Wednesday, August 8, 2018

NAJIB MAKIN DIPINGGIRKAN KAWAN



Jijik dan hina sangat kah najib,  belum pun 100 hari hilang jawatan PM dan Presiden,  kini sudah tidak diperlukan,  didekati atau digauli di khlayak.. 

Walaupun mahkamah undang² belum mengesahkan najib bersalah atau tidak tetapi mahkamah rakyat melalui PRU sudahpun menjatuhkan hukuman bersalah mandatory,  tiada lagi rayuan. Hukuman ini sukar dimansuh walau apapun kemungkinannya. 

7 comments:

  1. kecoh la kd ni..cuba la cerita pasal menteri ekonomi kantoi menipu ke..thomas n friends ke...apa nama baru gempak sikit apa nama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apsal lu buat le sendiri punya blog, sendiri tulis, sendiri baca...

      Delete
    2. Punahsihat umno tak boleh pakai...najin punah ranah kerana punahsihat umno.

      Delete
    3. KE MANA PERGINYA WANG ITU?

      Sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen hari ini, sejumlah RM18 bilion daripada akaun bayaran balik GST didapati telah diselewengkan.

      Bayaran itu sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan.

      Menurut Guan Eng, kehilangan wang itu disedari hasil pemeriksaan Jabatan Kastam dan audit dalaman yang telah dijalankan.



      Ke manakah wang sebesar itu telah diselewengkan dan ke mana ia dibelanjakan?

      Apakah ia semata-mata suatu pemalsuan akaun atau untuk menutup kesalahan lain?

      Selama ini ramai pemimpin UMNO dan BN sibuk menyatakan GST adalah sistem cukai yang efisen, cekap dan kurang ketirisan berbanding SST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

      Adakah ia hanya cekap dan efisen dalam bab kutipan daripada rakyat semata-mata, tetapi tidak berkaitan wang yang berjaya dikumpulkan?

      Sediakah Najib Razak selaku bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan era BN sebelum ini menjelaskan mengenai kehilangan wang itu?

      Bayangkan apa terjadi kepada kehilangan wang itu sekiranya dalam PRU14 lalu rakyat tidak berubah dan BN masih lagi memerintah? (ShahbudinHusin 08/08/2018)

      Delete
    4. Bincang penglibatan Najib dalam kempen, kata Umno Selangor

      Khairil Ashraf
      ShareTweetPinMail

      Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. (Gambar Bernama)

      PETALING JAYA: Umno Selangor hari ini mencadangkan parti membincangkan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam kempen selepas ini, selepas kehadirannya pada pilihan raya kecil baru-baru ini menjadi pertikaian ahli.

      Timbalan Pengerusi Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata Umno perlu membincangkan bentuk kempen yang boleh menarik minat rakyat secara teliti dan mendalam.


      “Tuding jari sana sini sangat subjektif. Kita tidak ada hitam putih yang mengatakan orang ini datang membawa kekalahan, orang itu datang membawa kemenangan dan sebagainya.

      “Jadi elok kita perincikan dan kita analisis betul-betul dengan tepat baru kita buat rumusan,” katanya.

      Beliau mengulas mengenai Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempersoalkan keputusan parti menurunkan Datuk Seri Najib Razak ke Sungai Kandis untuk berkempen dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.


      Johari berkata Umno mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya kecil akan datang memandangkan bekas perdana menteri itu berdepan perbicaraan kes salah guna kuasa dan pecah amanah berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

      Delete
    5. Johari orang kuat najib di kementerian kewangan...kenape johari bersikap biadap kpd najib yg telah menaikkan johari?
      ..johari lupa najib yg telah pakaikan baju dan sluar kpd johari yg tewas di pru lepas..

      Seblm pru hanadzlah u turn sokong najib...selepas pru hanadzlah hilang suara..

      Gambaran ahli umno hanye bermuka2 kpd najib kerana sesuatu...

      Delete
  2. This web site certainly has all of the information I wanted concerning
    this subject and didn't know who to ask.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...