Tuesday, August 21, 2018

UMNO DIKORBANKAN UNTUK SELAMATKAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA..




Apakah negara kita masih dikenali sebagai kleptokrasi?
Apakah rakyat kita masih dianggap berkompromi dengan rasuah? 
Apakah pemimpin² politik kerajaan dan penjawat awam sekarang berani mengamalkan rasuah sewenangnya? 
Apakah kita masih malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara??

Bukankah sesuatu yang boleh dibanggakan apabila Tun berani menyatakan dan menuntut kebenaran dan  keadililan hak Malaysia  kepada pemimpin² kuasa besar seperti China di hadapan mereka. 

Alhamdulillah,  doa rakyat dizalimi, Allah makbulkan.
Tiada daya dan upaya kecuali dengan bantuan dan Izin Allah. 

Hari ini satu demi satu kemungkaran muncul dan didedahkan,  kerja siapakah ini yang mengkhianati anak bangsa dan negara? 
Satu demi satu topeng yang memperalatkan atas nama Melayu dan Islam tercabut mendedahkan wajah sebenar mereka. 

Sesungguhnya Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,  Allah Maha Besar.





20 comments:

  1. blogger gila isim. semoga Allah cabut nyawa kau secepat mungkin. Hidup menjadi parasit ummah. Amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. inikah melayu muslim?

      Delete
    2. Anon 1009, apabila dinyatakan kebenaran di hadapan kamu, dari Siapa kamu berpaling?

      Delete
    3. Macai dah tak boleh jawab mula meroyan. Kesian.

      Delete
    4. Orang tak mampu berhujah hanya mampu menyumpah selain memaki hamun.

      Delete
  2. Anon 10:09:00 AM ni gilo babi ka sewek??...orang dok sembahyang raya,kamu pula dok doa yang burok2 untuk orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statement kau pun sama... hang pung dok sembahyang raya jugak ka?

      Delete
  3. Berani betul tm sekolahkan china semasa masih lg berada di beijing. Berani tahap gaban atau org muda gelar berani gila babi. Berani sungguh sampai lupa bagaimana untuk menjaga hubungan antara kerajaan dgn kerajaan. Adakah kerana air muka tm dimalukan maka sebelum balik lg tm membalasnya serta merta? Kalau nak tunjuk beranipun kena la cerdik. Betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin kena berani. Jgn dok kepit brg dan berkepit bawah ketiak bini. Salam Aidiladha.

      Delete
  4. Allahuakbar³.
    Setiap bani melayu kena bersedia menghadapi peristiwa² penting di hari² ke depan.
    Jangan gundah jika kita miskin.
    Jangan gundah jika kita kehilangan.
    Berdiri teguh biar diancam.
    Maruah agama dan bangsa serta tanah kita adalah lebih penting dpd harta benda kita.
    Bertabahlah.
    Hanya orang yang takut kematian dan takut miskin akan menjerit² meracau² sementara melayu yang mengerti hakikat kehidupan dan mencintai agama dan tanahairnya dpd segalanya akan TEGAK BERDERAP KE DEPAN MENGHUNUS KEBERANIAN LUARBIASA BANGSANYA.
    Wahai kawan²ku, bertenang² bila tiba saat itu dan BERTAWAKKAL KEPADA TUHANMU DAN JANGAN KAMU TAKUT WALAU SEJENTIK.
    ALLAHUAKBAR³.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Skengsong,

      Orang-orang yang benar memang tidak perlu berasa takut sekalipun ramai yang berasa takut.

      Orang-orang yang berdusta memang sewajaranya berasa takut kerana tempoh mereka dibiarkan bersukaria akan tamat.

      Apa pun akan ada segolongan manusia yang tidak berasa takut dan tidak pula membenci kebenaran, dan perantaraan mereka inilah umat ini akan diberi ubat kepada penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian yang sedang mereka deritai.

      Ia akan pasti tiba, in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. John Doe. Saya fikir kamu tak silap. Dia orang yg sama. Gaya bahasa dan tulisannya sama apabila saya baca di Cahaya Al Majid. :)

      Delete
  5. Pro-pembangkang: "tengok, Tun M dimalukan oleh China, Li Keqiang ugut untuk tamatkan press conference kalau PM tak setuju dengan free trade".

    Pro-kerajaan: "tengok, hebat Tun M, Li Keqiang ugut tapi beliau balas dengan menyamakan China dengan new colonialism".

    Jinjja, boleh tak korang jangan buat kesimpulan hanya berdasarkan satu sedutan video yang tak lengkap?

    Masing-masing nak buat modal untuk up kan tokoh pujaan masing-masing. Yang tak boleh belah tu pergi membanding-bandingkan PM ke-6 dan PM ke-7 walhal mereka masing-masing mempunyai konteks yang berbeza.

    Dalam video The Star yang viral dan jadi modal (video pertama), ucapan Tun M pasal minyak sawit disusuli oleh ucapan Li Keqiang (PM China) pasal "free trade". Seolah-olah Li Keqiang ugut kalau Malaysia tak setuju dengan terma dan syarat China dalam perdagangan minyak sawit, maka beliau nak tamatkan sidang akhbar on the spot. Dan reaksi Tun M ialah membidas China sebagai pengamal neo-kolonialisme ekonomi.

    Sebenarnya, dua perkara itu tak ada kaitan pun. Tun M cerita pasal minyak sawit tu minyak sawit punya hal, Li Keqiang cerita pasal free trade tu free trade punya hal. Penyunting video The Star gabungkan dua bahagian itu, korang pula jadi konpius.

    Cuba korang tengok potongan video yang penuh (video kedua), sebenarnya Li Keqiang sedang menjawab pertanyaan wartawan tentang perang dagang (trade war) antara US dan China.

    Li Keqiang memulakan jawapannya dengan "tiada pemenang dalam trade war" (贸易战没有赢家, maoyizhan meiyou yingjia), "kerana ekonomi dunia telah berintegrasi melalui perdagangan bebas dan globalisasi" (因为世界经济通过自由贸易和全球化已经形成一个整体, yingwei shijie jingji tongguo ziyou maoyi he quanqiuhua yijing xingcheng yige zhengti).

    Kemudian Li Keqiang berceramah sehingga minit 2:50 beliau kata "saya memetik jawapan PM Mahathir tadi untuk menunjukkan pendirian sama kami dalam mempertahankan perdagangan bebas, tapi kalau PM Mahathir ada pandangan yang lain, maka dialu-alukan. Tapi of course, sidang akhbar kita ni bukannya nak diadakan sampai tiada penghujungnya" (我应用刚才马哈蒂尔总理的回答是想表明我们在维护自由贸易方面的共同立场,当然如果马哈蒂尔总理对此有别的想法,那么也可以发表意见。当然我们这个记者会啊不是要求长时间进行, wo yingyong gangcai Mahadier Zhongli de huida shi xiang biaoming....

    Maksudnya apa? Maksud dia, Li Keqiang nak kata beliau dan Tun M dah capai konsensus dalam isu perang dagang iaitu kedua-dua pun tidak setuju dengan protectionism yang diamalkan oleh US di bawah pimpinan Trump. Itulah jawapan Li Keqiang kepada wartawan.

    Li Keqiang nak tamatkan sidang akhbar tu bukan nak ugut Tun M, cuma sidang akhbar tu dah diadakan hampir setengah jam, jadi beliau mencadangkan sidang akhbar pun boleh ditamatkan sekiranya Tun M tak ada pandangan lain , maka soalan trade war tu jadi soalan terakhir. Beliau minta pandangan Tun M, bukannya nak menghina Tun M. Maybe senyuman Li Keqiang tu nampak jahat dan sinis sikit, tapi nada dan bahasa yang beliau guna tu ikhlas.

    Pastu Tun M cerita pasal "new colonialism" tu pun bukannya ditujukan kepada China. Cuba baca elok-elok transkrip dia:

    "Well I agree with you that the free trade should be the way to go, but of course free trade should also be fair trade. … we do not want a situation where there is a new version of colonialism happening because of poor countries are unable to compete with rich countries in terms of just open free trade, it must also be fair trade. In that I support free trade together with Prime Minister Li."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambungan..

      Nak tafsir ayat ni korang kena rujuk balik track record Tun M selama 22 tahun sebagai PM ke-4. Memang itulah ayat "caveat" yang Tun M pakai setiap kali beliau sebut pasal free trade. Tun M secara umumnya sokong perdagangan tapi beliau nak pengecualian diberikan kepada negara-negara sedang membangun (developing countries) termasuk Malaysia, negara "South", negara "Third World" yang termasuk CHINA. Tak pernah ada orang rujuk China sebagai "rich country". China is and always disebut sebagai sebuah "developing country" dalam apa-apa perbincangan di peringkat antarabangsa.

      Jadi, kenyataan Tun M adalah bersifat umum untuk melindungi Malaysia daripada memberi komitmen terhadap perdagangan bebas secara penuhnya, terutamanya dengan negara-negara Eropah yang ada perundingan perdagangan bebas dengan Malaysia, bukannya dituju kepada China. Jadi tak perlulah drama sangat, China tak ada nak memalukan Malaysia, Malaysia pun tak ada nak memalukan China.

      China memerlukan Malaysia, Malaysia memerlukan China. China memerlukan Malaysia kerana Malaysia memegang "lifeline" ekonomi dan strategi China menerusi Selat Melaka. Malaysia memerlukan China kerana China memegang "lifeline" ekonomi Malaysia menerusi kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap China. China tak boleh pinggirkan Malaysia kerana itu akan memaksa Malaysia memilih pakatan US-Jepun-India-Australia yang anti-China, Malaysia tak boleh pinggirkan China kerana US bukannya rakan yang boleh diharap dan Jepun terlalu lemah. Jadi masing-masing berkompromi dan berdiplomasi, "business as usual".

      Delete
    2. Ini juga mungkin merungkai celoteh RAHMAN JPC di blognya - jom kunjungi ramai² di sana

      Delete
  6. Sesuatu yang menghairankan adalah selama 22 tahun sebagai PM pada kali pertama dan kini 100 hari sebagai PM kali kedua, mustahil Tun Dr Mahathir tidak tahu perkara utama dalam hubungan dengan China adalah MENJAGA AIRMUKA ATAU "FACE" itu sangat penting.

    Bukan China yg mula atau kuat lakukan tapi Mahathir yg dari ketika kempen pilihanraya dan lebih jelas bila berkuasa tidak henti menuduh, membuat andaian dan jatuhkan airmuka China.

    Maka reaksi yg China beri kepada Mahathir dalam lawatan rasmi yg mana sebelum bertolak masih terus jatuhkan airmuka China tentu telah dijangka.

    Ada yg komen, kononnya bila kerajaan China buat kawad hormat dalam dewan seolah2 mcm gambaran @ sindiran pd Malaysia ttg kemarahan kerajaan China pd dasar2 luar kerajaan Malaysia yg baru bawah Tun Dr. Mahathir...

    Rasanya tak payah lah kita buat mcm2 persepsi yg kita sendiri tak tahu protokol sambutan dan lawatan pemimpin utama dunia ke sesebuah negara...

    Sebab bagi kita, asalkan ada sambutan secara rasmi, kira ok lah, tutup kes...

    Kita sangka baik lah sbb takkan satu kuasa besar tak tahu cara nak hormat pemimpin otai macam Mahathir, dua kali jadi PM tu, betul x derrr...

    ReplyDelete
  7. Kerana madey punya akai, ekonomi malaysia dah dalam bahaya kan. Takut giller wei!, kik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akai tak sebabkan ekonomi bahaya, tapi rembat yg direstui macai bodoh piang yg menyebabkan ekonomi negara terlingkup. Entah bila masanya nak bijak pun teman tak tau.

      Delete
    2. Kena makan bnyk tomato baru nampak bijak. Tp nampak je la, otak still uneducated.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...