Wednesday, August 15, 2018

LOKMAN ADAM CALON MCA DI BALAKONG

Politik serba mungkin. LOKMAN pun masih merayau-rayau dan meracau di media sosial...

Sebelum PRU14, Hadi Awang tak sanggup pikul biawak tetapi selepas PRU14, semangat pembangkang, babi pun sanggup dikendong...


18 comments:

  1. PAS mahu anggota undi calon MCA di Balakong

    Anne Muhammad

    16 Ogs 2018, 6:00 pagi (Dikemaskini 16 Ogs 2018, 6:05 pagi)

    A A
    PAS mahu anggota parti mereka mengundi calon MCA di pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia adalah atas "semangat pembangkang".

    "InshaAllah kerana kita sama-sama semangat pembangkang," katanya menjawab soalan pemberita sama ada PAS akan mengarahkan anggotanya mengundi calon MCA di Balakong.

    Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman calon PAS bagi kerusi DUN Seri Setia di Petaling Jaya, semalam.

    MCA sebelum ini mengumumkan meletakkan Ketua Pemuda MCA Cawangan Batu 11 Cheras Tan Chee Teong sebagai calon parti mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong.

    PRK Balakong dan Seri Setia akan diadakan serentak pada 8 September depan.

    Sementara itu, Abdul Hadi yang juga merupakan anggota parlimen Marang yakin penyokong Umno akan mengundi calon PAS di kerusi DUN Seri Setia.

    "Bukan sahaja pengundi Umno tetapi pengundi bukan Umno, yang ada rakan-rakan kita, Umno yang ada pengaruh itu boleh menambah nilai," katanya.

    'Buka pintu pada semua'

    Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa pihaknya membuka pintu kepada semua yang ingin membantu kempen PAS di Seri Setia, termasuklah kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

    "Kita tak tutup pintu pada semua, terpulang pada pandangan masing masing untuk datang (membantu kempen)," katanya.

    Umno sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon dan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di kerusi DUN Seri Setia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skru otak lobai hadi dah longgar...mca pon anti islam jugak....demi.politik tonggang islam..

      Delete
    2. Ko dgn lobai hadi sama jer dua2 semakin tua semakin bodo.

      Delete
    3. Ko yg bodo malu nak ngaku plak....semuacdah tahu..

      Delete
    4. Babi pon babi lah...asalkan lobai boleh pikul...ini babi halal kot..

      Delete
  2. *UNTUK BANGSAKU MELAYU Dari: Shukri Abdullah*
    *( Pakar Motivasi Malaysia )*
    *Melayu Mundur Kerana Melayu !*

    *Memang mudah tuding jari kepada DAP*

    *Memang senang tuduh MCA atau MIC*

    *Betul ke Cina dan India yang* *menyebabkan Melayu mundur ?*

    *Melayu alpa.*
    *Melayu merempit.*
    *Melayu ambil dadah.*
    *Melayu gila hiburan.*
    *Melayu asyik berkonsert.*
    *Melayu gila K-Pop*

    *Di dewan* *- konsert, di padang-* *konsert,*

    *Di stadium - konsert, di TV - konsert.*

    *Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Kilauan Emas !*
    *Dari baru lahir, sampai dah nak mati*

    *Angkara Cina dan India kah semua tu ?*

    *Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.*

    *Dalam sektor swasta mereka* *kuasai.*

    *Sukar anak Melayu nak naik* *pangkat.*

    *Dunia perniagaan mereka control.*

    *Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.*

    *Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.*

    *Tetapi Melayu juga ada* *diskriminasi Cina dan India !!*

    *Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.*

    *Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.*

    *Hingga kini bukan saja remaja Melayu*

    *Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan*

    *Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !*

    *Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.!*

    *Pun bergencok.*
    *Pun berlenggang.*
    *Pun lupa diri.*

    *Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.*

    *Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.*

    *Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,*

    *Salah Cina dan India lagi ????*

    *Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?*

    *Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?**

    *WAHAI MANUSIA YANG BERIMAN JANGAN MUDAH MENGALAH,BANGKITLAH SEMUA DENGAN KESEDARAN, ILMU DAN TAKWA,KERANA KITA ADA ALLAH!!!*

    *Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India?*

    *Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?*

    *Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?*

    *SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.*
    *Perbaiki bangsa kita.*
    *Perbaiki amalan agama kita*
    *Perbaiki anak muda kita*.
    *Perbaiki pelajar kita*

    *Dengan menoleh ke dalam diri kita*

    *Dengan muhasabah kesilapan kita*

    *Dengan ikhlas dengan kekurangan kita*

    *Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.*

    *Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.*

    *Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !*
    *Lihat dalam Islam*

    *Kita diajak berjaya 15 kali sehari,* *450 kali sebulan, 5400 kali setahun.*

    *Kan berkemundang "Haiyya 'alal Falaah"*

    *Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.*

    *Mari berjaya.*

    *Come to success.*

    *Tetapi "Haiyya 'alal Falah" didahului dengan "Hayya 'alal Solah"*

    *Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.*

    *Mari bersolat, mari berjaya.*

    *Come to solat, come to success.*

    *Rumusan:*
    *Renung bangsa sendiri.*
    *Tengok amalan agama bangsa sendiri.*
    *Teliti kesilapan & kealpaan bangsa sendiri.*
    *Muhasabah bangsa sendiri.*

    *Apabila kita asyik tuduh Cina dan India*

    *KIta tambah dengan Kadazan dan Iban*

    *Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.*

    *Itu salah kita selama ini.*

    *Usah beralasan lagi.*

    *Mari kita sama-sama cari jalan keluar.*

    *Ayuh Melayu yang mengaku ISLAM... sama-sama fikir, sama-sama renung.*
    *Sama-sama bertindak dengan bijaksana.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbaiki dulu diri sendiri sebelum mangajar dan memperbaiki diri org lain. Ada faham.

      Delete
    2. Orang lain dah baiki tinggal ko masih bersama prompak..

      Delete
    3. Tak tau pulak mak bapak ko kena rompak! Dh repot polis belum? Patut skrg kerajaan makin miskin xde duit. Kena rompak rupanya...huhuhu

      Delete
    4. Ko mana tahu mak bapak ko prompak..prompak pon jadi pojaan hati ko...huhuhuhuhu.uuu

      Delete
  3. Rafizi patut minta penjelasan sebelum serang pembantu Mat Sabu'

    16 Ogs 2018, 11:24 tengahari (Dikemaskini 16 Ogs 2018, 11:40 tengahari)

    A A
    Rafizi Ramli sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dulu berhubung siasatan terhadap pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum membuat kritikan terbuka, kata Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

    Liew berkata naib presiden PKR itu boleh saja menelefon Mohamad, pembantu kanan itu malah dirinya sendiri untuk bertanya tentang perkara itu.

    "Saya sudah kenal pembantu itu selama enam tahun, kami bekerja dengan rapat. Saya tahu apa yang berlaku.

    "Dia muflis tetapi dapat pinjaman daripada keluarga dan kawan untuk membayar (hutang) agar dia boleh dilantik," katanya lagi.

    Liew berkata semua pihak perlu membiarkan isu itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan pegawai itu melakukan kesalahan atau tidak.

    "Tetapi untuk Rafizi melancarkan serangan, saya rasa ia sangat tidak adil," katanya yang juga seorang senator.

    Ketika ditanya sama ada Rafizi masih boleh membuat kenyataan berhubung perkara itu, Liew berkata pemimpin parti pemerintah perlu membuat semakan dengan sekutu terlebih dulu sebelum membuat ulasan.

    Pada Selasa lalu, Malaysiakini melaporkan SPRM menyiasat pembantu kanan Mat Sabu berhubung dakwaan menerima bantuan lebih RM800,000 untuk mengeluarkannya daripada status muflis.

    Rafizi kemudian mendakwa beliau diberitahu jumlah itu dikumpul daripada biaya khalayak dan menyifatkan alasan itu sebagai tidak boleh diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi ade kelulusan yg bagus dan kepimpinan peringkat sekolah...tapi tak ade ciri kepimpinan peringkat politik...selalu gopoh dan sembrono...

      Delete
    2. Dulu kau yg puji Rafizi skrng padan muka kau!

      Delete

  4. SEJAK GAGAL JADI 'KING MAKER', SUDAH BERUBAHKAH PENDIRIAN PAS?

    Menjelang pilihanraya kecil Balakong pada 8 September depan, Pas awal-awal lagi sudah membuat ketetapan agar ahli dan penyokong parti itu mengundi calon MCA dalam piliharaya tersebut.



    Pesiden Pas, Hadi Awang dilaporkan berkata itu, keputusan itu dibuat atas semangat bahawa Pas dan MCA adalah "sesama parti pembangkang".



    Ini bermakna hanya tidak sampai 100 hari Pakatan Harapan mentadbir negara dan usaha untuk menjadi "king maker" dalam PRU14 lalu tidak menjadi kenyataan, sudah dua kali Pas membuat pendirian menyokong calon daripada parti komponen BN dalam pilihanraya.



    Sebelum ini Pas juga mengeluarkan arahan agar ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO, Lokman Noor Adam dalam pilihanraya kecil yang diadakan di Sungai Kandis.

    Meskipun mendapat sokongan Pas, calon BN Sungai Kandis bagaimanapun tewas kepada calon PKR dengan majoriti 5,842 undi.



    Persoalannya, sejak bilakah Pas pandai menggunakan alasan "sesama parti pembangkang" untuk menghalalalkan keperluan mengundi calon parti MCA?

    Mengapa sebelum sebelum ini Pas tidak mahu mennggunakan alasan yang sama dalam mana-mana pilihanraya kecil, bahkan dalam PRU14 yang lalu?

    Bukankah ketika itu Pakatan Harapan adalah "sesama parti pembangkang" dengan Pas?

    Apa lebihnya MCA di mata Pas berbanding PKR, DAP, Amanah dan Bersatu?

    Dengan membuat gesaan agar mengundi MCA, apakah Pas, khususnya Hadi Awang sebenarnya turut lupa tentang pendirian mengenai Islam yang selalu diperjuangkannya selama ini?

    Apakah MCA tidak menentangkan Islam dan lebih baik "keIslamannya" berbanding DAP?

    Bukankah MCA parti paling kuat menentang usul RUU355, termasuk ugutan meletak jawatan daripada kabinet yang sehingga akhirnya Najib Razak sewaktu jadi Perdana Menteri ketika itu takut untuk menjadikan usul mengenai mahkamah syariah itu sebagai usul kerajaan, malah menangguh-nangguhkan perbahasannya di Parlimen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pas punahsihat kerajaan sekarang pas baru pembangkang kerana umno pembangkang..

      Delete
  5. Dulu pangkah PAS masuk syurga, pangkah UMNO-BN masuk neraka.

    Lepas tu wajib pangkah DAP dan haram pangkah UMNO sampai kiamat.

    Terikini ahli-ahli dan penyokong PAS keda pangkah MCA di atas semangat 'pembangkang'

    Berapa kali tukar fatwa daaa..

    PAS semakin celaru..

    BN pun semakin haru biru..

    MCA nak bertanding guna lambangnya sendiri. Nampak sangat MCA beranggapan UmNo adalah beban di dalam BN.

    UmNo, BN dan PAS sedang menanti masa untuk dilupuskan. Mereka semakin tidak relevan.

    ReplyDelete
  6. OPERASI BESAR2 MLM INI

    1200 ANGGOTA IMIGRESEN
    300 ASKAR
    700 Komando
    300 navy
    300 Tudm
    300 RELA
    500 POLIS
    750 Bomba
    250. Polis hutan
    500. kastam
    200 jabatan hutan
    200 jabatan haiwan
    400 jururawat
    200 jabatan air dan saliran
    500 jpj


    Operasi disertai Tv3, TV1, Astro, 999, Majalah 3

    # Ujian air kencing
    # semakan ic jenayah rekod lampau
    #ops lejang




    "OPS LEJANG"*

    Ketua Polis Negeri mengumumkan akan mengadakan sekatan jalan diseluruh negara mulai malam Rabu nie; bagi menahan pemandu yang mempunyai

    1. *Saman Lampau.*
    2. *Waran Tangkap.* ……………………………………

    *Operasi(JPJ)*
    JPJ akan membuat sekatan jalan raya untuk pemeriksaan:
    1. *Tinted.*
    2. *Tali Pinggang*.
    3. *Sport Rim ROTA.
    (8jj dan keatas, RIM 7.5jj selamat RIM atau tayar terkeluar dari Fender) HID*.
    4. *Plate Carbon Fiber.*
    5. *Hella Flush*.

    *Operasi(PDRM)*
    Pihak polis akan memperketatkan pemeriksaan My Kad dan lesen memandu semua. Kepada semua. Sila patuhi arahan dan tentukan:
    1. Bawa(I/C) kemana anda pergi.
    2. Jika(CIPs) anda rosak secepatnya buat Baru di(JPN)
    3. Jika hilang secepatnya buat Report Polis.
    4. My kad yg rosak akan dikenakan tindakan.

    Berkuatkuasa mulai malam Rabu ini hingga Raya Haji

    *MAKLUMAN:* Untuk pengetahuan sebanyak 22 teamJPJ bertugas 24 jam dengan 1 team 4 orang. Setiap Team 6 adalah team teknikal. Team teknikal ni pakar pasal cermin gelap; pasal saiz nombor plat dan teknikal spec; team teknikal ni pakai kenderaan Fortuner oren & setiap Satu team kena keluarkan 40 saman atau surat pemeriksaan kenderaan setiap hari sehingga Raya Haji ini.

    *_Jadi berhati- hati dijalanraya kerana 880 surat pemeriksaan dan saman setiap hari bakal dikeluarkan, jika nasib kurang baik maka halalkan derma anda kepada tabung kutipan dana negara_*

    Lokasi ..
    seluruh malaysia

    ReplyDelete
  7. tuang presideng d cadangkan bertukar drpd king maker kpd 'kepok lekor' maker.

    mesti sedap. lepas tu rayu pd emma maembong (gadis come lote yg bapa nya asal trengganu ) utk promosi'

    guarantee meletop !!! hi hi !

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...