Sunday, August 12, 2018

POLITIK KOTOR PKR


KOTOR..

POLITIK dalaman PKR, KENAPA perlu libatkan pihak luar terutama melibatkan komponen.

Apakah Anwar sudah lemah hingga memerlukan sandaran nama² tokoh yang lebih hebat darinya untuk dilihat masih kuat.

Apakah team Rafizi kehabisan isu dalaman hingga perlu menyeret isu luar?

Apakah mereka mula sedar, kekuatan Azmin bukan sekadar pandai, setia dan ampu Anwar tapi rekod dan prestasinya sebagai politician dan pentadbir negeri dan negara tidak mampu ditandingi sesiapa pun dari PKR itu sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, Azmin masih muda dan tidak melakukan apa² aktiviti yang memudaratkan tulang belakang, sudah tentu mampu bertahan sebagai Timbalan Presiden.

Ingat lagi pembohongan Rafizi?
PAS kalah teruk di Kedah dan akan dapat 3-4 kerusi Parlimen sahaja di PRU14 - Realitinya?

Cukuplah bersyukur tidak disumbat ke Sungai Buluh, dan janganlah kecewa tidak dilantik ke kabinet kanan - kamu masih punya masa depan, bertandinglah sebagai seorang akauntan dan bukan secara perjudian.

Masa depan Anwar sebagai PM bukan di tangan Mahathir.
Tun sebagai PM pun bukan atas percaturannya.
Tetapi asbabnya kerana sabar atas keperluan situasi dan masa.

Anwar jangan cuba dahului masa, gopoh dan terperangkap dengan teori dan desakan budak hingusan seperti Rafizi.
Malaysia tidak memerlukan seorang PM yang mengurus negara dari katil hospital atau kerusi roda.


Azmin kalah atau menang, punya masa depan politik yang cemerlang kerana sosok tubuhnya jauh lebih baik dari Anwar dan Rafizi.


# Jika Tun Daim terlibat, ia bukan bermaksud menghalang Anwar sebagai PM tetapi lebih kepada menghentikan niat segelintir dalam PKR yang mahu bersekongkol dengan beberapa pemimpin umno untuk membersihkan nama NAJIB sebagai politik dendam kepada Mahathir (?)

# Rakyat akan meletakan kepentingan negara MENGATASI lain² perkara, parti atau tokoh.
Pengaruh parti dan tokoh sudah tiada - salah jalan, silap langkah - rakyat akan tunjuk jalan keluar.

12 comments:

  1. Saya kira adalah tidak adil sekirannya pakatan harapan cuba menghalang DSAI dari menjadi PM, tidak kira siapa pun dalang di belakang. Ini sudah menjadi janji dan telah disepakatkan sebelum TDM diterima masuk dalam pakatan harapan. Mana boleh bersikap 'seperti Belanda diberi tanah...'

    Harus diingat bahawa PPBM hanyalah 'pendatang' dalam 'pakatan'. Dalam PRU yang lepas pun mereka bertanding dengan menumpang bendera PKR. Tapi mereka dah jadi 'ulat bulu naik daun', yang mana daun yang mereka tumpang buat sarang, mereka nak makan habis. Bukan sahaja ianya tidak adil, tetapi sudah mungkir janji.

    Ayuh ahli2 PKR, mari kita beramai-ramai beri sokongan kepada Rafizi dan singkirkan si tanggang Azimin yang semakin lupa daratan. Kita perlu ingat asas perjuangan kita dahulu...REFORMASI...

    HIDUP REFORMASI!
    HIDUP RAFIZI!!
    HIDUP ANWAR !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. Ayuh semua. Sekali layar dikembang, sauh pun dilabuh. Mundur pantang sekali.

      Kikikiki

      Delete
  2. Ingatlah ahli2 PKR, mereka yang baru sehari dua menumpang kita dalam Pakatan, kini dah mula masuk jarum dan mahu menguasai kita. Bukan sahaja PKR menjadi kucar-kacir, bahkan kestabilan PH juga akan turut terjejas.

    Mereka itu perlu disingkir.. dan satu sahaja cara untuk singkirkan mereka, iaitu dengan menaikkan DSAI menjadi PM. Ayuh kita beri sokongan kepada gabungan DSAI-Rafizi.

    Parti PKR tak akan dapat dieksploitasi dan didominasi oleh pihak luar sekiranya kita balik kepada asas perjuangan kita, Parti Keadilan Rakyat.

    Kita sepatutnya jadi nakhoda kapal yang sudah lama kita bina, tetapi ada penumpang yang baru masuk kapal ini nak kuasai kapal & menjadi nakhoda...

    Apakah kita rela biarkan nakhoda kapal kita terus ditolak ke tepi menjadi kelasi?

    Mari kita terus perjuangkan kapal reformasi kita sehingga DSAI berjaya menjadi ketua negara.

    ReplyDelete
  3. Laluan Anwar sebagai PM masih jauh, panjang dan berliku...

    Tetapi masih ada satu firasat, keraguan,itu semua tidak kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan soal jauh, panjang atau berliku tapi soal janji.
      Kesepakatan telah dibuat bahawa TDM akan jadi PM sementara sahaja. Bila DSAI dah bebas dan berjaya mendapat tempat sbg ahli parlimen, jawatan PM akan diserah kpd DSAI.

      Cukuplah janji2 PRU dgn rakyat tidak tertunai, jangan pula janji PM interim itu pun nak dibuat cuai jugak.

      Delete
  4. Rasanya kami di Johor bukanlah pengundi PKR.
    Kami mengudi HARAPAN PRU14, BUKAN PKR............sila maklum ini.
    Jadi jangan terlalu bermegah kerana PKR menang 49 kerusi dan HAK Anwar untuk jadi PM.
    Setakat ini, Anwar tidak mempunyai sebarang track rekod untuk meyakinkan kami.
    Dia tak pernah jadi MB - jadi menteri Kewangan pun selepas Daem meletakkan asas yg kukuh.
    Gagal menghadapi cabaran bila berdepan dengan krisis matawang 1996-7.
    Kalau Anwar tak sabar, dan masih cuba mengubah takdirnya, alamat dia akan kecundang.
    Penyokongnya jangan main-maian dengan KAMI, pengundi.
    Hak Anwar menjadi PM bukan di tangan Tun Mahadir, Daem, Rafizi atau kamu semua.
    Takdirnya terletak di tangan KAMI, pengundi.
    Allah hanya melorongkan kehendak kami.
    Ingat ini supaya tidak terlalu angkoh dna mendesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terlalu takbur cik minah...

      Delete
  5. Saya sokong tuan admin 100%...ya laluan untuk Anuar jadi PM masih terlalu jauh..sejauh langit dengan bumi,ditambah lagi dengan kesedaran rakyat yang semakin cerdik kini....mengapa tidak??...tak kanlah orang seperti Anuar ini yang mahu diangkat untuk menjadi PM??...orang dalam PKR sendiri pun teramatlah sedar ,cuma yang masih tinggal menyokong bagaikan babi gila adalah manusia bangang seperti Rafizi.Oleh itu sekali lagi saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia buatlah pemilihan yang betul!!. .jangan sekali2 memilih manusia bangang yang akan menjatuhkan nama baik negara kita tercinta ini seperti Anuar dan Rafizi....percayalah manusia dua ekor ini dan kuncu2nyalah yang akan membuatkan dunia kembali memandang hina kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana manusia 2 ekor ni jugak PH dapat perintah malaysia..

      Delete
  6. Rafizi gopoh...blm masanye untuk
    pegang jawatan no 2...

    Laporan invoke pru14 kelantan dan terengganu jauh tersasar...kelihatan politik rafizi blm matang...

    Tabiat melayu bila rasa ade sokongan kuat sikit mula tak mau muafakat...dah tersembam mula salahkan pihak lain..

    ReplyDelete
  7. Andai ditaqdirkan azmin tewas maukah tun beri jawatan dlm bersatu kpd Azmin?...

    Azmin orang yg paling setia dgn anwar...sejak dari zaman anwar ditangkap oleh tun lagi...susah senang tetap bersama anwar walopun dihina adik beradik sendiri...

    Politik semua mungkin..

    ReplyDelete
  8. Selain tidak harus dilupakan usaha gigih Tun Mahathir dan Tun Daim dalam tempoh kempen PRU14 yang lalu sehingga BN dapat ditumbangkan, mengapakah terlalu dibimbangkan sama ada Anwar dapat menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya, sedangkan Presiden PKR itu menyatakan sudah ada perjanjian bertulis mengenainya?

    Menurut Anwar, perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa itu, selain antara beliau dengan Tun Mahathir, ia juga turut disepakati oleh semua parti dalam Pakatan Harapan.

    Jika demikian, apa lagi yang dibimbangkan sangat sama ada Anwar dapat jadi Perdana Menteri atau tidak?

    Atau Anwar sememangnya sengaja mahu menghalang dirinya sendiri daripada menjadi Perdana Menteri?

    Dan Anwar seharusnya ingat, jika beliau gagal kali ini, ia adalah kegagalannya buat kali yang kedua, sedangkan Tun Mahathir sudah dua kali merasa duduk sebagai Perdana Menteri. (ShahbudinHusin

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...