Monday, April 30, 2018

BN BOLEH MENANG MUDAH JIKA TAWARKAN 0 GST DAN SUBSIDIKAN SEMULA HARGA RUNCIT PETROL (?)

Jika itu ditawarkan,  aku akan undi BN(:?)

44 comments:

  1. Masih berminda subsidi sedangkan warga asing dah kaya raya merebut limpahan rezeki di tanah bertuah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar pengambilan warga asing dasar siapa?
      Kroni siapa yang dapat lesen memasukan warga asing?

      Delete
    2. Aku yg apply nak pekerja asing sbb mereka rajin. Dasar pemalas mcm 8:43 hidup nak harapkan subsidi kerajaan sepanjang masa.
      Aku rasa org yg macam kau yg ada apply Beruk subsidi drp kerajaan.

      Delete
    3. Eleh berapa ekor lah melayu apply pekerja asing..
      Anon 846, anak kau sendiri menganggur, kau sendiri kais pagi makan pagi ada hati cakap besar nak apply pekerja asing..

      Delete
    4. Cakap besar konon nak apply pekerja asing. Hidup sendiri merempat jadi macai. Tak sedar diri. Puihhhhhh

      Delete
    5. Ini le dasar bangsa yg nak jahanamkan bangsa. Tak boleh nak tengok bangsa sendiri maju sikit... kalu sendiri asyik berpolitik 24jam langsung tak menyumbang

      Delete
    6. Kikiki..
      Cacai duk hina org terima subsidi..

      Diri menjadi penyokong kleptokrat berbayar tu xrasa hina plk

      Delete
  2. Tak perlulah nak konar sana konar sini, tajuk straight forward..

    Nak undi BN ke tak nak, yes or no kalau Najib istihar 0 gst dan subsidi semula harga runcit petrol?

    Jawab itu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kd, jujurnya aku akan undi bn.

      Delete
    2. Aku tetap akan undi PH. Aku tak nak berketuakan pemimpin yg tak amanah.

      Delete
    3. dah terlewat... jika DSN undur sebelum pilihanraya , mungkin ada peluang, mungkin tidak.. sebab yg terbaru dia suruh koyak gambar TUN menyebabkan sokongan pada BN semakin merudum, ramai golongan rakyat yg hidup zaman TUN memerintah sedih dah hiba melihat kejadian tersebut.

      Delete
  3. baru je balik dari menikmati sarapan pagi tajaan calon bn. alhamdulillah, kenyang dan dapat mendengar sendiri apa janji beliau sekiranya diberi mandat. pihak pembangkang ada juga membuka bilik gerakan, namun tak tahu kenapa muka mereka semacam je dengan masyarakat setempat. tak manis langsung malah untuk menegur masyarakat setempat juga payah sgt. mereka perlukan undi siapa sebenarnya? kalaulah calon mereka tahu petugas-petugas mereka sombong atau berat mulut dengan masyarakat setempat, on the spot mereka kena pecat. aku tunggu sahaja mereka buat majlis untuk menyampaikan amanat kenapa masyarakat perlu sokong mereka. kalau terus-menerus sombong begitu, sia-sialah membazir duit sewa bangunan dan bayar duit elaun petugas yang akhirnya calon mereka tidak mendapat undi. macam tak tahu kempenpun ada jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kempen bagi petugas yang terlibat mungkin hanya pasang bendera, gantung banner dan balut pokok dengan lambang parti, bukan menyantuni masyarakat setempat. Mereka perlukan undi dari batang buluh, batang penyapu dan batang pokok agaknya.

      Delete
    2. Anon 906, kau pun muka subsidi sampai tahap sarapan pun kau sanggup tadah perut dengan duit kelepek najib?

      Kalau 0 gst dan petrol rendah lagi best kan..

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu pulak pendedahan oleh Sarawak Report siapakah yang menjadi dalang memberi maklumat salah kepada mereka. Tentu ada individu tertentu dalam negara yang rasa ponggongnya makin panas masa ni. itulah, buat la fitnah selalu.

      Delete
    2. Ehhh... Berani betul dia saman. Yg sorang lagi tu bila pulak nak saman. Ni dah berapa kali selasa?

      Delete
    3. Anon 917, menang tisu tandas pun kau nak cerita kat sini jawab saolan aku, tak minat dengar kau punya propaganda.

      Delete
    4. Hadi nak saman husam pon takut....baru berjaya tolak affidavit SR dah heboh...

      Delete
  5. POLA SOKONGAN PENGUNDI MELAYU

     Undi Melayu BN jatuh merudum dari 41.1% (Disember) kepada hanya 18.1% (April) membayangkan peralihan besar pengundi Melayu.

     Undi Melayu di kalangan pengundi yang telah membuat keputusan di antara BN, PH dan PAS hampir sama.

     50.7% responden memberi jawapan “Tidak pasti” atau “Undi rahsia” yang membayangkan mereka pengundi atas pagar.

    POLA SOKONGAN PENGUNDI CINA

     Undi Cina BN jatuh merudum ke paras 9.3% dalam bulan April 2018.

     66.3% pengundi Cina menyatakan mereka “atas pagar” walaupun besar kemungkinan mereka penyokong PH.

     Pola sokongan yang sama ditunjukkan oleh pengundi Cina: tahap sokongan kepada BN jatuh merudum sebanyak 50% dalam tempoh 5 bulan.

    POLA SOKONGAN PENGUNDI INDIA

     Sokongan pengundi India kepada BN merudum ke paras 18.7% berbanding sokongan kepada PH (32.9%).

     Ini kali pertama sejak INVOKE menjejaki tahap sokongan pengundi bermula Januari 2017 yang menyaksikan sokongan pengundi India kepada PH lebih tinggi berbanding sokongan kepada BN.

     Angka menunjukkan peralihan undi yang besar kepada PH di kalangan pengundi India berbanding sokongan kepada BN di saat-saat akhir, yang akan membawa kesan besar kepada banyak kerusi-kerusi marginal.

    PROFAIL PENGUNDI ATAS PAGAR

     Jumlah pengundi atas pagar meningkat mendadak dua minggu sebelum pilihanraya, membayangkan peralihan pengundi setiap kaum lari dari BN.

     Pecahan pengundi atas pagar mengikut kaum: Melayu (50.7%), Cina (66.3%) dan India (46.9%)

    PROFAIL PENGUNDI PAS

     Hanya 32.6% dari pengundi PAS adalah penyokong tegar PAS. Selebihnya, sebanyak 32.1% ada potensi akan mengundi PH dalam senyap.

    KESIMPULAN

     Perbezaan sokongan antara BN, PH dan PAS di kalangan pengundi Melayu yang telah buat keputusan adalah tidak besar (sekitar 1% ke 3% sahaja).

     Undi Melayu BN telah jatuh merudum berbanding 6 bulan lalu dan kini berada dalam lingkungan undi Melayu PH.

     Di kalangan pengundi semua kaum, pilihan Perdana Menteri yang paling atas adalah Tun Mahathir/PH (29.9%) mengatasi Dato’ Seri Najib/BN (23.8%).

     Majoriti pengundi (40.5%) yakin kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, berbanding hanya 27.6% yang percaya BN akan kembali berkuasa.


    Bagi Pihak Invoke
    RAFIZI RAMLI

    ReplyDelete
  6. BN sejak zaman PM ke % tu suka sangat berjanji tapi tak tepati. Ingat slogan " Rakyat didahulukan, janji diCAPATI' ketika itu...... jadi PRU kali ini, apapun janji diaorang memang tak boleh terima. Tukar terus, cuba kerajaan baru. Kalau yang itu jugak men'CAPATI' rakyat, kita tukar lagi......

    Kita perlu ingat, kerajaan ujud untuk kita, bukan sebaliknya



    ReplyDelete
  7. Nik Omar cetus gelombang baru peralihan sokongan kepada PH

    Posted By: Pentadbiron: MEI 1, 2018

    Gelombang yang telah dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini bergabung dengan gelombang yang terbina ekoran penyertaan anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

    Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, Nik Omar telah mencipta gelombang baharu di kalangan pengundi pro Islam di negara ini khasnya di kalangan penyokong Pas.

    “Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam.

    “Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.

    Berdasarkan perkara itulah, katanya, pemimpin dan penyokong Pas paling marah kepada Nik Omar sekarang.

    Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan telah mengumumkan Nik Omar dipecat serta merta dari Pas sebaik saja beliau menjadi calon PH.

    Nik Omar yakin politik Nik Aziz lebih dekat dengan PH.

    Padahal ia tidak perlu dibuat kerana penyertaan Nik Omar ke dalam AMANAH bermakna keahlian beliau dalam Pas tergugur dengan sendirinya.

    Bagi beliau, PH kini berjaya menggabung dua gelombang iaitu yang dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar.

    ReplyDelete
  8. MEMAHAMI PELBAGAI ISU EKONOMI DARI PANDANGAN PROF. DR. JOMO

    Apakah prestasi ekonomi Malaysia lebih baik sejak PU13?

    Ekonomi Malaysia telah tumbuh pesat menurut angka resmi. Tetapi angka-angka juga menunjukkan segelintir orang kaya yang dapat isi lemaknya, sedangkan tulang dan bulu jatuh kepada golongan lain.

    Angka rasmi juga memberi gambaran ketaksamaan makin berkurangan, tetapi itu kerana pekerja asing tidak diambilkira.

    Betulkah pekerja asing penting bagi ekonomi Malaysia?

    Penduduk Malaysia sekarang berjumlah di sekitar 32 juta, dan tenaga kerja melebihi 15 juta. Pekerja asing lebih kurang 7 juta menurut syarikat telefon, sedangkan hanya 2.2 juta rasmi.

    Maka, pendapatan purata sebenar jauh lebih kurang daripada apa yang dilaporkan kerana kerajaan menafikan adanya kebanyakan pekerja pertanian dan pembinaan dari luar negeri. Ramai juga pekerja asing dalam perkhidmatan dan kilang.

    Ada pihak yang mengaku pasaran saham juga telah melambung tinggi?

    Sebenarnya, harga saham mencerminkan pandangan pelabur terhadap masa depan harga saham berkenaan, bukan keadaan ekonomi sebenar. Walau macam mana pun, paras harga BSKL pada tahun 2017 lebih kurang sama dengan 2013.

    Ringgit Malaysia telah bertambah kuat dewasa ini?

    Kadar pertukaran ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS$) lebih kurang RM3.2/AS$1 pada 2013. Paras terendah pada tahun 2017 melebihi RM4.4!

    Sekarang di sekitar RM3.9. Kemajuan bukan kerana pengurusan yang baik, tapi akibat kenaikan harga minyak petroleum dan kelapa sawit.

    Tetapi rizab Malaysia telah meningkat.

    Sebenarnya, tidak. Rizab Malaysia sebanyak AS$116 bilon pada 2008, sebelum Datuk Seri Najib Razak jadi menteri kewangan, telah jatuh kepada AS$102 bilion pada 2017. Tetapi oleh kerana nilai matawang ringgit telah merosot, ada yang mengaku bahawa rizab negara meningkat!

    Tetapi kerajaan telah janji mengimbangi Belanjawan.

    Janji ini janji lama, yang telah ditangguh-tangguhkan hampir setiap tahun dalam dekad yang lalu. Sebenarnya, perbelanjaan pada tahun 2017 jauh lebih tinggi – hampir RM9 bilion – daripada apa yang diumumkan dalam Belanjawan 2018 yang disampaikan pada Oktober 2017.

    Dengan itu, defisit Belanjawan – atau kekurangan perbelanjaan dibanding dengan hasil – bagi tahun 2017 meningkat, seolah-olah kementerian kewangan tidak mampu menganggarkan perbelanjaan kerajaan.

    Kali terakhir, kerajaan Malaysia mengimbangi Belanjawan ialah pada tahun 1990an sebelum tahun 1998, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi PM, dan Datuk Seri Anwar, timbalannya di samping adalah menteri kewangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana pula dengan hutang negara?

      Hutang negara telah meningkat daripada RM306 bilion pada tahun 2008 kepada RM685 bilion pada 2017 – lebih dari dua kali ganda!

      Selain itu, apa yang dikatakan hutang yang dijamin kerajaan telah meningkat dengan amat pesat daripada RM69 bilion pada tahun 2008 kepada RM227 bilion pada tahun 2017 - lebih dari tiga kali ganda!

      Apakah Malaysia akan jadi bankrap atau muflis?

      Sebenarnya, sebuah kerajaan tidak boleh jadi bankrupt di sisi undang-undang. Yang menjadi masalah ialah apabila kerajaan tiada cukup pendapatan atau simpanan untuk menjelaskan hutangnya.

      Hutang dalam negeri lebih mudah dijelaskan dengan ‘mencetak wang’, yang boleh menyebabkan inflasi. Tetapi hutang luar negara tak dapat diselesaikan demikian, misalnya ketika kerajaan terlambat menyelesaikan hutang 1MDB, yang dijaminnya, pada tahun lalu.

      Hutang peribadi atau isirumah bagaimana?

      Rakyat Malaysia menanggung hutang paling tinggi di dunia secara relatif, secara purata di sekitar 84 peratus daripada pendapatan negara tahunan, menurut Bank Negara. Maka, sebenarnya, rakyat Malaysia banyak membayar bunga walaupun kadangkala disamarkan untuk umat Islam.

      Ini tidak termasuk lagi hutang 'tidak rasmi' orang susah, yang ramai hutang keliling pinggang kepada along moden yang mengenakan kadar bunga amat tinggi.

      Tetapi sudah tentu pendapatan dan kebajikan orang ramai telah meningkat.

      Dasar gaji minimum dan BR1M telah meningkatkan pendapatan orang ramai. Kedua-duanya, iaitu termasuk bantuan untuk orang yang hidup susah, yang baru dinamakan BR1M, sudah lama dituntut parti pembangkang.

      Tetapi tidakkah Pakatan Harapan menentang gaji minimum dan BR1M atas sebab politik?

      Dari apa yang saya baca dan dengar, HARAPAN menyokong dan janji akan meneruskan, malah menambahkan usaha demikian. Yang menjadi masalah, usaha baik demikian, yang hanya baru disokong dan dilaksanakan oleh PM, telah dijadikan dedak atau umpan undi politik menjelang PRU14.

      Cogankata ‘Satu Malaysia’, yang disokong semua, juga disalahgunakan untuk menutup penipuan besar-besaran yang melibatkan puluhan bilion ringgit melalui salah satu syarikat kaitan kerajaan, atau GLC, yang dinamakan 1MDB.

      Apa pula hubungan soal 1MDB dengan pengurusan ekonomi yang baik?

      Sebenarnya, penipuan 1MDB bukan cerita baru. Pada tahun 1960an, beberapa bank tempatan terpaksa diselamatkan. Skandal Bank Rakyat pada tahun 1970an memberi kesan besar terhadap politik negara, terutamanya setelah Tun Razak meninggal.

      Pada awal 1980an, pembunuhan Jalil Ibrahim di Hongkong semasa menyiasat skandal BMF, anak syarikat Bank Bumiputera, telah mengejutkan masyarakat. Arwah Tan Sri Ahmad Nordin dan YB Lim Kit Siang telah main peranan besar membongkar skandal itu.

      Itu cerita dulu.

      Pada ketika ini, ada beberapa skandal lain, seperti yang melibatkan Felda Global Ventures (FGV), yang menyusahkan lebih dari seratus ribu keluarga peneroka Felda. Ataupun hadiah diraja Saudi sebanyak RM2.8 bilion, yang pernah dikaitkan dengan penyertaan Malaysia dalam pasukan tentera 40 negara pimpinan Saudi yang masih sedang menyerang Yemen.

      1MDB pula melibatkan jumlah besar yang sukar diduga, dikatakan RM54 bilion mengikut satu anggaran. Ini merupakan kes penipuan jumlah yang paling besar di dunia. Akibatnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pegawai tinggi yang dikatakan sedang menyiasatnya telah diganti.

      Delete
    2. Ini soal undang-undang jenayah dan politik. Apa pula implikasi ekonominya?

      Selain implikasi jenayah penipuan-penipuan besar yang terlibat, saya cukup bimbang bahawa kerugian terlibat boleh meningkat lagi dengan pendekatan kerajaan sekarang. Negara-negara lain telah menyiasat dan ada yang mengambil tindakan, malah telah menghukum pihak yang terlibat.

      Jabatan Pendakwaan (DoJ) Amerika Syarikat telah menebitkan dua laporan penuh dengan tuduhan, dan dikatakan tidak menemui majikan 1MDB yang dianggap mereka terus terlibat dalam usaha menutupkan jenayah penipuan.

      Adakah kerugian pada ekonomi kita?

      Menurut Kleptocracy Assets Recovery Act, mereka berhak simpan 25 peratus dari segala yang diperolehinya, seperti rumah mewah, harta tanah, lukisan mahal, syarikat perfileman anak tiri PM, Reza Aziz, dan mungkin kapal mewah Equanimity yang dikatakan milik syarikat Jho Low. Pelakon Leonardo di Caprio dan Miranda Kerr telah pun menyerahkan hadiah daripada Low dan Reza kepada DoJ.

      Apakah kerajaan lain dapat simpan semua harta yang dirampas mereka kerana kerajaan Malaysia terus menafikan bahawa jenayah telah berlaku atau Jho Low terlibat? Dan berapa pula yang dibelanja dan dibazir dalam usaha menutup skandal jenayah ini, misalnya dengan menjual harta kerajaan dengan harga murah untuk mengumpulkan dana bagi menyelesaikan hutang 1MDB.

      Apa pula kesan GST terhadap rakyat?

      Beban utama GST jatuh kepada rakyat jelata, mereka yang tidak peroleh pendapatan tinggi dan tidak bayar cukai Pendapatan, kerana beban SST sebelumnya lebih kepada mereka yang kaya serta golongan menengah atasan.

      Itulah sebabnya GST dianggap cukai yang regresif atau lebih tidak adil kesannya, iaitu lebih tidak adil, lebih zalim.

      Tetapi sudah tentu hasil cukai tambahan perlu untuk elakkan krisis belanjawan atau fiskal?

      Sebenarnya, banyak subsidi lain ditarik balik, sedangkan orang kaya serta syarikat besar dikecualikan cukai. Satu tinjauan dulu pernah dapati bahawa separuh daripada pemilik kereta mewah tak bayar cukai pendapatan!

      Dua persoalan timbul: Pertama, apakah semua perbelanjaan Kerajaan sekarang perlu untuk ekonomi dan rakyat? Dan kedua, kalau lebih banyak hasil cukai perlu, siapa yang patut tanggung beban utamanya?

      Maka, defisit akibat penghapusan GST dapat ditutup dengan banyak cara.

      Pertama, dengan mengurangkan perbelanjaan, seperti pembelian senjata yang tak perlu atau projek yang bukan-bukan untuk memperkayakan syarikat kroni pihak berkuasa.

      Arwah Prof Ismail Muhd Salleh pernah menunjukkan bahawa kesan sistem cukai di Malaysia tidak adil.

      Kedua, dengan mengenakan cukai yang lebih adil dan saksama, misalnya cukai terhadap beberapa jenis harta kekayaan.

      Maka, sama ada dari segi pencukaian atau pun perbelanjaan, Belanjawan makin tidak adil, terutama sekali bagi orang ramai kerana orang kaya serta syarikat mereka dikecualikan daripada cukai.

      (Artikel berupa sessi soal jawab atau wawancara dengan Prof Dr. Jomo KS, seorang pakar ekonomi ini dipetik dari Malaysiakini. Ia agak panjang, tetapi oleh kerana hari ini merupakan cuti umum di mana kita banyak masa terluang, agak berbaloi untuk membaca dan memahaminya di sebalik terlalu banyak "gambaran indah dan separuh benar" cuba diberikan oleh pihak kerajaan mengenai kedudukan ekonomi negara kita?)

      Delete
  9. Komen² KBB pun aku nak delete juga tapi sebab dia sokong 0 gst dan subsidi petrol..aku maafkan.

    ReplyDelete
  10. Minyak turun atau tak gst 0 atau tak undi aku tetap pada bn

    ReplyDelete
  11. Daif sgt perjuangan ko KD.hanya setakat subsidi petroal dan 0 gst shaja..patut lah pembgkang tak menang2 pusat.dpt penyokong mudah dilentur

    ReplyDelete
  12. Wahai pembamgkang sekalian.dari kenyataan KD jelas menunjukkn bahawa segala kecaman adu domba pada ds najib selama ini adalah fitnah.kerana hanya dgn bn turunkan harga minyak dan 0 gst sokongan KD kembali pd bn.ini membuktikan bahawasanya kerajaan ini adalah telus .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat tu tak faham soalan kau KD. Patutlah bingai dan binawe perangai mereka.

      Delete
  13. Tak perlu subsidikan minyak dan sifar gst.keadaan sekarang majoriti rakyat selesa dengan bn.banyak bantuan yg kerajaan beri pada rakyat secara terus beza zaman mahadey rakyat cuma dapat sisa tulang bukan tulang apatah lagi isi hanya untuk kroni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulang dengan isi pun tak kenal. Patutlah jadi macai dpt lendir.

      Delete
  14. X sabar tggu 9/5 nk pngkah bn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah memangkah ke? Kesian. Patut kau kena pangkah sokmo. Kihkihkih

      Delete
  15. Aku pengundi atas pagar belum buat keputusan.tapi setakat ni apa yg dijanjikan bn lebih realistik banding ph.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKTI UMNO-BN PONDAN DALAM KETAKUTAN:

      Adakah patut si Salleh Ketiak block berita Nyata & Benar
      dgn menyatakan....

      'Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana
      kandungannya melanggar undang-undang negara'.

      Tak hal....

      Ribuan rakyat Trengganu bangkit mengalu-alukan kedatangan Tun Mahathir dan memberi sokongan padu di Jelajah Pakatan Harapan di Trengganu semalam.

      Delete
  16. Replies
    1. BUKTI UMNO-BN PONDAN DALAM KETAKUTAN:

      Adakah patut si Salleh Ketiak block berita Nyata & Benar
      dgn menyatakan....

      'Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana
      kandungannya melanggar undang-undang negara'.

      Tak hal....

      Ribuan rakyat Trengganu bangkit mengalu-alukan kedatangan Tun Mahathir dan memberi sokongan padu di Jelajah Pakatan Harapan di Trengganu semalam.

      Delete
  17. Kesimpulannya semua sokong gst 0 dan petrol diberi subsidi.
    Cakap serupa bikin, jangan pula jadi munafik sokong beend

    ReplyDelete
  18. Cakap apa janji apa pun org tak undi umnok n bm kerana pemimpinnya pengangak dan raduah kat Tun pi ikut mana pun umnok adala undi penyangak

    ReplyDelete
  19. Berapa banyak SST yang pakatun nak buat kalau menang PRU? 9℅? So harga barang nanti tak Naik ke? Berapa banyak rumah mampu milik kerajaan pakatun nak buat? Selangor dengan Penang pun tak dapat buat.
    Undi pakatun janji kartun
    Undi BN janji ditepati

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...