Thursday, August 16, 2018

JANGAN.BUANG MASA DENGAN LOKMAN ADAM, JOM BANTU TURKI..


Atas level seorang rakyat Malaysia yang menetap di İstanbul Turki dan melihat setiap detik krisis ini dengan mata kepala dan linangan airmata sendiri, Ayah ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama membantu Turki di dalam PERANG EKONOMİ yang sedang Washington lancarkan ke atas İstanbul sekarang.

1.  Perkara pertama yang anda perlu buat adalah menukar sebanyak mungkin matawang asing yang ada di dalam tangan anda kepada Turkish Lira. Untuk yang belum kenal bagaimana lambang yang represent Lira, ini adalah lambang Lira 👉 '₺'

2.  Pertukaran anda ini akan membantu mengukuhkan kembali nilai 1 Lira yang lebih seminggu lepas adalah bersamaan RM0.80sen. Sejak serangan Washington, Lira telah drop sejauh RM0.59sen, paling teruk dalam tempoh dua dekad ini.

 3.  Komuniti yang paling aktif dalam membantu Turki ketika ini [mungkin kerana nostalgia purba mereka yang pernah lama bernaung di bawah  pemerintahan Turki Ustmaniyyah] adalah bangsa Arab kawasan Teluk. Kuwait adalah yang paling mula-mula sekali membantu. Sejak hari pertama krisis minggu lepas, rakyat Kuwait telah berbondong-bondong beratur di money changer mereka untuk membeli Lira [rujuk gambar-gambar].

5. Bangsa Arab jugalah yang paling ramai beratur di outlet-outlet seluruh İstanbul sekarang. Dengan kejatuhan Lira, mereka mengambil peluang ini dengan memborong sebanyak mungkin barangan-barangan berjenama di Turki. Namun, Erdoğan memandang positif perkara ini. Pesan sang Presiden, "Layani pelancong-pelancong Arab ini sebaik-baiknya. Kerana mereka mempunyai Dolar & Euro." Setiap pertukaran yang mereka lakukan, akan sangat-sangat membantu menstabilkan kembali nilai Lira.

6. Jika anda was-was dan merasakan bahawa usaha anda ini mustahil akan membantu - Emir Qatar telah membuat investasi sebanyak 15 billion USD kepada Erdoğan dan Turki semalam. Tindakan bijak Emir Qatar ini terbukti berhasil apabila nilai 1 Lira melonjak kepada RM0.69sen selepas investasi itu berlaku [saat catatan ini ditulis, nilai Lira adalah bersamaan RM0.68sen].

 7. Krisis ini adalah real!!! İni bukan main-main. Atas level pengalaman peribadi - Jumaat lepas, ketika serangan Washington ini mencapai titik klimaks-nya, semua Döviz [money changer] di seluruh İstanbul sekelip mata menutup pintunya dan berhenti beroperasi. Bank-bank Turki tidak lagi membenarkan sebarang currency trade di dalam sistem mereka. Ustaz Alang Mohd Firdaus Madzlan yang mendarat di İstanbul Atatürk Airport ketika itu melihat sendiri bagaimana Döviz-Döviz di Airport semuanya tutup. Bahkan, İmam Abdullah Turki datang sendiri ke rumah Ayah demi menceritakan hal tersebut di samping berpesan agar memboikot segala barangan Amerika buat masa ini.

 8.  Pesanan İmam itu adalah bertitik tolak daripada galakan Erdoğan sendiri apabila beliau menyarankan agar rakyat Turki berhenti membeli produk elektronik Amerika dalam salah satu ucapan terbarunya. Turki sendiri akan lebih mempergiatkan industri pembuatan mereka.

9. Anda kena ingat! Turki adalah kubu terakhir umat İslam ketika ini. Ketika Trump mengumumkan Jurusalem sebagai ibu negara İsrael, siapakah yang bersungguh-sungguh memanggil dan mengumpulkan semua pemimpin dunia İslam untuk bersidang di İstanbul demi menyatakan bantahan kepada tindakan sembrono Amerika itu? Tidak lain dan tidak bukan - adalah Recep Tayyip Erdoğan!

10. Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib, turut dihubungi Erdogan melalui panggilan telefon peribadi - menunjukkan bahawa jemputan itu adalah sesuatu yang serius. Jika Turki kalah dan jatuh müflis dengan serangan Washington kali ini, anda rasa, siapakah pemimpin Dunia İslam sekarang yang mampu untuk buat perkara yang sepertinya? Tidak ada! Maka, jelas lah kita sangat-sangat memerlukan Turki untuk terus kuat seperti biasa.

11. Jadi, masanya memang telah tiba untuk anda memberikan bantuan! Jika anda mahu kubu terakhir umat İslam ini kukuh kembali,  tukar semua matawang asing di dalam simpanan anda kepada Lira. Jika anda tidak punya Dollar atau Euro untuk ditukar, Ringgit pun anda boleh gunakan untuk membuat pembelian ke atas Lira. Sudah cukup kalau setiap seorang rakyat negara Malaysia yang berpopulasi lebih 30 juta itu menukar sebanyak RM100 seorang kepada Turkish Lira.

12. Dan yang paling penting - hubungi Mak dan Ayah anda dan terangkan kepada mereka dengan cermat perkara ini. Tanyakan kepada mereka adakah mereka menyimpan Dollar & Euro. Jika ada, rayu kepada mereka supaya menukarkannya kepada Lira dengan segera.

13. Generasi İbu & Ayah kita ini adalah golongan yang paling banyak menyimpan matawang asing kerana mereka saban tahun melancong ke luar negara. Selama Ayah hidup di İstanbul ini, golongan pelancong yang paling banyak Ayah temui adalah mereka yang berumur 55 ke 75 tahun dan ke atas ini lah. Semalam saja, lebih 20 orang dari kalangan generasi ini yang Ayah santuni di sini. Generasi tua ini mempunyai kuasa yang sangat leluasa, dan ini lah masanya untuk kita gunakan kekuatan mereka.

14. Jangan terpedaya dengan mereka yang berpesta dan bergembira dengan kejatuhan Lira saat ini, kononnya rakyat Malaysia akan lebih seronok untuk melancong ke Turki kerana nilaian Lira sekarang adalah lebih murah. Jika krisis ini berlanjutan, harga barangan di Turki akan mencanak-mencanak naik, bahkan harga barang boleh jadi lebih mahal daripada sebelum ini. The inflation will take its place, guys!

15. Tukar matawang asing anda sekarang dan upload gambarnya ke dalam FB seluas-luasnya. Biar satu Malaysia tahu tentangnya pun, tidak mengapa! Tindakan anda itu akan memberansangkan orang lain untuk mengambil tindakan yang sama. Tag Ayah! Dan Ayah akan share posting anda tersebut seluas-luasnya. Sosial media adalah senjata yang paling ampuh untuk digunakan saat ini.

16. Dengan ramainya masyarakat dunia membeli Lira, maka demand kepada Lira akan meningkat. Apa yang kita mahukan sekarang adalah demand kepada Lira melebihi supply. Dan apabila demand telah melebihi supply, nilai Lira akan sekelip mata meningkat! [sila pergi ke wall Ayah selepas ini, Ayah telah upload gambar rakyat Malaysia yang telah membeli 200 Lira di Kota Bharu].

17. Dan cara untuk membeli Lira ini adalah dengan beratur beramai-ramai di semua money changer seluruh Malaysia. Paksa mereka jual semua Turkish Lira yang mereka ada. Jika telah habis, pergi pula ke semua head quarters syarikat-syarikat travel di Malaysia kerana mereka memang ada menyediakan khidmat menukar wang kepada Lira. Ayah sudah bertahun-tahun deal dengan travel-travel agen di Malaysia itu. Mereka menyimpan sangat banyak wang Lira dan pekerja-pekerja mereka bertebaran di Turki sekarang. Dengan hanya satu panggilan telefon, bos mereka boleh menelefon pekerja-pekerjanya di Turki dan mengarahkan mereka membawa pulang Lira.

18. Demi sesungguhnya, anda wajib membantu kubu terakhir umat İslam ini dengan setiap titisan darah yang anda ada. Jangan sesekali membiarkan ia diganggu gugat. Rebahnya Turki saat ini menandakan tersungkurnya umat İslam di akhir zaman. Selama ini, Erdoğan telah bersusah payah berjuang untuk menjatuhkan sistem sekular di Turki sehingga İslam di Turki telah kembali pulih seperti sekarang. Tetapi, setelah İslam di Turki kembali mekar, Erdoğan terpaksa pula berhadapan dengan serangan dari Barat yang tidak putus-putus menyerang. Lalu, marilah buat kali ini, bantuan dari Nusantara pula yang kita hantar datang!

Tukar semua matawang asing anda ke pada Lira. Beli Lira dengan sebanyak-banyaknya. Jangan risau! Wang Lira yang bakal anda simpan itu akan anda gunakan kembali di Mekah & Madinah ketika Haji & Umrah.

------
Mehmet İzudin Gül
Eyüp Mahallesi, İstanbul, Turki.
------

[Sila sebarkan!






23 comments:

  1. Dalam hal ini kena tanya bang Non lah....sebab dia ni kawan ketat Aldowan!!....hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inikah yg dikatakan pejuang bangsa dan agama selama ini? Semakin hari semakin terdedah kebusukan mereka.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sebahagaian daripada tanda-tanda awal bacaan-bacaan yang saya pernah kongsikan beberapa kali di sini dan di blog lain sejak sebelum PRU14 berlangsung, iaitu pada zaman baru (zaman terakhir umat Islam selepas zaman fitnah), Putrajaya akan menjadi kesinambungan kepada Istanbul. 

    Istanbul akan tumbang, dan kemudian akan diselamatkan oleh Putrajaya. Akhirnya Istanbul akan membuat penyerahan simbol takhta umat kepada Putrajaya. Dengan Tun Mahathir sebagai PM, segalanya semakin berkemungkinan. 

    Berbeza dengan pembukaan pertama Istanbul oleh Sultan Muhammad al-fateh yang menggunakan senjata, pembukaan semula Istanbul pada zaman baru hanya akan menggunakan zikir 'lailahaillallah' dan 'Allahuakbar'. Logik akal mengatakan bahawa sebelum berlakunya 'pembukaan kedua', maka ia mestilah tumbang terlebih dahulu. 

    Kesemua ini memang tercatit dalam khabar nubuwwah lebih 1400 tahun yang lampau. 

    Sebagaimana Istanbul menjadi pusat berakhirnya zaman menggigit (khilafah monarki) dan bermulanya zaman fitnah, sedemikianlah Putrajaya akan menjadi pusat di mana zaman fitnah akan mula-mula sekali ditinggalkan, in shaa Allah. 

    Dan seperti yang pernah beberapa kali saya kongsikan, zaman fitnah tidak boleh ditinggalkan melainkan dengan kebathilan itu benar-benar dilenyapkan sama sekali. 

    Dan seperti yang beberapa kali saya sebutkan, kebathilan itu tidak akan lenyap sehinggalah pertempuran di antara kebenaran dan kebathilan telah benar-benar mencapai klimaksnya. 

    Macai dipersilakan untuk terus menerus berdusta, memutarbelit dan memfitnah, kerana kalian hanya sedang membawa pertempuran ini ke klimaks. 

    Deryada olsa herşey muzafferDillerde tekbir, Allahü ekberAllahü ekber, Allahü ekberOrdumuz olsun daim muzaffer.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau bnyk mkn taek kau sendiri pasal tu kau suka buat cerita mengarut.

      Delete
    2. Sekejap ia berkata dongengan, sekejap pula ia berkata pembawa panji hitam itu orang lain dan bukan Tun M.

      Tak mengapa, kerana dia sendiri akan dijadikan saksi kebenaran itu sudah semakin hampir.

      Delete
  4. Hello... blog org gila... Kikiki..meroyan ler lagi...lagi...

    ReplyDelete
  5. Kita orang Muslim kena tolong Turki dari serangan ekonomi pengganas Zionist yang kuasai Amerika!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah pemimpin pujaan kamu yang ambil Zionist Yahudi APCO jadi penasihat dan berwala dengan Zionist Nasrani Donald Trump 'your enemy is my enemy'?

      Menentang zionist maka jadilah musuh kepada Najib.

      Menentang pemimpin yang diwala mutkak oleh Najib maka jadilah juga musuh kepada Zahid sebab Zajid juga telah memberi wala mutlaknya kepada Najib.

      Hadamkan..

      Delete
  6. semua orang Islam patut sokong saranan tersebut.
    Tq. admin memuatnaik artikel diatas.
    #cicirmaulanaishak.

    ReplyDelete
  7. Hahahaha....bodoh punye saranan. Krisis ekonomi Turki tak berlaku sekelip macam tu je. Dasar ekonomi Erdogan tak produktif sejak berbelas-belas tahun lepas mula menampakkan kesan buruk. Tak payah nk bantu apa pun. Negara dia, sendiri selesai. Asyik menyalahkan orang takkan majukan diri Kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin anda bukan Muslim, mungkin anda Kristian....
      salah satu punca serangan ekonomi pada Turki atas penahan seorang pastor amerika & akan dibicara disana atas tuduhan bersubahat dgn teroris Kurdis. ( sila GOOGLE & baca ancaman Trump keatas kedaulatan negara Tukri)
      jangan jadi katak duduk bawah tempurung.

      Delete
    2. Saya orang Islam tapi anda perlu belajar ekonomi. Dasar ekonomi di bawah Erdogan sangat tak produktif dan banyak manipulasi data (fake growth). Kesan sekatan US utk tariff import besi dari Turki mcm kacang.

      Delete
    3. anon 5:27 tolong beri link manipulasi data, saya nak baca sumbernya dari mana. tq.

      Delete
  8. Tak yah sibuk2 dgn hal ehwal negara luar. Fokus bgmana nak menyumbang ke arah Malaysia Baharu.

    ReplyDelete
  9. Suruh Erdogan jual mahligai dia. Kos cecah bilion2 dollar bukan ada faedah utk rakyat Turki.

    ReplyDelete
  10. Source : Dude, trust me.

    Hahahahaha...kuat membohong sape tulis panjang2 mcm ni main manipulasi sentimen sesama agama la konon. What a pseudo-religious....kihkihkih.

    ReplyDelete
  11. Turkey serah panji panji hitam.kat Mesia.. mungkin boleh diterima tapi serahan panji panji hitam tsb bukan pada Tun Dr Mahathir sebab dosa fitnah yg tun srndiri rekayasa... tetapi panji panji hitam dari timur yg dijanjikan tdb di serahkan pada Anwar Ibrahim setelah penyetahan kuasa bermula selepas raya korban tahun ini hingga raya korban tahun depan.. tempoh peralihan kuasa ini berlaku maka muncul lah panji panji hitam tsb pada Anwar Ibrahim bukannya pada Tun Dr M seperti yg dicanangkan.. Tun tidak sesuai mrnerima panji panji hitam tsb disebabkan terlalu banyak dosa dosa fitnah rasuah dan keluarga tun bukan penegak Agama Islam malah melecehkan hukum hakam islam melalui jaringan kufur yahudi COMANGO SIS G25 dan liberalisma gereja..

    sebenarnya mereka sengaja merekayasa kononya Tun adalah kebangkitan panji hitam dari timur telahan itu salah sama srkali kerana peralihan kuasa dari kerajaan fitnah Tun akan bermula selepas raya korban ini.Selepas jatuh ketajaan fitnah Tun maka Anwar Ibrahim selayaknya menerima dan menyambut secara simboliknya penyerahan kuasa islam ( panji hitam yg dijanjikan ) dari Turkey (erdogan ) pada Malaysia ( Anwar Ibrahim)

    Srbab itu yahudi dunia rothchild mrngharapkan sesuatu tindakan dari Tun dan Daim serta kroni mereka mrnghalang penyerahan kuasa PM dari Tun yg banyak merosakkan islam melalui fitnah jijik.

    Insyallah panji panji hitam dari timur akan disambut oleh Anwar Ibrahim bukan nya Tun yg tak layak menerima panji tsb kerana berdosa fitnah yg amat dasyat


    Wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..

      Orang yang dahulunya menyindir dan memperolok-olokkan saya, selain menuduh saya membuat kisah dongeng apabila bercerita tentang panji hitam dari Timur kini ia sendiri yang membawa kisah panji hitam ini. Alangkah semborononya orang ini.

      Anwar Ibrahim? Hehehe.. Anwar Ibrahim telah tewas kesemua pertempurannya dengan Tun M bermula pada tahun 1998 dan ia hanya kembali berada di dalam golongan yang menang pada tahun 2018 apabila kembali berada di dalam pasukan yang diketuai Tun Mahathir.

      Apakah ciri utama yang disimpulkan tentang pembawa panji hitam dari Timur yang disebut di dalam banyak hadith tentang peristiwa-peristiwa akhir zaman?

      Saya ulangi sekali lagi; "dia adalah seorang lelaki yang telah mengetuai banyak pertempuran pada zaman fitnah dan pasukannya menang di dalam kesemua pertempuran itu".

      Adakah Anwar Ibrahim, ataupun Najib Razak ataupun Hadi Awang menepati ciri-ciri di atas?

      Sejarah tidak pernah menipu, Anwar dan Najib hanya merasai kemenangan apabila berada di bawah pimpinan Tun Mahathir dan ketika mereka menentang Tun Mahathir, mereka tewas.

      Hadi Awang? Memang loser sentiasa. Hanya diberi peluang sekali sebagai MB Terengganu demi untuk membongkarkan kepalsuannya di dalam menabur janji dan beralasan apabila memberikan alasannya untuk tidak melaksanakan hukum hudud seperti yang ia janjikan adalah kerana 'hudud hanyalah 0.001% daripada hukum Islam'. (Astaghfirullahalazim).

      Tun Mahathir adalah calon tunggal yang menepati ciri-ciri 'pembawa panji hitam dari Timur'. Hadamkan itu sebelum terlewat.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Hehehe...panji hitam kepala tahik jon Bo'do.

      Delete
    3. Bila ia tidak boleh menjawab balas maka digunakan cara maki hamun.

      Begitulah taraf macai pendusta

      Delete
  12. GST dah 0%
    Harga barang tak turun ponn
    Nanti bila ada sst, harga barang akan naik lagi
    Alasan...mcm ni punya kera jaan, dulu masa berkempen, janji bulan bintang, bila menang cakap dah mcm setan

    ReplyDelete
  13. Harga barang RM10.00 + gst 6% (RM0.60) = RM10.60

    Harga barang RM10.00 + gat 0%
    {RM0.00) = RM10.00

    Bangang, apa yang tak turunnya?

    Selepas dilaksanakan sst?
    Wait and see sebelum buka mulut, simpan sikit bodoh tu..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...