusar dengan keutuhan perpaduan UMNO kini di bawah pimpinan Najib, Zahid, Hishamudin, MT dll? Kami amat faham mengapa?

      InsyaAllah Najib, UMNO dan BN menang dengan majoriti lebih 2/3.

      Delete
  4. Othaman ahmad dan KD.boleh tolong tak? Bagaimana nk delete komen guna hp? Sila beri tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan klik "view web version.."
      Ada di bahagian bawah post..

      Delete
    2. Itu kena tanya Najib Pondan atau Salleh Ketiak dulu.

      Delete
    3. Tak bolehlah KD.cuma ada butang 'publish' 'preview'je.butang delete takde.

      Delete
  5. Org tua yg pakai Rayban hitam pkl 11 mlm di Dataran merdeka & bersinglet serta seluar Hawaii tiga suku tu bukan pondan yaaa.. jgn salah sangka. Dia gangster

    ReplyDelete
  6. KD taksub jgn membabi buta..akidah kena jaga..segalanya kerana Allah bkn krn mahadet ada daulat ke apa..

    ReplyDelete
  7. KD itu lah yg akn terjadi..org melayu masih bersama umno..jadi sedara sedaging sedarah cina ko elok lah sedar diri..org melayu xmudah tertipu..cuma ko je KD mudah tertipu dgn cina..xkan dorg megalah selagi tanah bertuah ini xdpt ditawan..

    ReplyDelete
  8. Kamu kan ada manusia suci, manusia yang tidak boleh disentuh dan parti suci.. Aku tak komen apa² pun.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan dan format komen biar normal, jangan macam lgbt, songsang.

      Delete
    2. Dalam UMNO pulak semua kong kali kong bertaraf kangkong...

      PM bertaraf kangkong.
      Flom bertaraf kangkong.
      TPM bertaraf kangkong.
      Menteri2 bertaraf kangkong.
      Presiden bertaraf kangkong.
      Setiausaha Ah Kong bertaraf kangkong.
      Ketua Penerangan Malap-malap bertaraf kangkong.
      Ahli Najis Tertinggi bertaraf kangkong.
      Wakil Rakyat bertaraf kangkong.
      Ketua Bahagian & Cawangan bertaraf kangkong.
      Punahsihat bertaraf kangkung.
      Ketua2 Jabatan/Institusi Menteri bertaraf kangkong.
      Professor bertaraf kangkong.
      Pencacai bertaraf kangkong.
      Cyberterompah bertaraf kangkong.
      Kejora Sewel bertaraf kangkong.

      Delete
    3. Terdapat tiga kelompok utama pengundi iaitu (1) yang setia kepada parti, (2) yang setia kepada individu dan (3) atas pagar. Kita tahu kelompok (1) dan (2) ialah pengundi2 tegar yang tidak terpengaruh dengan isu2 semasa samada Slogan Selamatkan Malaysia, Kleptokrasi, 1MDB, GST dan sebagainya dan kelompok ini membentuk komuniti yang sangat besar iaitu kira2 55% daripada keseluruhan pengundi.

      Bakinya iaitu 45% ialah kelompok ke (3) atau atas pagar. Mereka mengundi berdasarkan parti mana yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik, mengadakan kemudahan infrastruktur yang lengkap dan canggih, kemudahan wifi, skim latihan kemahiran, memacu ekonomi negara ke arah kemakmuran yang memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi, BRIM, KRIM, dsb.

      InsyaAllah Najib, UMNO dan BN menang dengan majoriti lebih 2/3.

      Delete
    4. Kami berusaha bersungguh2 memberikan perkhidmatan dan kemudahan2 yang terbaik kepada rakyat dan negara, berdoa kepada Allah dan seterusnya bertawakal kepadaNya agar usaha2 murni kami dirahmati dan diberkati.

      InsyaAllah Najib, UMNO dan BN menang dengan majoriti lebih 2/3.

      Delete
    5. 2/3 majoriti, what a joke......!!
      Tak pernah terjadi kerana lemah pucuk pemimpin sejak kepimpinan UMNO ketiadaan Tun Mahathir.

      Delete
    6. Faktor orang tua itu hanya memberi sedikit kesan kepada UMNO/BN. Oleh itu, lebih baik dia berada di luar UMNO/BN daripada terus menjadi bebanan. Bila dia membuang diri sendiri, ia merupakan satu rahmat kepada UMNO/BN kerana sudah terlepas daripada menggalas batu yang besar.

      Kalau tidak, pasti sukar rasanya untuk UMNO dan BN menghadapi PRU-14.

      InsyaAllah Najib, UMNO dan BN menang dengan majoriti lebih 2/3.

      Delete
  10. Kalau saya tak silap, KD (atau Shahbudin dot com) ada menulis diblog ini yg BN masih bertelagah tentang kerusi undi. Tapi rupa2nya PKR yg bertelagah. Tak ke terbalik kat diri sendiri tu....Cuba tanya Ambiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Itu menunjukan azmin timbalan presiden yang ada suara tidak spt zahid comedy.

      Delete
    2. Retak menanti belah!

      No. 2 kenalah pandai membawa diri membawa aspirasi no. 1, bukannya menentang cuba menunjuk kekuasaan. Jika tidak samada dibuang atau membuang diri sendiri. Itu adalah kebiasaan!

      Delete
  11. Hahaha...KD. Maknanya haram utk kamu tetapi halal utk aku....hahaha

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...