Monday, August 13, 2018

MUJAHID PERLU DIPANGGIL UNTUK DIBERI PERINGATAN DAN AMARAN SERTA MENDENGAR PENJELASANNYA...

"SAY NO TO LGBT"

"LGBT DILARANG MASUK TANDAS AWAM"

"LGBT ANCAMAN KEPADA LELAKI DAN WANITA"


Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah meneliti pelbagai isu dan juga pendapat para ulama dan cendiakawan serta pengamal undang-undang, kami berpendapat seperti berikut:

Perlunya rayuan dibuat dan kesungguhan dari semua pihak untuk mendaulatkan hukum dan fatwa yang telah diputuskan sementelahan lagi ianya berdasarkan nas syarak yang sarih lagi nyata. Alhamdulillah, tahniah kepada badan-badan yang terlibat hingga mampu mempertahankan Islam.

Memuliakan syara’ dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syara’ kerana ia datang daripada Rabb al-‘Alamin.

Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

Beralasan dengan penyakit tertentu tidaklah boleh diterima dengan begitu mudah apatah lagi ia merupakan kesongsangan jiwa dan watak yang sepatutnya dihalang untuk menjadi golongan yang ketiga dalam masyarakat.

Kami berharap agar rasa takut kepada Allah dan perasaan dalam hati untuk mentaati perintah Allah SWT dengan sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) hendaklah sentiasa terpahat di dalam sanubari setiap umat Islam.

Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam.

Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.

Menghormati para ulama adalah salah satu daripada ciri muslim dan mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama maka siapa lagi yang patut kita hormati.


Saya berharap dengan keputusan yang telah dikemukakan, marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan melihat bahawa ini bukanlah lagi isu menang atau kalah tetapi sama-sama menghayati nas Ilahi dan Nabawi mengikut neraca syara’. Semoga dengan ini, hati kita dapat tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dengan penuh keredhaan dan berjanji setia dengan kalimah karamah sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami patuh).

Semoga kenyataan ini menjadikan kita bermuhasabah sebagai seorang mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Marilah sama-sama kita mencari mardhatillah.



Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1820:siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyerupaan-hukumnya-edisi-kemaskini&catid=82&Itemid=408&lang=ms

28 comments:

  1. Fakk u blogger pundek..

    ReplyDelete
  2. setelah meneliti hujah para mufti ilmuan islam dan mereka sewaktu dngannya maka saya syorkan kumpul semua lgbt dalam sebuah kapal dan hantar ke lautan dalam dan kapal dibom.....kita hapuskan lgbt ikut nasihat mereka yang cerdik pandai.

    hanya satu saja.....mereka makhluk Allah......dan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar bakal PM ke8 and Bro Aazalin nak masukkan sekali ke
      ke dalam kapal tu................?????

      Delete
    2. InsyaAllah, DSAI tidak akan terangkat jadi PM ke 8. Jika telahan saya betul, anda lihat sendiri 'sebabnya'.
      Kunfayakun.

      Delete
  3. Jangan sokong, jangan simpati dan jangan ada niat suka dan tak ape pun kepada semua larangan Allah.

    Peringatan untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Cik KD mcm mengata dekat Datok Marina jer...tak takut ker dgn Tok Det?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak tidak mewarisi iman @ kepandaian bapa. Byk kisah nabi², isteri @ anak pun tidak taat perintah Nabi.
      Jika kita sebagai bapa, melihat anak² yg dulu masa kecil manja dengan kita, pabila meningkat dewasa dan besar panjang, kata² kawan²nya yg lebih didengarinya, apakah perasaan kita?
      Jauh di sudut hati si bapa, mengharap dan mendoakan anaknya berubah suatu hari nanti.
      Seburuk-buruk perangai anak kita, kita tetap menganggap nya anak kita walaupun berlawanan pegangan dan prinsip.

      Delete
  5. mana2 mufti atau agamawan coba tolong jawab HOW to address this lgbt problem

    much have been said WHAT ARE, WHERE ARE, WHO ARE...BUT TILL TO DATE ORANG YANG BERPOLEMIK DALAM BLOG INI TAK PERNAH BINCANG HOW???????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, apa saranan anda?

      Delete
    2. saya bukan agamawan bukan mufti....

      tapi jgn suruh menteri dan org lain cari...kalau ilmuwan ini pandai bagilah cadangan HOW

      Delete
  6. Jadilah seperti Ebit Liew

    Shazni Munir Mohd Ithnin
    13 Ogs 2018, 9:51 pagi (Dikemaskini 13 Ogs 2018, 10:19 pagi)

    A A
    Serangan bertali arus yang dihalakan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berhubung pertemuan dengan wakil transgender tempoh hari jelas bermotifkan politik dan tidak menggambarkan citra dakwah sebagaimana yang dituntut agama.

    Pendekatan ala Taliban yang digerakkan golongan ekstremis ini bukan sahaja langkah yang bersalahan dengan agama, bahkan menjauhkan lagi golongan transgender dengan agama.

    Nas agama ditunggang semahunya dengan intonasi keras - melaknat misalnya - seolah-olah mahu mengambil alih kerja Tuhan.

    Golongan ekstremis ini sewajarnya malu. Ketika tangan dan lidah mereka begitu lancang menghukum neraka terhadap pihak yang tidak sealiran, muncul pendakwah seperti Ebit Lew yang turun mendekati komuniti transgender dengan mesej kasih sayang.

    Institusi-institusi agama disarankan agar mengambil langkah proaktif untuk melahirkan lebih ramai lagi 'Ebit Lew'. Dengan metodologi dakwah yang lebih terbuka, hikmah dan bersahabat, uslub ini jauh lebih baik berbanding sesetengah manusia yang hanya tahu berlagak suci dengan pendekatan 'hollier than thou'.

    ReplyDelete
  7. Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.

    Sokong cakap mufti ni tapi ade ulamak cakap sokong pas ato umno sahaja kerana dah disumbat dgn wang haram oleh najib.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade mupti yg bodek umno hingga hukumkan dap kapir harbi satu masa dulu...

      Delete
    2. Ada mopti kata KERA-jaan kini haraamm...

      Delete
    3. Tp semua mufti dalam dunia kata mencuri adalah haram. Dan orang biasa mcm aku pulak kata pada puak2 yg buat tak nampak tu haram jadah.

      Delete
    4. Itu rekaan cai 9.03 saja yg kaciwa ketewasan..

      Delete
  8. you know why melayu muslim gagal? mereka hanya tahu 3 or 4 Ws. 1 H dia orang tak reti

    kuat kritik tapi offer cadangan bernas ZERO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ingat offer cadangan disini boleh sampai kpd otoriti ker?...panjangkan sikit akal tu supaya nampak matang sikit..

      Delete
    2. So, u bagilah cadangan.

      Delete
  9. ‘Pengundi Melayu pilih Anwar berbanding Zahid sebagai bakal PM’

    14 Ogs 2018, 11:30 tengahari (Dikemaskini 14 Ogs 2018, 11:44 tengahari)

    A A
    Satu kajian di kalangan 1,622 responden Melayu mendapati ada di antara pengundi BN dan PAS di kalangan mereka yang menyokong bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon terbaik untuk mengambil alih daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Menurut kaji selidik oleh Pusat Pemikiran Ilham yang ditugaskan oleh portal dalam talian The Malaysian Insight, 42 peratus daripada responden memilih Anwar, berbanding 24 peratus yang memilih Zahid.

    Majoriti responden berkenaan berkata mereka telah mengundi BN pada pilihan raya umum ke-14 (46 peratus), sementara 35 peratus mengundi PAS, dan 17 peratus yang mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN).

    Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan adalah pilihan ketiga bagi jawatan perdana menteri di kalangan 8 peratus responden dengan diikuti oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (7 peratus) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali (4 peratus).

    Meskipun parti-parti HARAPAN telah bersepakat bahawa Anwar bakal dilantik sebagai perdana menteri ke-8 untuk menggantikan Mahathir, beberapa pihak dalam PKR baru-baru ini menimbulkan kebimbangan berhubung ada cubaan untuk mensabotaj rancangan itu.

    Sementara itu, kajian berkenaan juga mendapati bahawa majoriti responden terpengaruh dengan sentimen perkauman yang dimainkan oleh pengkritik HARAPAN.

    Empat isu utama adalah pelantikan Tommy Thomas dan Tan Sri Richard Malanjum masing-masing sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara; pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan persepsi DAP menguasai kerajaan.

    Menurut kajian itu, 61 peratus dan 68 peratus responden tidak bersetuju dengan pelantikan Malanjum dan Thomas.

    Lebih 1,000 responden, atau 69 peratus, berkata mereka tidak bersetuju dengan pengiktirafan UEC, manakala 55 peratus percaya bahawa DAP memang berpengaruh besar dalam kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko suka buat cerita mengrut sebab tu ko bapok yg bodo nak mampos.

      Delete
  10. Mohon maaf kepada tuan blog sebab lari tajuk....cuma nak bagi tahu apa yang terkilan dihati saya dan mungkin ramai lagi rakyat diluar sana.Apa yang saya nampak dan perhatikan bukan saja Mujahid menteri yang bangang ,tetapi menteti pelajaran pun apa kurangnya!!....menjawab soalan diparliment pun macam budak2 menjawab soalan cikgu disekolah,tak ada tokoh langsung sebagai menteri pelajaran!!...tak serious ..ketawa 24 jam macam saiko!!...tak berwibawa,aku rasa Tun sudah tersalah pilih!!??....

    Begitu juga dengan Syed Saddiq..asyik dok minta maaf jee 24jam!!...maxam Cik Kiah goreng pisang kat kampong aku jee..be gentleman sikit la bro!!...sepatutnya fikir dululah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan ,supaya bila dah keluar nanti tak perlu dah untuk kita memohon maaf,baru nampak jantan sikit dan taklah memalukan Tun yang telah tersalah melantik menteri2 yang lemah ini bagi mewakili BERSATU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kerajaan baru bawak stail baru sikit laa...jangan terikut2 sangat dgn stail kerajaan yg dah di tewaskan ...

      Delete
    2. Baguslah muntak maaf. Itu tanda kerendahan budi. Jgn jadi mcm yg dulu, angkuh giler. Macai lg teruk, baru pegang bendera dah berlagak mcm negara ni dia org yg punya.

      Delete
    3. Style baru, style sarkas yg dipenuhi dgn badut pelawak.

      Delete
  11. Saya sangat mengerti jarum halus yg sedang try test halwa dan pandangan masyarakat awam.
    1. Membiarkan perkara ini jadik topik berhari² supaya masyarakat menjadi jemu
    2. Bila jemu, masyarakat akan mendapat signal yg salah iaitu lantaklah Mika.
    3. Bila lantak dah berkuman, perbuatan terlarang dan tersaji hari² tidak memberi rasa sensiviti apa² oleh masyarakat. Sepertinya, NORMAL.
    4. Bila kelihatan semuanya seolah² normal & masyarakat tidak kesah (boleh berkompromi) jarum berikutnya akan dikeluarkan, kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis atau pelakuan cinta terbuka akan dituntut.
    Mereka sedang bermain² dgn minda kita semua sampai kita lali (kebas) tak rasa perkara itu patut diperbesarkan.
    Senang ckp, terima jelah.
    Awas frasa @ ungkapan mereka 'jangan diskriminasi' kami. Mereka melaung²kan setiap hari.
    Kawan² saya ada yang gay, lesbian, gigolo, kaki puki, bila masa kami diskriminasi mereka? Kawan tetap kawan, hal masing². Keja gaji sama. Tetapi mereka tahu nak kencing berak di mana. Tak kecoh².
    Sebenarnya ADA AGENDA kumpulan tertentu untuk memalukan Islam dan Melayu jika agenda ini tercapai.
    Hai, apa khabar pendeta² di bukit Jalil? Anda yakin akan menang dengan pertempuran akhir zaman di tanah Melayu? Bila anda hendak muncul bersuara dengan kuat, takkan asyik berselindung dengan kumpulan² ini?
    Hehe.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...