Monday, August 27, 2018

JANJI DITEPATI...

TERKINI: FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR-CHINA  

1. Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor. Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China. Malah, projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail. 

2. Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City dilaporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk ‘The Case of Forest City and the Johor Sultan’ (https://www.malaysiakini.com/news/268649) manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk ‘Alkisah Forest City dan Sultan Johor’ (https://www.malaysiakini.com/news/268658).

3. Forest City diusahakan oleh kerjasama China-Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV).  Sebanyak 66 peratus pegangan CGPV dikuasai oleh tiga syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd. 

4. Baki 34 peratus pegangan CGPV dimiliki Kerajaan negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd. 

5. Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 peratus syarikat berkenaan.  Kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula hanya menguasai sekitar 20 peratus saham dalam syarikat tersebut.  

6. Projek raksasa yang dibangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira-kira 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim ‘Malaysia My Second Home’ MM2H.  

7. Malah, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa tiada sebarang visa akan diberikan kepada warga asing untuk datang dan tinggal di sini.  Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan dibenarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor.

8.  Tindakan agresif Tun Mahathir ini dikaitkan dengan lawatan beliau ke China baru-baru ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing.  Kemudiannya Tun Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada China pula.

9. Adakah langkah ini merupakan tindak balas Tun Mahathir kepada China yang dikatakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu? Perlu diketahui bahawa ketika lawatan Tun Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal ‘Coast Guard’ mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengirim dua kapal Kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi balas.

10. Malah, Tun Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa ‘Tembok Besar China di Kuantan’ perlu dirobohkan – merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

11. Apa yang pasti, tindakan ini bakal memberi impak besar ke atas projek Forest City, imej negara, hubungan Malaysia-China, dan secara khususnya, ke atas hubungan Tun Mahathir dan DYMM Sultan Johor.

12. ‘Pertembungan’ antara Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan.  Rujuk Sinar Harian ‘Sultan Ibrahim bidas Tun M’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-ibrahim-bidas-tun-m-1.612797) dan ‘Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-jawab-sultan-johor-isu-forest-city-1.613190).

13. DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk dibeli oleh sesiapa sahaja warga asing – bukannya dari China sahaja – malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut dijual kepada warga asing.

14. Tun Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeloi kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan, sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut.

15. Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H), terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.

16. Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar-besaran di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini dikenali sebagai BRI): “Kebanyakan projek pelabuhan akan digabungkan dengan penciptaan bandar-bandar satelit gergasi di Johor dan Melaka, seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut disertakan dengan pelabuhan yang baru dibina.  Di Melaka, akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang ditambak, yang dibahagikan kepada (1) pulau pelancongan, hiburan, dan pembangunan hartanah, (2) pulau zon ekonomi perdagangan bebas, (3) Pulau pelabuhan Melaka Gateway, dan (4) taman perindustrian maritim” (Evers 2017).

17. Hakikatnya, projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China – sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China.  Ditambah dengan langkah terbaru oleh Tun Mahathir ini, dijangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul.  

18. Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang? Apakah masa depan projek Melaka Gateway? Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana ‘mengganggu’ persetujuan pembelian warga China di Forest City? Ataukah imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

19.  Dari sudut politik dan geopolitik pula, apa akan jadi pada hubungan Malaysia-China selepas ini? Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP)?  Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL? Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Perdana Menteri Tun Mahathir susulan kes terbaru ini?

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)





17 comments:

  1. Saya telah mengatakannya beberapa kali dan akan mengatakannya sekali lagi.

    Tun M adalah calon tunggal yang memenuhi ciri-ciri yang telah dikhabarkan mengenai seorang lelaki yang merupakan ketua kepada satu pasukan yang menyertai banyak pertempuran pada zaman fitnah dan mereka menang kesemuanya termasuklah pertempuran klimaksnya yang akan menyaksikan kemenangan mutlak pasukan yang berada di jalan yang benar ini.

    Lelaki ini memiliki karamah tersembunyi yang hanya akan terbongkar apabila berlangsungnya pertempuran klimaks di antara pasukannya dengan pasukan lawannya.

    Lelaki ini memang telah ditakdirkan mengetuai pasukannya di dalam banyak pertempuran dan telah dijanjikan kemenangannya di dalam kesemua pertempurannya. Hanya sahaja ia akan hanya menyedari perkara ini apabila ia dan pasukannya menang di dalam pertempuran klimaks mereka.

    Lelaki ini adalah seorang yang disebut di dalam hadith-hadith akhir zaman sebagai 'pembawa panji hitam' @ 'pemuda Bani Tamim' @ 'Shuaib bin Soleh', orang pertama yang akan berbai'ah kepada Imam AlMahdi apabila sang Imam muncul di Masjidilharam dan mahu dibaiah kaum Muslimin di sana.

    Sesiapa yang meragui kenyataan saya bahawa Tun M adalah lelaki ini, walau siapa pun dia, dia dipersilakan untuk cuba menentang Tun M dan lihatlah apa akan terjadi. Dengan izin dan kehendak Allah, Tun M tetap akan muncul sebagai pemenang.

    Tindakan2 Tun M di dalam isu Forex City ini adalah didorong oleh kasihnya kepada tanah air ini dan kedaulatannya dan bukan demi keuntungan peribadi yang sementara sifatnya sedang kerugiannya bakal berlipat kali ganda.

    Tun M, seorang yang bukan 'bangsa Johor' kelihatan lebih menyayangi negeri Johor melebihi dari 'bangsa Johor' sendiri.

    Sejarah merekodkan hilangnya kedaulatan kesultanan Melayu di Singapura adalah disebabkan Sultan Johor pada masa itu telah menjual pulau ini kepada British secara one-off payment, tanpa didorong oleh sebarang ancaman mahupun keterpaksaan seperti yang dihadapi oleh Sultan Kedah yang menyerahkan Pulau Pinang kepada British. Di dalam keterpaksaan itupun Sultan Kedah hanya bersetuju penyerahan ini dibuat secara pajakan selagi ada bulan dan bintang, dan bukan melalui one-off payment seperti yang berlaku di dalam kes penjualan Singapura.

    Tunku Abdul Rahman, anak Raja Kedah yang menjadi PM pertama Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, akhirnya perlu memotong keluar pulau ini dari persekutuan Malaysia untuk mempastikan demografi penduduknya masih lagi bermajoritikan kaum Melayu.

    Kini Tun M, seorang lagi anak Kedah sedang melakukan satu perkara untuk mencegah daripada berlakunya keperluan untuk satu lagi pulau di dalam wilayah kedaulatan negara ini, waima ia adalah pulau buatan, dipotong keluar di atas sebab yang sama.

    Negara China? Sebesar dan sehebat mana pun negara ini dan ketenteraannya, kelak apabila mereka melihat bahawa negara ini sedang dilindungi oleh Allah melalui karamah para aulia yang menjaga keselamatannya, pasti mereka tidak akan berani lagi untuk mengacah negara ini lagi dengan kapal-kapal perang mereka, bahkan dengan izin Allah mereka yang akhirnya akan tunduk kepada negara ini.

    Apabila Panji Hitam (PH) mula dikibarkan di sebuah negeri Islam di ufuk Timur, maka tiada apa yang dapat menghalang kemaraan Panji Hitam ini sehingga akhirnya ia akan dikibarkan di Baitulmaqdis. Kekuatannya pasukan PH ini bukanlah pada ketenteraannya tetapi kepada karamah ahli-ahli pasukan ini yang sebahagian daripada mereka adalah golongan robbaniyyun dan ahbaar. Mereka adalah golongan yang bakal diberi kemenangan mutlak.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak terguling aku bila tun m di anggap lelaki pembawa panji hitam....

      Acronym ph ialah panji hitam....kahkahkah

      Delete
    2. Hahaha. Mabuk ketum ke yeop? Mahahthir pegi mintak nak berhutang di China, tak dapat. Minta di Jepun pun, tak dapat2. Tu yang dia mengamuk.

      China pun cakap, nak pinjam duit dari china untuk guna bayar gantirugi kepada pembatalan projek China, ADALAH TAK BERETIKA DAN TIDAK MASUK AKAL.

      Kau pulak sibuk dengan panji panji hitam kau. Agak2 la baiiii. Jangan nak taksub tak tentu hala. Anak dia pun sokong LGBT, nak panji2 hitam celah mana kalau anak dia pun ke laut.

      Lawak la kau. Boleh apply masuk rajalawak.

      Delete
  2. John Doe
    Tulisan win, mantap..

    Setakat mana kebenaran masa ditentukan..
    Tetapi dari segi olahan hujah, win
    Belum ada yg boleh berhujah balas dengan baik..

    Setakat hujah balas sampah, takkan ke mana..

    ReplyDelete
  3. Mengikut ust @ bomoh Doe ni,

    Lelaki ini yg disebut dalam hadis
    Lelaki ini mempunyai karamah tersembunyi
    Lelaki ini akan berbaiah kpd Al-mahdi
    Lelaki ini akan mengetuai pasukannya dlm pertempuran dan akan menang. Setakat yg kita nampak sehingga hari ini, antara ahli-ahli pasukan lelaki ini ialah;

    1. Mintiri keling paria berak atas rel keretapi
    2. Mintiri torpedo kapla tumpol
    3. Mintiri kewangan silap decimal point
    4. Mintiri agama lgbt
    5. Mintiri pendidikan kasut hitam
    6. Mintiri perpaduan bawak sami Hindu masuk dewan rakyat
    6. Mintiri pertanian tanam nenas & rambutan tepi pantai
    7. Mintiri gula turun 10 sen, negara sejahtera

    7 penolong lelaki ini bakal pembawa panji-panji hitam akhir zaman.

    Tapi tuan blogger dah tahu, setakat hujah sampah mcm ni tak kemana pun...hehehe...

    Hidup blogger KD, tentera pembawa panji-panji hitam akhir zaman.

    ReplyDelete
  4. KD,

    sedih dengan pemikiran tindak tanduk melayu muslim setelah dibangsatkan najib umno dan dipertunggangkudakan hadi pas....seolah2 jati diri telah tergadai dek wang dan kehidupan diarabkan......

    generasi muda melayu muslim kalau masih dibawah influence of melayu bangsat dan melayu nak diarabkan...terimalah hakikat melayu akan hilang di dunia.....

    kehancuran malaysia sukar dipulihkan dek duit dengan menunggang agama....

    sad sad sad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu tak pupus sebaliknya macai yg mampus kerana kehilangan lubuk membuat duit.
      Kahkahkah

      Delete
  5. Hahahahahahahahaha..... john doe semakin mabuk hanya kerana ramalannya tentang BN tumbang benar.... tp nak kata Tun sebagai pembawa panji.... lantak hanglah doe.... lu congak2 lerumur Tun tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di situlah rahsianya.

      Umur Tun yang panjang itulah sebenarnya yang akan menjadikan dirinya tali yang akan menghubungkan tangan di antara khalifah terakhir zaman menggigit iaitu Khalifah Abdul Majid Effendi yang meninggalnya pada tahun 1944 (Tun lahir 1925) dengan khalifah akhir zaman yang saya kira due date kemunculannya ialah pada Februari 2019.

      Saya percaya dan berani mengatakan bahawa selagi khilafah tidak tertegak semula, selagi itulah Tun M tidak akan meninggal dunia, kerana pembawa Panji Hitam adalah orang pertama yang akan berbaiah kepada khalifah di Masjidilharam Mekkah.

      Para wali yang memiliki karamah akan diberikan karamah berdasarkan keperluan dan peranan mereka di dalam masyarakat.

      Ulamak-ulamak besar zaman salaf misalnya dapat mengarang puluhan dan malahan ratusan kitab yang amat tidak masuk akal jumlahnya apabila dihitung fakta, mereka hanya mengarang di dalam tempoh 1/4 dan ada juga 1/6 masa mereka di dalam sehari. Rahsianya ialah 'masa' mereka telah 'dipanjangkan' melalui 'karamah'.

      Lihat juga Abbysina @ Ibnu Sina yang dia seorang sahaja telah menemui begitu banyak ubat-ubatan dan kaedah-kaedah rawatan untuk begitu banyak penyakit. Ia memang tidak masuk akal sekiranya dihitung mengikut logik.

      Di zaman serba canggih ini sendiri, hanya untuk mencari sejenis ubat untuk sejenis penyakit ia akan melibatkan ratusan orang, belanja ratusan juta dolar dan masa bertahun-tahun lamanya. Itupun banyak ubat masih gagal ditemui, sedangkan Ibnu Sina telah menemui hampir semua ubat kepada semua penyakit yang wujud pada zamannya.

      Tengoklah Tun M. Pada usia 93 tahun ia mempunyai tenaga dan kekuatan yang melebihi kebanyakan orang-orang yang berumur 60 an. Malah dibandingkan dengan Hadi Awang, Najib Razak, Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi dan kesemua raja-raja di Malaysia ini, Tun M kelihatan lebih cergas dan lebih dinamik daripada kesemua mereka sekalipun Tun M jauh lebih berusia dari mereka. Apakah rahsianya?

      Sejak ia menjadi PM ke-7 ia hanya tidur satu atau dua jam sehari tapi tenaganya amat luar biasa sekali.

      Balik dari China pun ia boleh terus menyertai solat hari raya tanpa tumbang (hanya fitnah daripada gerakannya mahu bangun daripada duduk), sedangkan kebanyakan manusia apabila balik dari luar negara akan memerlukan masa rehat berjam-jam lamanya untuk 'kembali stabil'.

      Sekiranya menjaga kesihatan adalah rahsia tunggal di sebalik luar biasanya kecerdasan dan kercergasan Tun M, mengapa hanya Tun M sahaja hampir satu-satunya manusia yang dilihat memiliki keistimewaan kesihatan dan kecergasan luar biasa ini?

      Hanya ada satu saja jawapan yang masuk akal apabila memikirkan tentang betapa luar biasanya umur, kesihatan, kecergasan dan kecerdasan Tun M ini iaitulah 'karamah'.

      Masa akan membuktikan, in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  6. Kekuatan apa yg ada pada PH???? Mazlee dah terbungkam... azmin dah terdedah... mat sabu dah tekantoi... muhyiddin... hamba tak mau kacau... beliau tidak sihat skrg ni.... Mujahid dah terkesima... Tun dan tergelatat... yang semakin nampak kuasanya LGE... biarpun merapu. Anda silap lah doe bila kata Siapa lawan Tun akan tetap kalah... KITA BAGI CONTOH PROTON AJER... NAJIB LAWAN KEMAHUAN TUN... TAPI AKHIRNYA TUN TERPAKSA TERIMA APA YANG NAJIB BUAT MENGUNTUNGKAN PROTON... dengan tak malunya sekarang menyua2kan muka di Geely. Halo Doe... anda betul untuk kata siapa lawan tun akan tumbang.... ya itulah sifat yg Allah nak tunjukka sebwlum mampusmya dia... sifat dengki dan dendamnya... qTUN ADALAH PEMERINTAH ZALIM...nak membetulkan negarA konon... PIIIRAH... ANAK KELING... TAK MALU NGAKU ANAK KEDAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang belum ada yg mampu patahkan hujah doe secara lebih logik dan sopan.


      Cuba lagi.

      Delete
  7. Terima kasih saudara KD di atas sokongan.

    Beberapa macai Najib (barangkali orang yang sama pun) telah memperolok-olokkan saya apabila saya mengatakan Tun M adalah satu-satunya individu yang menepati ciri-ciri yang telah dikhabarkan tentang lelaki yang bergelar pembawa panji hitam ini, dan demikian segala petunjuk menunjukkan Tun M adalah orangnya, dan melainkan dibuktikan sebaliknya, saya berkeyakinan dia adalah orangnya.

    Tetapi apabila saya meminta mereka yang memperolok-olokkan ini untuk menunjukkan siapa selain Tun M yang memiliki dua ciri berikut, seorang pun di antara mereka tidak mampu menjawab. Jawapan mereka akan berpusing-pusing. Bruneilah, Checnya lah, Anwar Ibrahim lah, dan macam-macamlah sedangkan semuanya meleset daripada fakta.

    Inilah dua ciri lelaki yang digelar pembawa Panji Hitam, hasil daripada himpunan hadith-hadith Nabi saw berkenaan lelaki ini dan pasukannya:-

    1. Seorang pemimpin dari sebuah negeri Islam di Timur. Timurnya mestilah sebelum Khurasan, sebab hadith-hadith tentangnya menyebut 'min qibalil masyriq' yang bermaksud 'dari arah Timur' dan juga 'qabli Khurasan' yang bermaksud 'sebelum Khurasan'. Khurasan adalah nama lama yang merujuk kepada kawasan di Timur Iran, Afghanistan dan Pakistan.

    2. Pasukannya telah menyertai banyak pertempuran pada zaman fitnah dan mereka menang kesemuanya. Orang-orang Indonesia yang amat berharap pasukan ini muncul di negara mereka sering menyebut pasukan PH ini sebagai 'pasukan yang tidak terkalahkan'.

    Apakah persamaan di antara Najib Razak, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu? Ketiga-tiganya pernah merasai kemenangan dan kekalahan. Mereka menang apabila berada di dalam pasukan Tun M sedang mereka tewas apabila menentang pasukan Tun M.

    Kepada kesemua yang telah memperolok-olokkan, sila jawab soalan mudah berikut; Siapakah selain Tun M yang pada 2018 ini (bersempena tahun ke-100 kemangkatan mujaddid terdahulu iaitu Sultan Abdul Hamid Uthmani) memiliki kedua-dua ciri di atas?

    Silalah jawab soalan mudah ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujah sampah dari seorang pendusta.

      Delete
  8. Mengikut pendapat sesetengah ulama sosok pemuda bani tamim itu adalah seorang pemuda..manakala tentera al Mahdi adalah dlm kalangan wali2 Allah..wali2 Allah yg memilih hihidup dgn Cara tidak melibtkn diri mereka dgndebu Kotor dunia spt sistem demokrasi,kapitalisme,riba etc..Cuba igt semula hadis ttg Islam bermula dgn asing Dan akan kembali terasing di akhir zaman,maka beruntung org yg asing..wali2 Allah inilh org yg asing ini..mengikut pendapat ulama juga wali2 Allah @ pengikut Al Mahdi ini xde kena mengena dgn mn2 pemimpin politik...wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... jalannya tak terhenjut henjut dan wajahnya berseri tak pucat lesu dan dan murung mencuka mcm bani tamin ciptaan john doe....kahkahkah

      Delete
    2. Masa akan membuktikan siapakah si pemuda bani tamim tersebut.

      Saya telah pun mengatakan bahawa ia adalah Tun M.

      Delete
    3. Jgn terlalu fanatik saudara..takut jd mcm kumpulan Al Arqam yg sgt yakin Abuya mereka Ashaari sbg pemuda Bani tamim..tapi apa kesudahan mereka

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...