Thursday, August 16, 2018

SKRIP UNTUK ANWAR DI PAGI JUMAAT...

Berdasarkan persetujuan bersama sebelum ini, saya akan menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM.

Proses itu memerlukan masa dan saya perlu bertanding di kawasan yang ada kekosongan untuk Parlimen mengikut kesesuaian dan saya tidak perlu terburu buru .

Negara masih berada pada tahap pemulihan dari kerosakan dan urus tadbir yang tidak bertanggunjawab oleh kerajaan BN sebelum ini dan semua pihak dalam PH perlu fokus dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Tun untuk keluar dari krisis ini.

Jika saya mempunyai idea dan pandangan tertentu, ianya akan disalurkan mengikut proper channel seperti menarik rambut di dalam tepung.

Semua pihak perlu memberi masa yang secukupnya kepada Tun untuk selama mana beliau perlu berada di kerusi PM dan saya sangat terhutang budi jika mengambilalih negara dalam keadaan tersusun, kukuh dan maju.

Kita akan meneruskan semua perancangan yang telah diputuskan kerana ini adalah keputusan bersama, keputusan kabinet dan restu Majlis Presiden.

Bagaimana jika ditakdirkan Datuk Seri tidak dapat menjadi PM selepas Tun (?)
Bagi saya, saya tidak penting, saya hanya menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dan Negara.
Jika rakyat berfikiran dan memilih tokoh lain, saya akan turut sokong dan menerima keputusan secara berlapang dada.
Keputusan rakyat adalah yang paling betul.

Lagipun kerusi PM hanya satu pada sesuatu masa, adalah tidak matang untuk berkelahi, berebut dengan politik KOTOR, fitnah dan sebagainya untuk jawatan tersebut.

Kena ingat, Tun sendiri tidak pernah terfikir untuk kembali menjadi PM kali kedua dan saya juga bersikap tidak akan mendahului masa.

Best tak kalau macam tu..

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Anuar perlu segera jadi MP bukan PM. Tun dah 93 thn. Kemungkinan utk sakit dan tidak upaya itu tinggi. Kalau Anuar di luar siapa nk ganti. Tak kan Wan Azizah nk jd PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa salahnya wan azizah kalau dia tak mencuri? Tak mahulah dapat PM yg mcm doloe.

      Delete
  3. Hehehe.. Sekali baca macam betul keluar daripada mulut dia sendiri. Sampai penghujung baru tau ia rekaan semata-mata.

    Yang tak rekaan ialah 'saya dan Tun M adalah naga di bukit masing-masing'. Hahaha, Tun M tidak pernah mengaku sebagai naga mahupun anaconda tapi bisanya Tun M, kepala gengster Padang Rengas pun boleh bertukar menjadi tikus tanpa gigi.

    Apa pun kalau dah teringin sangat dan takut tak sempat nak merasai kerusi PM, DSAI boleh minta si Abdullah Sani AP Kapar tu supaya kosongkan kerusinya dan serah kepada DSAI untuk bertanding.

    Langkah pertama untuk menjadi PM ialah dengan menjadi Ahli Parlimen terlebih dahulu, dan AP Kapar ini adalah calon tunggal yang sesuai untuk diminta melepaskan tempatnya bagi memberi laluan kepada DSAI. Barulah namanya cakap serupa bikin.

    Ini berdentam-dentum dok tuduh Tun M mahu menghalang DSAI menjadi PM melalui DS Azmin Ali, tapi kerusi sendiri pun tak sanggup serah kepada DSAI untuk membuka jalan awal kepadanya untuk menjadi PM. Sembang ja lebih. Hakikatnya, semuanya hanya dusta semata-mata.

    Apa pun saya masih kekal dengan pandangan saya bahawa Anwar takkan dapat menjadi PM, dan kali ini ia tidak lagi boleh salahkan Tun M kononnya Tun M yang mahu menghalangnya dari menjadi PM.

    Malahan isteri dan anak-anaknya juga tidak lagi boleh menyalahkan Tun M, Tun Daim atau sesiapa sahaja bahawa DSAI tidak dapat menjadi PM adalah disebabkan dihalang oleh orang lain. Kalau isteri dan anak sendiri pun tak sanggup kosongkan kerusi parlimen masing-masing untuk memberi laluan kepada DSAI, bagaimana mahu mengharapkan orang lain pula melakukannya?

    Terimalah hakikat bahawa di dalam ilmu qada dan qadar hanya orang-orang yang diizinkan Allah swt sahaja yang akan diberi peluang menduduki kerusi PM, sama ada sebulan mahupun 22tahun, apatah lagi untuk mendudukinya buat kali kedua.

    Malah bukan saja kerusi PM, kerusi Raja, Sultan dan malahan Yang Dipertuan Agong sendiri pun semuanya berbalik kepada kehendak dan izin Allah.

    Percayalah kepada qada dan qadar nescaya hati akan tenang.

    Salam Jumaat buat bro KD dan para pengunjung blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usahlah bersangka buruk kalo tiada bukti...

      Delete
    2. Tun M sendiri tak pernah mengaku yg dia pembawa panji hitam hnya kau saja yg buat cerita mengarut. Kalau apa yg kau cerita tu tak menjadi malah lain yg kau tilik lain pula jdinya, mana kau nak letak muka taek kau tu? Dlm tong taek? Ha ha ha

      Delete
    3. Tun M memang tak akan mengaku pun sebab dia sendiri pun tak tahu dirinya adalah pembawa panji hitam, sebab itulah aturannya. Dia hanya akan tahu apabila dia telah melepasi pertempuran klimaksnya.

      Orang yang terakhir yang pernah menyangka dirinya adalah pembawa panji hitam iaitu Ashaari Muhammad abuya Al-Arqam malah telah tewas dan tersungkur di tangan kerajaan UMNO-BN pimpinan Tun M.

      Mengarut atau tidak mengarut hanya akan dibuktikan selepas kebenaran itu benar-benar muncul.

      Sehinggalah ia dibuktikan sebaliknya aku akan kekal dengan bacaan aku bahawa Tun M adalah pembawa panji hitam. Segala petunjuk yang aku renungi menunjukkan bahawa Tun M adalah orangnya.

      Pada tahun 2018, ketika due datenya tinggal kurang daripada setahun, tidak ada sesiapa pun di antara mana-mana pemimpin di mana-mana negara Islam di sebelah Timur ini selain Tun M yang mempunyai ciri 'seorang lelaki yang mengetuai pasukannya di dalam banyak pertempuran dan mereka memang di dalam kesemua pertempuran itu'. Tun M adalah calon tunggal yang menepati ciri ini.

      Hadamkan itu sebelum terlewat.

      Pembenci dan orang-orang yang suka memperolok-olokkan dipersilakan untuk terus membenci dan memperolok-olokkan, disebabkan seperti yang telah aku sebutkan beberapa kali sikap para pendusta yang berterusan memfitnah sekalipun selepas tewas PRU14 yang akan membawa pertempuran ini ke klimaks.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. Pembetulan :-

      'seorang lelaki yang mengetuai pasukannya di dalam banyak pertempuran dan mereka menang (bukan memang) di dalam kesemua pertempuran itu'. Tun M adalah calon tunggal yang menepati ciri ini.

      Delete
  4. Kerat lidah Anwar tak akan buat kenyataan seperti ini... ha ha

    ReplyDelete
  5. Janji 100 hari HARAPAN: Mustafa pertahan kerajaan

    N Faizal Ghazali
    17 Ogs 2018, 8:00 pagi (Dikemaskini 17 Ogs 2018, 7:32 pagi)

    A A
    WAWANCARA | Pakatan Harapan (HARAPAN) menerima pelbagai kecaman dan kritikan susulan kegagalan gabungan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad itu memenuhi janji 100 hari yang dikemukan dalam manifesto pilihan raya mereka.

    Namun, bagi Pengerusi Lembaga Penasihat PAS, Datuk Mustafa Ali, kegagalan itu adalah perkara biasa dan rakyat tidak boleh menghukum kerajaan sebagai ‘penipu’.

    Menurutnya, HARAPAN dilihat cuba untuk menyelesaikan perkara-perkara yang dijanjikan dan ada perkara yang dilaksanakan dengan begitu drastik seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

    “Untuk memenuhi janji, tidak semua dapat dipenuhi seperti mana yang disebut sebelum ini. Sebab ada perkara yang kita janji tetapi berdasarkan perspektif masa itu.

    "Bila sudah tiba masanya kita mentadbir kita tengok ia bukan seperti yang kita andaikan pada awalnya.

    “Saya nampak keseriusan dan kesungguhan masing-masing (menteri) melaksanakan tugas. Perkara biasa benda yang memakan masa, ada perkara yang perlu proses undang-undang dan melibatkan kos.

    “Kita tak boleh hukum begitu, bukan masalah tipu, kita tidak boleh guna perkataan itu. Ada perkara mereka sendiri akui tak dapat laksanakan dalam tempoh 100 hari, ia bukan sesuatu yang luar biasa,” katanya pada sesi wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, di Kuala Terengganu, kelmarin..

    Bekas setiausaha agung PAS itu berkata demikian ketika ditanya berhubung kegagalan HARAPAN memenuhi 10 janji utama mereka dalam tempoh 100 hari yang ditetapkan berakhir hari ini.

    Terdahulu, HARAPAN dalam manifestonya mengemukakan 10 janji utama untuk direalisasikan dalam tempoh 100 hari pemerintahan, antaranya menghapuskan GST, penghapusan tol, pelaksanaan gaji minumun, menstabilkan harga petrol dan memperkenalkan subsidi bersasar serta menghapuskan hutang tidak wajar yang dikenakan ke atas peneroka.

    Perubahan positif

    Mengulas lanjut, Mustafa berkata, penipuan kerajaan hanya wujud jika ada perkara yang sepatutnya boleh laksanakan tetapi sengaja tidak dilakukan.

    “Kalau ada perkara yang boleh buat tetapi mereka tak laksanakan, itu baru boleh kita kata sebagai tipu

    ReplyDelete
  6. Ramai yang memberi pendapat bahawa hajat Anwar untuk jadi PM ke8 tidak akan kesampaian. Saya pun rasa pendapat ini betul. TDM tidak akan beri peluang kepada Anwar kerana perasaan wasangkanya terhadap Anwar masih mendalam. 

    Kenyataan TDM bahawa dia mungkin akan pegang terus jawatan PM 'jika rakyat menghendaki nya' itu jelas menunjukkan dia tak akan lepaskan jawatan PM selepas 2 tahun. Siapakah 'rakyat' yang dimaksudkan TDM? Kita bukannya ada undian rakyat untuk memilih jawatan PM.

    Pasti sekarang Anwar dalam keadaan menyesal. 
    Kalau lah dia menyedari rentak permainan politik TDM/PPBM dari awal lagi, sudah pasti dia tidak akan terima penggabungan PPBM dalam PH. 
    Namun segalanya sudah terlewat. 
    Cita-cita Anwar untuk jadi PM dalam PH hanya akan jadi angan-angan kosong selagi mana TDM masih ada.

    Anwar menyedari semua ini. Sebab itu dia akan menggunakan segala cara yang mungkin bagi memaksa TDM melepaskan jawatan no 1 negara itu kepadanya. Orang2 setia Anwar kini mula mengatur gerak.

    Sebenarnya bukan Rafizi, MP Kapar & WP sahaja tidak puas hati, ramai lagi. Cuma mereka belum atau tidak mahu bersuara lagi. Ramai lagi orang2 kuat PKR akan bangkit. Ingatlah PKR 46 kerusi & PPBM hanya 13 kerusi.

    Anwar perlu menggunakan orang2 nya untuk terus menyerang secara kasar atau halus. Kalau tidak dia akan tertipu dan teraniaya lagi.
    Anwar perlu nekad, "kill or being killed".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Silakan terus mencucuk, sebab segala pelakuan jahat itulah yang akan membawa pertempuran di antara kebenaran dan kebathilan ini ke klimaks.

      Nasihat dan peringatan ikhlas untuk sesiapa sahaja, sekiranya mahu menjatuhkan Tun M, maka bersedialah untuk sendiri yang jatuh.

      Ramai yang telah mencuba dan ramai yang telah merasainya. Sekiranya sesiapa yang mahu merasai tewas, maka silakanlah. Dengan izin dan kehendak Allah, Tun M yang berjuang di atas kebenaran akan kekal berdiri sebagai pemenang, in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Dari dulu lagi saya dah cakap. Nak mengenakan Tun sama lah macam baling getah scrub ke dinding. Dia akan melantun lantun kena ke muka sendiri dgn bau yg amat busuk

      Delete
  7. Kesian bang non kita dulu lebam biji mata kena game Mamak... ari ni Mamak game Bang Non dengan hp ajer... orang lain pegang plakad mamak ni main HP dia.. ko rase...?

    Otai reformasi ko orang tak ada rase lain macam pulak kew.. dolu dolu otai ni la yg gila babi lawan mamaks ni... otai mudah lupo...


    kah kah kah... ko rase cennner..??

    haah otai otai refombasi tak kan ni pun nak tepuk... haaah tepuk...!!

    kah kah kah..

    ReplyDelete
  8. Tun seseorang yang akan selesaikan tugasnya hingga berada di landasan yang betul dan kali ini dia akan pastikan juga penggantinya tidak mengulangi belot, tolol seperti sebelum ini...

    Rakyat akan memantau Tun supaya tidak ulangi kesilapan melantik pengganti..

    Semoga ANWAR mempunyai ciri dan menepati kehendak dan keperluan negara.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...