Sunday, April 8, 2018

PEMINAT SUKAN DAN RAKYAT TERGANGGU EMOSI DENGAN PANDANGAN PERIBADI POLITIK TMJ YANG BERAT SEBELAH.

Dalam semangat semua sukan,  pemain penyokong pengurusan penganjuran mengasingkan fahaman politik masing² demi sukan untuk negara. malahan orang politik dan pemimpin politik di luar juga di peringkat dalam negara dan dunia turut tidak campurtangan.

Mutu sukan hanya terjamin jika pengadil mengambil sikap tidak berat sebelah, amanah dan jujur.


Begitu juga dalam dunia politik,  pemimpin dan pengurusan sukan wajar tidak mencampuradukannya.

10 comments:

  1. Kalo xcondong kat puak korg berat sebelah lah.. Kalo condong raja jiwa rkyt la.. Hampeh.. Ada posting ko yg lps bkn main sanjung tmj bila tmj tulis psl rasuah apa bagai.. Last2 tmj tuju kat puak korang.. Mengelupur mcm siamang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skali baca bersorak geng najis.
      Tp feedback tulisan tmj itu yg lbh penting.
      Sengaja tmj provoke supaya semua boleh baca pandangan org kebanyakan.
      Kalau pandangan tmj pun rakyat biasa berani bersuara utk tidak bersetuju, apa lg pembodek nk temberang

      Delete
  2. Di bawah adalah jawapan kepada TMJ

    *****
    [8-4 19:38] ‪+60 11-1015 2446‬:

    Luahan rakyat Johor setelah TMJ mengatakan pemimpin lidah bercabang (Tun)

    A reply to TMJ comments by a Johorean( malay)

    Maaf TMJ. Bukan hanya nakhoda kapal yang bermasalah, enjinnya juga sudah ketinggalan zaman, tidak mampu menampung keperluan masa kini, apatah lagi masa depan. Malah, badan kapalnya juga berlubang-lubang kerana sudah lama dibiarkan berkarat tanpa pembaikan.

    Pandangan yang Tunku lontarkan amat menarik. Maaf Tunku tapi kehidupan dalam istana tak sama dengan kehidupan realiti rakyat diluar ini.

    Apa yang Tun M buat kepada Tunku dan keluarga Tunku itu adalah masalah Tunku dengannya. Sebagai rakyat yang membesar dibawah pemerintahan Tun, saya menyaksikan dan merasakan sendiri kemajuan2 yang dilakukan beliau.

    Jika 3 anak Tun jadi billionaire pun adalah melalui perniagaan walaupun mungkin dengan bantuan Tun tapi bukan menjadi billionaire dengan merompak wang negara spt yang ada skg ini.

    Buat masa ini hanya Tun option yang kami ada untuk mengubah masa depan negara, kami dan anak cucu kami. Siapa pun menjadi kerajaan, Tunku dan keluarga akan tetap terjamin berada disana tapi kami rakyat marhaen belum tentu boleh teruskan kehidupan jika tersalah pilih

    Rakyat Johor mungkin sayangkan Tuanku kerana bola tapi bab politik ni rakyat Johor tidak sependapat dengan Tuanku.

    Rakyat Johor lebih terbuka dan matang berbanding dahulu. Tuanku ada gedung kereta mewah. Rakyat Tuanku nak miliki kereta sebijik bawah garaj pun susah.

    Rakyat jelata memilih Pakatan Harapan!

    Rakyat Johor membidas nasihat dari TMJ ...

    Ampun tuanku...

    Patik berpendapat Istana tak perlu campurla hal dan bab politik kalau dah rasa tak boleh nak dikritik...

    Cuma patik ada soalan nak bertanya...

    Di mana istana2 bila rakyat kena perah setiap saat utk bayar gst dan macam2 lagi benda nak kena bayar setiap hari?

    Di mana istana2 bila makin ramai rakyat merempat tak cukup makan, tak cukup kerja, pengangguran tinggi di samping lambakan warga asing dari seluruh pelusuk dunia (china, indon, bangla, vietnam, negro, nepal dan banyak lagi kalau nak senarai) yang bersaing dengan warga tempatan?

    Di mana istana2 bila satu dunia ketawakan malaysia dalam isu 1MDB, money laundering tertinggi di dunia, felda dan macam2 lagi sampai tak boleh nak senarai dah lagi salah laku yang terang-terangan berlaku?

    Di mana istana2 bila semua peruntukan, subsidi,duit hospital, duit sekolah, biasiswa di potong untuk bayar hutang negara?

    Di mana istana2 bila semua sistem dan institusi kerajaan dirogol dan jadi kacau bilau dan berkecamuk untuk mempertahakan penyelewengan pemimpin dan ianya berlaku secara terang-terangan?

    Apa lagi pilihan yang kami rakyat ada selain dari kapal Tun M?

    Dengan siapa lagi kami nak mengadu selain dari Tun M?

    it's a wind of change...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai.. sahabat! Ini negara demokrasi la... semua rakyat bebas beri pendapat masing2. Kenapa nak pertikaikan padangan org lain. Masing2 berhak bersuara dan mezahirkan pandangan masing2. Tolong simpan sikit kevangangan anda tu.

      Delete
  3. Apabila sultan pahang menerajui FAM ade kritikan secara senyap agak susah kritik FAM kerana di kepalai sultan...ade pegawai yg melayang jawatanye dlm FAM...mutu bolasepak negara merudum...

    ReplyDelete
  4. Apa yang berlaku perlu diambil secara positif.

    Umpama permainan bolasepak, TMJ membuat kejutan awal diminit pertama dengan menjaringkan gol (1-0)
    Kucar kacir seketika pertahanan lawan.

    Tetapi tidak lama, striker otai Rafidah Aziz menyamakan kedudukan (1-1)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stiker otai ph dh over age jugak. Ketika dia bukan menteri lg, dia kata dia bantah isu tanah tersebut. Lagi mau pakai striker beginikah? Mau gol sendiri ni nanti..huhuhu

      Delete
  5. Dalam kenyataan TMJ, baginda ada menyatakan "I am not a politician but I too have my own agenda, and my agenda is to ensure the sovereignty and the welfare of the state of Johor."

    Tapi apa sebenarnya "welfare" kepada rakyat Johor yang telah dilakukan oleh TMJ dan baginda Sultan?

    1) Adakah rakyat Johor terkecuali dari dikenakan GST?
    2) Apakah barangan keperluan harian di Johor merupakan yang termurah di Malaysia?
    3) Apakah rakyat Johor tidak tertakluk kepada kenaikan harga minyak?
    4) Adakah semua rakyat Johor sudah mempunyai rumah sendiri dan menerima hak milik?
    5) Adakah projek perumahan Forest City merupakan projek perumahan mampu milik bagi rakyat Johor?

    Apa sebenarya yang pernah dilakukan oleh pihak Istana Johor untuk rakyat Johor ni? Sesungguhnya saya sangat konfius. Mohon sesiapa tolong la bagi jawapan.

    ReplyDelete
  6. RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH

    ReplyDelete
  7. Mungkin kah rakyat sudah tak mahu terima lagi apa2 alasan, nasihat atau saranan yang bertentangan dgn fitrah manusia yg berakal? Benar kah rakyat sudah tak mahu di perbodohkan bila negara luar mentertawakan Malaysia dgn ungkapan kerajaan klepetrokrasi? Tidak malukan mereka2 yg masih menyokong malah suruh kami juga? Apa penjelasan tuan ?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...