Thursday, August 16, 2018

SEPANDAI PANDAI RAFIZI RUPANYA ADA JUGA KELABU ASAP...



Selepas PH tawan Puterajaya,  Rafizi dan invoke mungkin mengharap dijulang disanjung peranannya. 
Menjadikan dirinya sunyi dan rendah diri tidak dipeduli malah seperti mengemis untuk tidak disumbat ke sungai buluh. 
Lentingan pertamanya ke atas Mahathir kerana susunan kabinet awal tanpa tunggu dan rujuk Anwar adalah satu dosa besar Tun??? Lebih lebih lagi lim guan eng yang dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Mengumumkan akan bertanding Timbalan Presiden seolah memberi notis gunung berapi akan meletup, laharnya laju membuak segala isi perut... Akhirnya sekali lagi diberi peringatan,  keceluparan ada hadnya..  Menang Timbalan Presiden hari ini jangan mimpi esok Anwar akan jadi PM,  kena ada kesabaran... Simpan sikit gelojoh. 



Begitu juga apabila mendedahkan keaiban pegawai kanan Mat Sabu yang sepatutnya boleh mendapat penjelasan awal jika guna sedikit diplomasi dan baiksangka sesama komponen. 

Ulasan Timbalan Menteri Pertahanan ke atas Rafizi mencerminkan lulus tinggi² pun akhirnya kelabu asap individualistik apabila tidak pandai menyesuaikan diri dalam semangat kesepakatan.

Cukuplah dalam umno sudah ada lokman adam, jangan pula rafizi melokmankan dirinya dalam PH.


Pesan orang Kedah pada rafizi: Jangan "merak" sangat nak jadi orang kanan Anwar. 

18 comments:

  1. Jeles ja tu sebab dia rasa PH menang disebabkan dirinya.

    Tengok ja apa akan jadi padanya selepas selesai pemilihan Timbalan Presiden PKR dan Azmin menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Rafizi adalah "Budak hingus" baru nak kenal dunia politik,, jika dia istimewa sudah barang tentu Tun M jadikan senator kemudian Menteri namun ini tidak berlaku oleh sebab Tun M pun tahu jenis manusia apa si Rafizi ini. Hanya semacam tin kosong.......!!

      Delete
  2. Syabbas Rafizi!

    Anda seorang yg gentleman & professional. Tak kira di pihak parti lawan atau pihak parti kita, anda mahu membenteras penyelewengan.

    Anda memang seorang pejuang dan anda wajar berada di puncak persada politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyelewengan memang perlu didedahkan tanpa perlu PILIH bulu.

      Tetapi apabila tidak tabayyun... kemudian disekolahkan semula, jadilah diri taraf budak tadika.

      Inilah nasib Rafizi yang merosakan dirinya sendiri.

      Yang sebelum ini dikagumi dan dihormati tetapi apabila berakhlak tidak berhemah dan bijaksana, maka pudarlah penghormatan itu.

      Delete
    2. Saya sokong anon 10.22 am.

      Apa yang Rafizi buat itu memang wajar.

      Allah melarang sembunyikan kebenaran. Kalau memang benar ada penyelewengan teruslah bongkar, tak kira di pihak lawan atau kawan.

      Seperti mana Allah berfirman dlm surah al-Baqarah, ayat :

      وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤٢)

      Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42)

      Delete
    3. Keh keh keh..
      Melayu kampung time ni kau sokong.
      Bila rafizi bongkar pasal najib kau menyorok belakang fitnah

      Delete
    4. Melayu kampong..
      Kau punya lakonan, lebai pas pun kalah..

      Delete
    5. Setakat pandai kutip terjemahan ramai yg boleh buat....memahami isi ayat yg mustahak..hanye yg pakar yg mampu bagi penjelasan ayat...melayu kampongan pakar sokong prompak...silap faham dan nak putar belit isi ayt quran..

      Delete
  3. KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi PKR Rafizi Ramli semalam mendakwa beliau mempunyai dokumen mengesahkan bayaran meragukan berjumlah RM800,000 oleh seorang Pegawai Kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Dalam satu kenyataan Rafizi berkata, dokumen tersebut mengesahkan bahawa status muflis orang kuat Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu diselesaikan dalam tempoh dua hari.

    Menurut Rafizi, dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa empat bayaran yang meragukan masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 dibuat dalam tempoh dua hari iaitu pada 30 Mei dan 31 Mei lalu.

    “Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil dari ‘crowd funding’ atau biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut dari status muflis.

    “Saya sukar menerima alasan ini kerana saya juga tahu seorang lagi pimpinan Amanah iaitu Mazlan Aliman masih belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan saudara Mazlan lebih dikenali dari pembantu Mohamad Sabu ini,” kata Rafizi.

    Media kelmarin melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang pegawai kanan Mohamad.

    Ini susulan dakwaan dia menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutangnya dan dikeluarkan daripada status muflis.

    Pegawai tersebut diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu.

    Status itu kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutang pegawai tersebut. 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim guan eng collect crowd funding 1 juta tidak sampai 24 jam.

      Delete
    2. Rafizi ni maksudkan crowd funding salah ker disisi undang2..

      Delete
    3. Sejak bila "derma" jadi kesalahan undang2..

      Yang terlibat belum dilantik kepada apa2 jawatan dan berkuasa.
      Yang menderma belum dapat apa2 habuan untuk diistilah korup.

      SPRM sudah terjah, Rafizi jangan lebih garpu dari sudu, sekarang belakang sendiri sudah kena garu..

      Delete
    4. Dato Seri Azmin Ali jauh lebih hebat dan berkarisma daripada budak tembam (Rafizi)...........!!

      Delete
  4. Rafizi ni sebenarnya mengidap penyakit celaru otak...sebab tu sukar untuk kita pastikan belah mana dia menyokong sebenarnya...belah pembangkang ka atau belah kerajaan atau semata2 untuk menjadi pengacau kepada ketenteraman negara!!??....inilah manusia paling bangang yang sepatutnya sudah berada didalam penjara!!....HANG NADIM la sangat!!....macam kata Johari Abdul yang bodo .dan bangang tu

    ReplyDelete
  5. Kepada saudara2 seperjuangan semua yang berada dalam PKR ingin saya berpesan khususnya kepada para perwakilan sekelian agar bijak membuat pemilihan....pilihlah orang yang boleh kita harapkan yang boleh membawa kesejahteraan dan kemakmoran kepada negara kita, dan kita sebagai rakyat seluruhnya,jangan sesekali kita membuat pilihan yang salah.Memilih Rafizi Ramli sebagai pemimpin kita adalah sesuatu pilihan yang salah....kerana dengan kerenah Rafizi sekarang ternyata beliau bukan seorang pemimpin yang patut disanjung sebaliknya Rafixi adalah seorang pembelot yang akan mendatangkan huru hara kepada negara.Rafizi adalah seorang yang tidak jujur ,berhati jahat dan punya sakit jiwa yang merasa hanya dirinya sahaja yang sempurna dan bijaksana.Dan percayalah saudara2ku sekelian negara kita tidak akan dusanjung sekiranya orang yang tidak bertanggong jawab seperti ini diangkat menjadi pemimpin kita.

    Rafizi hanyalah jagoh kampong yang hanya sesuai diangkat menjadi penghulu kampong!!....

    ReplyDelete
  6. Rafizi pembawa panji warna kelabu asap.

    ReplyDelete
  7. Anon 26:00 AM...hehe...tepat weh..

    ReplyDelete
  8. Maaf tersilap...anon 26:00 PM...kelakar .

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...